Connect with us

Semasa

Baru buka tak sampai seminggu, gerai kek di laman rumah asyik kena serbu… laksa air tangan ibu pun padu!

Published

on

Baru buka tak sampai seminggu, gerai kek di laman rumah asyik kena serbu… laksa air tangan ibu pun padu!

SEBELUM ini pernah tular kisah seorang gadis berniaga aneka jenis kek dan pencuci mulut di gerai tepi jalan sahaja.

Sama seperti konsep berkenaan, wanita ini turut mencabar diri berniaga aneka jenis kek di halaman rumah ibunya!

Siapa sangka, percubaannya sejak tiga hari lalu membuahkan hasil di mana kesemua jualannya laris dalam masa tiga jam sahaja, penangan kuasa viral TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Norshahila Martuki berkata dia sebelum ini merupakan pembuat kek di rumah (home baker) yang menerima tempahan awal daripada pelanggan.

“Kalau ikutkan sejak bujang lagi saya suka buat kek, mewarisi minat ini daripada ibu. Saya bekerja sebagai kerani tetapi suka ikuti rancangan atau menonton video buat kek dari YouTube.

“Selepas lebih setahun berkahwin, saya tetap terima tempahan buat kek tapi agak penat. Akhirnya saya putuskan untuk berhenti kerja dan ‘pursue’ minat untuk buat kek.

“Jadi, sekarang ni dah lapan tahun sebenarnya saya bergelar seorang home baker. Sebelum ini dah terfikir nak buka gerai jual kek tapi belum berkesempatan.

“Kali ini barulah ada peluang untuk merealisasikannya,” ujar wanita berusia 32 tahun ini.

Menurut Norshahila, dia pada mulanya agak bimbang dengan sambutan dan penerimaan daripada pelanggan kerana ini merupakan percubaan pertamanya membuka gerai.

“Mula-mula takut juga kek tak habis, tapi dengan sokongan padu keluarga, suami dan kawan-kawan, saya jadi bersemangat. Nak buat banyak tak berani. Hari pertama saya buat lapan biji kek sahaja.

“Lagipun saya seorang yang bancuh adunan, bakar, deko, kemas dapur. Pendek kata dari A hingga Z saya buat. Adik pula tolong bungkus.

“Hari pertama buka gerai iaitu 15 September, saya buat hebahan dalam Facebook saja. Tapi orang yang biasa tempah dengan saya, mereka bantu share. Ada juga yang datang gerai siap buat video dan bantu promote.

“Alhamdulillah, sejam setengah saja kek licin! Hari kedua, saya tambah kepada 10 biji kek. Yang saya terkejut, ada yang beritahu mereka dari Kuala Lumpur dan singgah gerai sebelum ke Pulau Pinang. Mereka kata masuk dalam FYP (for your page) TikTok. Terharu rasanya,” ujarnya yang berniaga di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak.

Antara jenis kek hasil air tangan Norshahila adalah kek batik ‘legend’, kek chocolate moist, kek butterscotch caramel, aneka kek cheese leleh, kek chocolate caramel dan kek burnt cheese.

Ada yang beritahu mereka dari Kuala Lumpur dan singgah gerai sebelum ke Pulau Pinang. Mereka kata masuk dalam FYP (for your page) TikTok.
NORSHAHILA MARTUKI
PEMILIK GERAI ASHA CAKES
Apa yang lebih menarik, kesemua jenis kek berharga antara RM5 hingga RM8 sepotong, iaitu harga istimewa dan mampu milik.

Selain kek, gerai Norshahila turut menjual laksa air tangan ibunya dan pencuci mulut seperti tat buah dan puding yang dibuat oleh rakannya.

Tidak menyangka video yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih melebihi 70,000 jumlah tontonan, Norshahila berkata dia sekadar suka-suka berkongsi selain mahu mengiklankan gerai barunya.

Gerai Norshahila ‘diserbu’ sekumpulan wanita yang sedang berkonvoi.

“Tak sangka langsung naik FYP. Saya anggap ini sebagai rezeki. Tapi saya sedar, dalam dunia bisnes ni pasti ada yang suka dan tak suka… saya cuma positifkan diri.

“Kalau ada yang kurang berkenaan atau yang tak kena pada kek, direct saja pada saya… tiada masalah. Harapan saya moga bisnes kecil ini makin berjaya dan jika ada rezeki, teringin nak buka kafe yang comel,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#CELEB

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Published

on

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.

Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.

Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.

“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.

Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.

Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.

Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu ‘Dian’ yang sudah bertudung.

Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.

“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang,” ujarnya.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.

“Comelnya, Ini spin off baik punya.

Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.

“Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.

“Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau,” tulis netizen.

Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.

Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Published

on

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.

Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah

Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.

Sumber : I Muslim Network via bicara kini

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Published

on

Individu Ini Akhirnya Jumpa Cikgu Yang Tolong Bayar Yuran Masuk Universiti 36 Tahun Lalu

Selepas 36 tahun berlalu, seorang individu dikenali sebagai Puan Norasiah Jamil akhirnya berjaya menjejaki cikgu yang membantunya membayar yuran pengajian masuk universiti pada 1988.

Pencarian Norasiah bermula apabila dia memuat naik beberapa keping foto lama beserta maklumat ringkas di Facebook. Orang ramai yang mengenali Cikgu Pak Lin Haw membantu Norasiah yang sudah lama ingin bertemu cikgu itu.

Jumpa selepas 36 tahun

Memetik laporan Malay Mail, Cikgu Pak Lin Haw adalah guru kimia Norasiah ketika bersekolah di SMK Alor Akar, Kuantan Pahang pada tahun 1987.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Norasiah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti tetapi terpaksa menolak kerana kekangan wang.

Cikgu tolong bayar yuran masuk universiti

Untuk semester pertama pengajian, Norasiah perlu membayar yuran sebanyak RM1,200 dan keluarganya kurang berkemampuan pada waktu itu.

Cikgu Pak Lin Haw yang mengetahui hal itu sanggup mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM400. Baki sebanyak RM800 pula adalah daripada sumbangan PIBG sebanyak RM400 (anugerah pelajar cemerlang) dan RM400 lagi dipinjam daripada saudara mara.

Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, Norasiah cuba mencari gurunya tetapi gagal.

Baru-baru ini, dia menjumpai gambar bersama cikgu kesayangannya itu selepas menyelongkar barang lama di rumah ibu bapanya terletak di Felda Lepar Hilir 3, Gambang.

Norasiah sangat bersyukur akhirnya mereka bertemu semula selepas 36 tahun.

Kredit: MalayMail | Facebook Norasiah Jamil

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK