Connect with us

Viral

Bayi sulung ‘pergi’ akibat leukemia… dulu suami isteri risau setiap kali tidur, kini ‘tak kuat’ nak balik rumah terkenang arwah anak

Published

on

Bayi sulung ‘pergi’ akibat leukemia… dulu suami isteri risau setiap kali tidur, kini ‘tak kuat’ nak balik rumah terkenang arwah anak

KISAH seorang bayi perempuan yang dijemput Ilahi akibat penyakit leukemia pada 12 Disember lalu meruntun hati netizen.

Menurut Hanis Nazihah Mohd Nadzri, 23, anaknya yang diberi nama Sofea Delilah disahkan menghidap penyakit itu ketika usianya baru menginjak enam bulan, pada tahun lalu.

“Anak sulung kami disahkan menghidap leukemia pada usia enam bulan. Penyakit itu berisiko tinggi memandangkan dia berumur bawah setahun.

Telatah si comel ini pastinya dirindui Aiman dan Hanis.

“Dia juga perlu melalui proses kemoterapi. Ketika umur 10 bulan, pemeriksaan yang dibuat mendapati sel kanser dah kosong. Dalam sebulan dia rehat kemoterapi.

“Namun penyakit datang kembali. Akhirnya anak kami meninggal dunia pada usia setahun empat bulan, pada tarikh 12 Disember 2022,” ujarnya kepada mStar.

Senang disapa Hanis, dia dan suaminya Muhammad Aiman Alias, 22, tidak menyangka bayi sulung mereka ‘dipinjamkan’ dalam tempoh yang cukup singkat.

Barang arwah anak pun kami tak kemas lagi kat rumah. Kami tak sanggup nak pegang.
MUHAMMAD AIMAN ALIAS
Menurutnya, Sofea merupakan bayi yang aktif dan kuat melawan penyakit, sekali gus memberi harapan melihat si comel itu membesar seperti kanak-kanak lain.

“Ketika tanya doktor mengenai jangka hayatnya, doktor sendiri kata ‘no comment’ tentang hal itu. Saya dan suami nampak dia sangat kuat melawan penyakit.

“Doktor juga kata dia bayi yang kuat. Orang kat wad pun kenal dia sebagai bayi yang aktif, suka panjat pagar dan katil. Jadi kami mula membina harapan di situ.

“Pada masa sama, setiap hari saya rasa gelisah. Setiap malam kalau nak tidur, saya risau nanti bangun dia dah tak ada. Tapi tipulah kalau tak berharap dia sihat semula, sebab dia tak tunjuk macam sakit, nampak sangat normal,” imbas Hanis lagi.

Dalam pada itu, suaminya yang disapa Aiman berkata mereka sekeluarga reda dengan dugaan berat yang dihadapi dan kini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

Tambah Aiman, dia juga terharu membaca komen-komen netizen selepas berkongsi kisah kematian anaknya menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

“Kami rasa terharu bila baca semua komen. Saya juga perasan ramai yang senasib dengan kami. Ada juga mak ayah yang baru kematian anak.

“Cuma satu pesanan saya, kita kena cuba sehabis baik, tawakal pada Allah dan terakhir, hargailah insan yang kita sayang, sebab kita tak tahu sama ada hari esok masih ada atau tidak.

“Mana-mana ibu bapa yang melalui fasa seperti ini, jangan takut, anda tidak keseorangan. Ramai yang melaluinya,” ujarnya yang merupakan ejen insuran.

Aiman yang menetap di Kuala Lumpur berkata, dia dan isterinya kini banyak menghabiskan masa dengan aktiviti luar rumah kerana sedih kehilangan anak masih terasa.

“Kami tak balik rumah terus, hanya balik betul-betul masa dah mengantuk nak tidur. Biasanya kami akan keluar tengok wayang, jalan-jalan, pergi pantai, duduk dalam kereta. Kadang-kadang tak turun kereta pun, kami cuma nak bergerak. Nak lari dari benda ni.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2020.

“Barang arwah anak pun kami tak kemas lagi kat rumah. Kami tak sanggup nak pegang. Mainan dia, susu dia, semua ada lagi,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 2020.

Berdasarkan pengalaman, Aiman turut menitipkan pesan kepada ibu bapa di luar sana supaya mengambil perlindungan insuran atau takaful demi masa depan keluarga masing-masing.

“Jika berkemampuan, ambillah perlindungan insuran atau takaful. Sebab hidup kami tunggang terbalik dari segi kewangan kerana rawatan.

“Dua minggu terakhir kami nak luang masa dengan baby pun terbantut, kerana banyak tempat nak bawa dia berjalan, tapi duit habis kos ulang-alik hospital semua,” ujarnya lagi.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Published

on

Pelajar kelas hujung dan kaki p0nteng berjaya b4ngkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bul4n dapat RM20,000

Siapa s4ngka dari sikap sering pont3ng sekolah dan keputusan peperiks4an yang mengec3wakan, seorang pemuda bangk1t melakukan transf0rmasi ‘bukan biasa-biasa’.

Kejayaan tersebut dik0ngsikannya menervsi sebuah video di apl1kasi TikT0k.

Pemuda berkenaan, Nik Izzuddin Omary Nik Omar, berkata dalam peper1ksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia mencatatkan keputusan yang kurang memvaskan.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, keadaan itu disebabkan oleh kedeg1lan dan sik4p sambil lew4nya terhadap pelajaran selain masalah dis1plin di sekolah.

Ken4ngan… Nik (kanan) bersama arw4h ibu bapa dan adik-adiknya.

“Saya akui hanya banyak main-main PMR tahun 2013. Sudahlah p0nteng kelas di sekolah, kelas tu1syen pun saya tak datang.

“Keputus4n PMR saya langsung tak ada A. B pun ada 3 je, lebih banyak C. Saya masih ingat masa dalam dewan peperiksaan, saya tak tahu nak jawab apa,” katanya.

Lebih mesra disapa Nik, katanya, ibu kandungnya men1nggal dunia pada 2012, manakala bapa kandung dijempvt Ilahi pada tahun yang sama dia menduduki PMR.

“Sedih bila orang yang kita sayang perg1 buat selama-lam4nya, jadi semangat pun hil4ng. Masa tu belum mat4ng dan saya pernah terfik1r saya ni tiada masa depan,” ujar anak kelapan daripada 12 beradik itu.

Nik (dua, kanan) aktif dalam sukan taekwondo ketika di un1versiti.

Namun, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mula menyed4ri tentang tanggvngjawab besarnya pada diri dan keluarga selepas mendapat kepvtusan PMR yang tervk.

Malah4n, dia bersyukur kerana rakan-rakan di kelas sewaktu di Tingkatan Empat memberikannya mot1vasi untuk memberi tumpvan kepada pelajaran.

Jika dulu tak berjaya, jangan berputvs asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perlah4n-lah4n tapi ada perkemb4ngan kons1sten.

“Walaupun belajar di kelas ‘hvjung’ tapi sebenarnya ramai yang mempunyai minat untuk belajar tetapi mereka tiada pemaham4n. Jadi, kami membantu antara satu sama lain.

“Syukur, keputus4n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik dengan 6A. Saya kemudian meny4mbung pengaj1an di peringkat asasi sebelum mengikuti Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng di Univers1ti Islam Antarab4ngsa Malaysia (UIAM),” kata Nik.

Mencari pengal4man menjual sate.

Di UIAM, prestas1nya menunjukkan peningkatan apabila dua sem3ster ter4khir mencat4tkan keputusan dengan pencap4ian dekan menerusi purata nilai gred (GPA) 3.6 ke atas.

“Keputusan sem3ster lain bukan tak okay, tapi sipi-sipi nak dekan, dengan GPA sekitar 3.5,” katanya yang turut akt1f dalam sukan taekwondo sehingga mew4kili un1versiti ke Kejohanan Majlis Sukan Un1versiti Malaysia (Masum) pada 2015.

Selain itu, pemuda yang turut berg1at akt1f dalam sukan badminton ini juga berj1nak-j1nak dalam bisn3s secara kecil-kecilan untuk menj4na pendapatan samp1ngan.

Dulu (kiri) ketika di sekolah menengah dan kini bergelar pelajar un1versiti.

“Macam-macam yang saya jual, termasuk jual sate. Dan kini selepas tam4t pengaji4n dalam Ijazah Sarjana Muda Und4ng-Und4ng, saya mencebvri bisn3s percetakan (printing).

“Bisn3s ini ada pot3nsi apabila saya dan rakan niaga boleh capai pendap4tan kas4r RM20,000 sebulan. Bagi saya yang masih belajar berniaga, jvmlah itu cukup besar,” katanya.

Nik yang bakal meny4mbung peng4jian dalam Ijazah Sarjana Muda kedua (double degree) dalam jurus4n Und4ng-Und4ng Syariah di UIAM bersyukur dengan transf0rmasinya sejak kir4-kir4 lapan tahun lalu.

“Jika dulu tak berjaya, jangan berputus asa. Apa yang penting ada kem4huan, biar perl4han-l4han tapi ada perkemb4ngan kons1sten. InsyaAllah kita boleh berjaya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Gempa Bumi: Turkiye Bersedih, Bencana Berlaku Ketika Ramai Sedang Tidur

Published

on

Gempa Bumi: Turkiye Bersedih, Bencana Berlaku Ketika Ramai Sedang Tidur

Situasi getir berlaku di Turkiye dan Syria ketika ini disebabkan gempa bumi kuat yang berlaku sekitar jam 4.17 pagi tadi waktu tempatan.

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) cawangan Turkiye, Mohammad Khatib berkata setakat ini, bencana alam itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 284 mangsa selain mencederakan ribuan mangsa lain.
“Kebanyakan mangsa menyangka dunia sudah kiamat. Lebih menyedihkan apabila ramai kanak-kanak terkorban akibat ditimpa runtuhan kediaman masing-masing. Mereka tidak sempat lari menyelamatkan diri berikutan sedang tidur ketika itu.
“Gempa bumi ini menyebabkan kerosakan teruk kepada kediaman dan bangunan membabitkan Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis,” katanya.
Presiden MCM, Zulkifli Wahijan pula berkata, pihaknya akan segera bertindak dengan melakukan misi kemanusiaan selain memaklumkan bahawa suhu di bawah paras beku – 5 darjah celcius di lokasi menyebabkan lagi kesukaran kepada mangsa terlibat.

“Setakat ini dilaporkan 1,710 bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam terbesar itu. Malah angka korban dijangka terus meningkat berikutan kejadian gempa bumi susulan 7.2 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Malatya, Turkiye.
“Setakat ini wakil MCM di Turkiye sudah berada di lokasi kejadian bagi menyertai usaha mencari dan menyelamat. Keberadaan mereka sebagai usaha awal MCM menyampaikan bantuan secepat mungkin selain menyalurkan maklumat tepat lagi cepat,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang… Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

Published

on

Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang… Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

TIDAK jauh beza dengan rider penghantar makanan, pekerja syarikat kurier turut berdepan pelbagai cabaran ketika melunaskan tugasan mereka.

Selain mengejar masa dan berdepan risiko keselamatan di jalan raya, ragam pelanggan juga kadang-kala boleh membuatkan mereka pening kepala.

Baru-baru ini, seorang pekerja kurier dikenali sebagai Hafiz Rani tampil berkongsi luahan hatinya mengenai sikap pelanggan yang sering berpakaian tidak sopan.

Pesan pemuda itu, dia berharap pelanggan dapat menghormatinya sebagai lelaki dan tidak sesekali keluar dalam keadaan yang mengaibkan.

Pemuda itu berkata, dia mahu berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlarutan. (Gambar Hiasan)

“Aku nak tegur dan bagi nasihat sikit ya. Aku ni bekerja kurier. Kau orang pun tahu kan prosedur operasi standard (SOP) sebelum pass barang, aku kena isi maklumat dan ambil sign pelanggan.

“Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya. Ni tak. Ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil dan yang berkemban pun ada,” luahnya di Facebook.

Tambah Hafiz lagi, dia juga merancang untuk berhenti kerja sekiranya kejadian itu terus berlaku pada masa akan datang.

Tolong hormat sikit saya sebagai lelaki ya… ada yang keluar pakai towel, pakai boxer, tak pakai baju kecil.
HAFIZ RANI
“Kalau lah situasi ini berterusan, InsyaAllah aku akan berhenti kerja. Mungkin bagi sesetengah perempuan itu biasa.

“Tapi bagi aku orang Islam amat luar biasa. Please take note ya. Sama-sama kita. Selamat beramal,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang dibuat menerusi group Facebook B40 Buat Apa Harini itu turut meraih lebih 100 komen netizen yang bersimpati dengannya.

Malah, netizen turut menyelar sikap perempuan yang diceritakan Hafiz dan menganggap mereka sebagai manusia yang tidak mempunyai perasaan malu.

“Alhamdulillah terbaik bang. Semoga murah segala urusan abang. Tak semua orang yang boleh buat macam abang, sanggup berhenti kerja sabab benda macam tu.

“Memang tak tahu malu orang macam ni. Terdedah sana-sini pakai ketat macam saiz baju adik dia.

“Perempuan sekarang mahal pada hantaran kahwin sahaja,” tulis beberapa netizen.

Pekerja kurier berdepan pelbagai cabaran setiap hari. (Gambar hiasan Freepik)

Dalam pada itu, beberapa individu turut mencadangkan agar kaum wanita yang beragama Islam agar mengenakan telekung atau jubah jika mahu mengambil tempahan daripada pekerja penghantaran.

“Bagi pelanggan perempuan kena standby telekung kalau nak keluar ambil barang.

“Aku pun paling senang akan ambil jubah atau telekung dan terus sarung je, itu paling cepat dan mudah kalau tiba-tiba abang kurier sampai depan rumah,” kata beberapa netizen.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK