Connect with us

Uncategorized

“Beg dia da mulut laa..hahaha!” – Hadiah ‘Istimewa’ dari Ibu Di Hari Anugerah Undang Sebak!

Published

on

hadiah

Kecoh pasal beg smiggle kebelakangan ini sampai ada k3s anak dipulaukan sebab beg tak sama mengingatkan aku pada kehidupanku ketika kecil.

Ketika itu aku masih di sekolah rendah. Kami tinggal di sebuah kampung jauh di pedalaman. Kampung aku jauh dari sekolah..Kami perlu berjalan hampir 2 kilometer setiaphari menaiki bukit untuk ke sekolah.

Satu kisah pada hari anugerah penyampaian hadiah di sekolahku sangat berbekas di ingatanku. Sebelum terlupa, aku kanak-kanak yang membesar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Ketika Hari Anugerah tersebut, cikgu meminta ibu bapa untuk menyediakan hadiah untuk pelajar yang cemerlang dan aku adalah salah seorang darinya. Aku menduduki tempat kedua di dalam kelasku.

Aku membawa surat tuntutan hadiah untuk diberikan kepada ibuku.

Sampai sahaja di rumah, aku lihat ibuku sedang menyediakan makan tengah hari di dapur. Aku memberikan surat yang diterima kepada ibuku. Ibu membuka surat tersebut dan membacanya dengan berhati-hati. Mulutnya tidak berkata apa-apa namun dahinya berkerut-kerut.

Aku sebenarnya tidak hairan dan tidak kisah dengan hadiah tersebut namun aku tidak mahu ibuku malu jika tidak menyediakan hadiah untuk anaknya walhal anaknya merupakan pelajar cemerlang di kelasnya.

Aku b3nci orang-orang melihat kami dengan wajah simpati dan ji’jik kerana kami kurang berkemampuan. Aku pernah ditertawakan oleh rakan-rakan sekolah kerana kasutku besar dan asyik terbuka ketika berjalan. Mereka juga mentertawakan begku kerana bertampal di sana sini.

“Beg dia da mulut laa…hahaha” Kata mereka.

hadiah

Gambar Hiasan

Mereka tidak tahu bahawa kasut itu diwarisi dari kakakku kerana ibu tidak mampu membelikan kasut baru untuk kami 5 beradik yang saiznya kerap berubah setiap tahun. Maka kami akan mewarisi kasut mahupun barang-barang daripada adaik beradik tertua kami. Hanya adik bongsu yang sering diberikan barang baru.

Namun, kami adib beradik faham dengan keadaan keluarga. Setiap barang yang diberikan akan kami jaga sepenuh hati.

Akhirnya, Hari Anugerah di sekolah pun tiba. Semua pelajar datang dengan ibu bapa masing-masing. Ibuku kata dia akan datang kemudian maka kami ke sekolah tanpa ibu. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Aku agak gelisah kerana kelibat ibu belum kelihatan. Sebentar lagi akan tiba giliran kelasku untuk naik ke pentas menerima hadiah.

Di kejauhan kelihatan ibuku tercungap-cungap menyerahkan sesuatu kepada guru kelasku sebelum menuju ke arah barisan kerusi yang disediakan khas untuk ibu bapa.

Namaku dipanggil di atas pentas. Guru bertugas menyerahkan sijil dan hadiah kepadaku. Wajah cikgu sedikit sayu melihatku. Aku benc1 dilihat begitu. Aku menyambut sijl dan hadiah yang diberikan. Turun sahaja dari pentas aku tidak kembali ke tempat dudukku malah terus ke kelas.

Aku menangis. Aku lihat bungkusan hadiahku. Di depanku keropok berharga 20 sen berbalut kertas A4 putih beserta sampul yang sudah digunakan kini di depanku.

hadiah

Gambar hiasan

hadiah

Gambar hiasan

Hatiku sepert1 dihiris-hiris. Bukan tidak suka akan hadiah yang ibu sediakan tetapi begitu sebak kerana aku tahu ibu pasti susah payah sediakan hadiah itu. Aku buka sampul, terdapat duit kertas RM 1 sedikit berlumpur di dalamnya. Aku menangis lagi, hiba dan gembira. Terbayang lelahnya ibu demi menyediakan hadiah tersebut.

Setelah menyimpan hadiah di dalam beg dan mengesat air mata, aku kembali ke dewan. Kelihatan ibu merenungku dari jauh sambil tersenyum. Aku tunduk menahan tangis dan kembali ke tempat duduk.

Ketika perjalanan balik ke rumah, ibu bertanya tentang hadiahku. Aku senyum dan berkata kenapa ibu beri banyak duit. Ibu hanya diam dan kelihatan mem4ksa dirinya untuk senyum namun terlihat jelas matanya sedikit berkunang-kunang menahan air mata.

Setelah sampai di rumah, barulah aku tahu bahwa rupa-rupanya ibu lewat ke sekolah kerana awal pagi tadi ibu ke kebun makcik dahulu untuk membantunya bekerja dan membahagi-bahagikan upahnya untuk sediakan hadiah buat kami adik-beradik.

Aku mendengarnya ketika ibu bercerita dengan abahku..

Ya Allah.. begitu luluh hati mendengarnya.

Semoga Allah kurniakan syurga tertinggi buat ibu bapaku. Terima kasih kerana prihatin terhadap kami adik beradik.

Sumber : Siti ( bukan nama sebenar )

Uncategorized

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

Published

on

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

BARU berusia dua tahun tetapi seorang kanak-kanak pandai meniru gaya bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, yang sering meraikan jaringan gol dengan laungan ‘Siu’.

Dari baldi, bakul, topi keledar sehinggalah ke set permainan gawang, semuanya mampu dibolosi si cilik ini apabila melakukan tendangan.

Setiap langkah dan aksinya yang tak ubah seperti pemain profesional sering dirakamkan oleh ibu bapanya dan dikongsi di laman sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Anis Adibah Hashim berkata, anak sulungnya, Yusuff Iskandar Mahadir kini berusia dua tahun enam bulan.

Lebih mesra disapa Anis, katanya, dia percaya minat suaminya dalam dunia bola sepak menyebabkan sukan itu mula mempengaruhi anaknya ketika masih dalam kandungan lagi.

“Minat Yusuff pada bola sepak sejak dia belum lahir lagi. Setiap malam sebelum tidur, suami saya iaitu bapa Yusuff akan gosok perut (baby bump).

“Setiap kali gosok perut, suami kata bila anak lahir nanti, dia mahu anak minat bermain bola sepak dan jadi pemain bola sepak,” katanya ketika dihubungi.

Yusuff merupakan kanak-kanak yang aktif dan peramah.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, bapanya, Allahyarham Hashim Abdullah merupakan pemain bola sepak Kelantan yang ketika itu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) dan suaminya, Mahadir Othman, 40, aktif mewakili sekolah untuk beberapa kejohanan.

“Suami selalu main bola permainan di hadapan Yusuff. Selalu juga bola tu menyentuh kaki anak yang sedang baring atau meniarap.

“Masuk usia lebih setahun, Yusuff pula semakin obses dengan bola. Hampir setiap hari dia bermain bola di rumah bersama ayahnya,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Bapa Yusuff sentiasa melatih anaknya bermain bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Anis, anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang lebih berminat untuk bermain dengan pelbagai jenis permainan yang dijual di pasaran.

“Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan seperti patung Ultraman. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung minta belikan.

Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung.
ANIS ADIBAH HASHIM

“Lebih 20 biji bola kami beli untuk Yusuff. Sekurang-kurangnya kena ada sebiji bola di rumah nenek dan ibu saudara yang sering dikunjunginya, serta sebiji bola dalam kereta untuk Yusuff bermain… kalau tak, nanti dia menangis.

“Sebagai kanak-kanak, Yusuff sudah tentu minat menonton kartun dan dia lebih teruja dengan siri animasi Bola Kampung,” ujarnya lagi.

Antara jersi milik Yusuff,

Lebih banyak menghabiskan masa dengan berlatih di rumah, dia yang merupakan suri rumah menambah, anaknya juga dibawa ke padang berdekatan.

“Yusuff ni aktif, peramah dan bercakap non-stop walaupun kita tak faham apa yang dia cakap sebab pelat. Dia memang susah nak menangis, sangat happy-go-lucky.

“Buat masa ini, Yusuff lebih tahu perkataan gol. Bola pun disebutnya gol. Kalau Yusuff dapat jaringkan goL, ayah dia akan bagi ganjaran ais krim dan pernah sanggup belikan pukul 11 malam,” katanya sambil menambah suaminya merupakan penyokong Ronaldo dan Manchester United.

Sebagai ibu, Anis berkata, dia akan sentiasa menyokong minat dan bidang yang diceburi anaknya termasuk menjadikan pemain bola sepak sebagai kerjaya.

“Kalau Yusuff hanya menjadikannya bola sepak sebagai hobi dan bukan kerjaya, saya tak paksa dan tetap menyokong apa juga selagi ia baik, tidak memudaratkan dan tidak melanggar hukum.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak tu walau sekecil-kecil pun pencapaian itu kerana ia cukup bermakna bagi mereka. Dari situ dia akan tunjuk sikap yang baik,” katanya.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Published

on

By

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Tindakan bintang bola sepak negara, Arif Aiman yang dikhabarkan baru membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Menerusi laman Instagram, pengedar kenderaan Hafis Naserr berkongsi momen ketika pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima kenderaan mewah tersebut di depan rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Walaupun tiada butiran lanjut dinyatakan, difahamkan kenderaan berwarna silver itu boleh mencecah harga sehingga RM400,000 mengikut pasaran semasa.

Bagaimanapun, tidak hairan pemain berusia 20 tahun itu mampu memilikinya apatah lagi dia pernah membawa gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Menerusi kapsyen, Hafis mengucapkan tahniah atas pencapaian Arif dan mendoakan bintang muda itu terus dimurahkan rezeki serta berjaya dalam karier bola sepak tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Congratulation to adik @ariifaiman42 for your archivement.. berkat usaha keras & tak henti2 cari peluang yang terbaik untuk karier adik, u really do a good job.
“Semoga adik dimurahkan rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah SWT, abang doakan adik makin maju dalam karier adik,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas rezeki diperoleh Arif dan berharap dia dapat mengekalkan momentum dan prestasi di atas padang.

Kurang gosip, masa ni la nak kumpul aset…

Sumber: Instagram Hafis Naserr

 

Continue Reading

Uncategorized

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Published

on

By

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Berita tentang kemalangan melibatkan dua orang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di Fun Fair Puncak Alam malam tadi sememangnya mengejutkan ramai.

Tiga individu cedera
Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan yang pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira pukul 8.50 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.
“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.

Telah diarahkan tutup serta merta
Difahamkan, fun fair tersebut telah diarahkan tutup secara serta merta bagi siasatan lanjut. Ada juga kenyataan memaklumkan bahawa fun fair berkenaan beroperasi tanpa lesen.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Abang kepada mangsa kongsi keadaan adik
Dalam pada itu, seorang individu telah berkongsi keadaan seorang kanak-kanak di dalam ambulans dengan meninggalkan kapsyen “adik saya fighter guys“.

LIHAT VIDEO DISINI

Pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif itu memuat naik video kanak-kanak yang cedera dipercaya salah seorang mangsa kejadian ‘sotong ride’ tersebut.

Saman je mereka
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang dengan kejadian terbabit dan meminta ahli keluarga kesemua mangsa mengambil tindakan sewajarnya diatas insiden berkenaan.

LIHAT VIDEO DISINI

Tahap keselamatan permainan diragukan
Saiful Azif juga turut bekongsi beberapa gambar keadaan tempat duduk permainan tersebut. Menurutnya, tahap keselamatan untuk permainan di fun fair berkenaan agak meragukan sehingga menyebabkan berlakunya insiden tidak terduga itu.

Walau bagaimanapun, siasatan masih sedang dijalankan untuk mengesan punca sebenar kejadian tersebut boleh berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial terutamanya di TikTok video beberapa individu tercampak sewaktu menaiki permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak laju.

Hal tersebut membuatkan ramai yang berada di tapak fun fair itu panik dan kesemua mangsa mengalami kecederaan apabila terhempas jatuh ke bawah dari atas permainan berbahaya terbabit.

komen para netizen 

Sumber: Kosmo! (Iskandar Shah Mohamed), TikTok saifulazif, farinarynaa_

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK