Connect with us

Viral

Baru nak langkah keluar LRT tiba-tiba pelempang hinggap ke muka! Pelajar universiti tergamam makcik bertudung jadi agresif

Published

on

Baru nak langkah keluar LRT tiba-tiba pelempang hinggap ke muka! Pelajar universiti tergamam makcik bertudung jadi agresif

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba satu tamparan hinggap di wajah wanita ini!

Melalui satu ciapan tular di Twitter, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Loy, 24, berkata insiden tersebut berlaku ketika dia dan rakannya berada di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Bercerita kepada mStar, Loy memberitahu ketika kejadian dia dan rakannya sedang dalam perjalanan ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) untuk membawa ibu rakannya bersiar-siar di sekitar ibu kota.

Ciapan asal di laman Twitter.

“Kami naik LRT dari stesen Masjid Jamek sampai ke stesen Hang Tuah. Apabila dalam LRT tu, kami perasan ada seorang makcik ni berkelakuan pelik dan agresif.

“Dia bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit dalam nada yang marah. Dia pakai earphone ketika bercakap dan kalau tengok dari body language macam ada sesuatu yang dia tak puas hati.

“Kami abaikan je sebab itu privacy dia, mungkin hal keluarga,” cerita Loy mengenai situasi sebelum kekecohan berlaku.

Insiden meletus apabila Loy dan rakannya, Jia tiba di stesen Hang Tuah dan sedang melangkah ke pintu gerabak LRT untuk keluar.

“Kami beratur nak keluar dari LRT. Kawan saya, Jia nampak makcik yang tadi tu macam nak keluar juga, jadi dia bagi laluan dulu.

“Tiba-tiba satu tamparan daripada makcik tu melekat di muka saya. Saya jadi terus kaku, tak tahu macam mana nak react. Jia yang di sebelah saya terus jerit minta bantuan daripada polis bantuan di stesen.

Tiba-tiba kawan saya, Jia pula yang ditampar oleh makcik tu, sampai tercampak cermin mata dia.
LOY
“Beberapa saat lepas tu apabila saya dah sedar apa yang terjadi, saya pun ikut jerit sekali. Air mata pun dah mula mengalir, saya menangis.

“Polis bantuan datang dan kami beritahu yang makcik tu lempang saya. Kami dan polis bantuan cuba dekati makcik tu untuk tanya dia kenapa buat macam tu,” kata Loy yang merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Tanjung Malim.

Walaupun begitu, menurut Loy, pihak polis bantuan tidak dapat mengambil tindakan terhadap wanita pertengahan usia yang menamparnya kerana dikatakan mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Laporan polis sudah dibuat oleh Jia dan rakannya.

“Pihak polis bantuan ada cakap yang makcik itu sepertinya kurang siuman berdasarkan pemerhatian mereka. Jadi mereka pun tak boleh nak tahan makcik itu, apa yang mereka boleh buat ialah minta makcik tu untuk tinggalkan stesen LRT.

“Makcik itu dikatakan sebagai kurang siuman oleh polis bantuan sebab dia menjerit-jerit tanpa sebab dan sukar nak patuh arahan yang diberikan.

“Polis bantuan ada ikut makcik tu untuk pastikan dia tak ada buat apa-apa lagi tindakan di luar kawalan. Kami ingat sudah lerai semuanya dan kami pun teruskan dengan urusan kami,” kata Loy yang berasal dari Pahang.

Namun ternyata takdir menemukan semula Loy dan rakannya dengan wanita berkelakuan aneh tersebut sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan kali kedua yang lebih hangat.

“Stesen Hang Tuah ni hanya untuk kami tukar train sahaja sebab kami nak pergi TBS kan. Jadi kami pergi ke platform nombor satu dari platform nombor dua yang kami turun mula-mula tadi.

Cermin mata rakan Loy tercampak ketika ditampar oleh wanita berkenaan.

“Dekat situ kami jumpa sekali lagi dengan makcik tu. Kami akui waktu tu kami agak beremosi dan mahukan penjelasan, jadi kami dekati makcik itu untuk tanya kenapa dia tampar saya. Kami nak dia minta maaf.

“Kami tanya polis bantuan dulu dan mereka setuju untuk kami buat macam itu. Mereka pun ikut kami pergi jumpa makcik tu. Apabila dia nampak kami, dia cuba nak larikan diri.

“Apabila kami tanya dia, reply yang dia bagi macam susah untuk kami faham. Pertuturan dia bercampur-aduk. Tiba-tiba kawan saya, Jia pula yang ditampar oleh makcik tu, sampai tercampak cermin mata dia,” cerita Loy.

Loy mengatakan polis bantuan yang berada di sisi mereka tanpa membuang masa terus bertindak untuk menahan wanita itu.

“Polis bantuan pun mula-mula terkejut sebab makcik itu berani buat macam tu di depan mata mereka. Polis bantuan terus tahan makcik itu dan bawa dia ke satu bilik di atas untuk bagi dia tenang.

“Mereka cuba tanya soalan dekat dia tapi apa yang dia cakap susah nak difahami. Apa yang kami boleh faham ialah dia tengah marah. Ada keluar perkataan carutan dari mulut dia selain ‘bodoh’ dan ‘kurang ajar’ semua.

Loy bersyukur kerana polis bantuan di stesen LRT Hang Tuah memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Polis bantuan kemudian panggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari unit jenayah ke tempat kejadian. Dua anggota datang dan mereka minta kami cerita daripada awal sampai habis apa yang berlaku.

“Kemudian kami pergi ke Balai Polis Pudu untuk buat report. Dalam petang macam tu, ada seorang inspektor telefon tanya kalau kami nak ambil tindakan mahkamah ke atas makcik tu tapi kami tolak sebab leceh,” ujar Loy.

Loy mengatakan ada banyak langkah yang perlu diambil untuk mendakwa wanita tersebut ke mahkamah dan ia adalah satu proses yang memakan masa.

“Kami masih students dan tak ada banyak masa. Kalau nak dakwa makcik tu kami kena pergi ke hospital untuk buat check-up, nak tengok ada kecederaan ke. Lepas tu pun ada banyak langkah lain lagi.

“Jadi kami nasihatkan mereka yang naik pengangkutan awam di sekitar Kuala Lumpur untuk berhati-hati dengan makcik ini sebab dia masih ada di luar sana.

“Kami juga nak ucap terima kasih kepad polis bantuan di stesen LRT Hang Tuah sebab banyak tolong kami ketika kejadian,” kata Loy menutup bicara.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Published

on

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.

Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah

Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.

Sumber : I Muslim Network via bicara kini

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Published

on

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Selepas 36 tahun berlalu, seorang individu dikenali sebagai Puan Norasiah Jamil akhirnya berjaya menjejaki cikgu yang membantunya membayar yuran pengajian masuk universiti pada 1988.

Pencarian Norasiah bermula apabila dia memuat naik beberapa keping foto lama beserta maklumat ringkas di Facebook. Orang ramai yang mengenali Cikgu Pak Lin Haw membantu Norasiah yang sudah lama ingin bertemu cikgu itu.

Jumpa selepas 36 tahun

Memetik laporan Malay Mail, Cikgu Pak Lin Haw adalah guru kimia Norasiah ketika bersekolah di SMK Alor Akar, Kuantan Pahang pada tahun 1987.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Norasiah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti tetapi terpaksa menolak kerana kekangan wang.

Cikgu tolong bayar yuran masuk universiti

Untuk semester pertama pengajian, Norasiah perlu membayar yuran sebanyak RM1,200 dan keluarganya kurang berkemampuan pada waktu itu.

Cikgu Pak Lin Haw yang mengetahui hal itu sanggup mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM400. Baki sebanyak RM800 pula adalah daripada sumbangan PIBG sebanyak RM400 (anugerah pelajar cemerlang) dan RM400 lagi dipinjam daripada saudara mara.

Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, Norasiah cuba mencari gurunya tetapi gagal.

Baru-baru ini, dia menjumpai gambar bersama cikgu kesayangannya itu selepas menyelongkar barang lama di rumah ibu bapanya terletak di Felda Lepar Hilir 3, Gambang.

Norasiah sangat bersyukur akhirnya mereka bertemu semula selepas 36 tahun.

Kredit: MalayMail | Facebook Norasiah Jamil

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK