Connect with us

Semasa

Balu & anak ada hak tinggal di rumah sehingga urusan faraid selesai- Peguam Syarie

Published

on

Balu & anak ada hak tinggal di rumah sehingga urusan faraid selesai- Peguam Syarie

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh memaklumkan rumah peninggalan arwah abangnya iaitu Abam Bocey bukan miliknya mahupun kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

Susulan itu, seorang peguam syarie, Muhammad Syarafi tampil memberi penjelasan serta pendapat mengenai isu yang sedang hangat menjadi siulan ramai di media sosial.

Ini penjelasan daripada peguam syarie

Ali kena faham, bila arwah abang meninggal dunia hari tu dan arwah ada isteri, anak lelaki, orang yang paling berhak untuk uruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya.

Cumanya dalam situasi ni, Ali pun tahu anak lelaki arwah abang masih dibawah umur. Mengikut undang² kita ada mesti lantik Pemegang Amanah untuk menguruskan harta bagi pihak si anak tu.
Dalam situasi ini, Ali kena tahu pada kebiasaannya anak yang belum cukup umur untuk uruskan hartanya sendiri kita akan lantik ibunya sebagai pemegang amanah untuk uruskan harta bagi pihak anak tu sehingga mencapai usia yang membolehkannya urus hartanya sendiri,

Ali juga kena tahu, walaupun urusan faraid masih belum selesai, Ali kena bagi laluan kepada balu si mati dan anaknya untuk tinggal di rumah tu sehingga urusan faraid selesai.

Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si mati. Bahagian mak pula bagaimana? Ali jangan risau kerana bahagian mak tetap ada dalam harta arwah abang itu.

Ali Puteh kena faham, 1/6 harta arwah milik ibunya dan semua baki milik anak lelaki arwah

Cumanya bahagian mak ini tidak banyak iaitu cuma 1/6 saja daripada baki harta yang tinggal itu. Bakinya semua akan pergi kepada anak lelaki arwah abang kerana anak lelaki ni dia akan menjadi penghalang kepada waris² selain dari:

1. Mak
2. Ayah
3. Suami
4. Isteri
5. Anak perempuan
6. Anak lelaki

Untuk terima bahagian faraid si mati, Ali jangan buat susah macam ini. Kita faham sahaja dalam bahagian mak yang 1/6 itu ada bahagian Ali jugak tetapi bahagian itu sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan hak anak dan isteri si mati terima.

Ibarat kata kalau rumah itu dinilaikan berjumlah RM1 juta, bahagian mak cuma kurang lebih RM166,000 sahaja dan bakinya semua ada lagi sekitar RM834,000 akan pergi kepada isteri dan anak si mati.

Ini cuma contoh kiraan sahaja Ali. Nak tentukan nilaian terkini harga rumah tu kena guna khidmat penilai hartanah bertauliah. Jangan kita memandai pulak buat nilaian sendiri.

Balu dan anak ada hak untuk tinggal dalam rumah itu

Cuma nak pesan kat Ali, Walaupun urusan faraid masih belum selesai, rumah itu tetap ada hak si balu dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di mahkamah sebabnya Allah dah bagitahu dalam surah Al-Baqarah:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ

Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari. (Al-Baqarah: 234).

Dalam menempuh bilangan ‘iddah serta berkabung bagi kematian suami, seseorang perempuan itu tidak boleh keluar dari rumahnya sepanjang tempoh ber’iddah tersebut melainkan darurat atau keperluan hajat.

Ini juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluargnaya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:

امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ

Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan. Riwayat Abu Daud (2300) & Al-Tirmizi (1204).

Kesian la kat balu dan anak sampai kena keluar rumah bawa diri

Ali baca tak hadis nabi ini? Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah arwah sedangkan mereka berhak untuk tinggal di situ. Berkenaan arahan ,mahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60,000 itu kes lain dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar.

Jangan tangguh-tangguh takut nanti kena contempt of court pulak. Senang cerita macam ini Ali. Kita semua faham sahaja Ali nak uruskan bahagian mak dalam harta yang ditinggalkan arwah abang itu.

Rendahkan ego dalam diri tu

Cumanya dalam situasi macam ini ada baiknya Ali cuba kendurkan sikit ego tu dan harmonikan kembali silaturahim yang dah keruh disebabkan isu perebutan harta ni.

Nak cerita bab harta ni Ali, kalau bagi setinggi gunung everest pun takkan pernah puas manusia ini. Tapi silaturahim ni kalau kita jaga dengan baik InsyaAllah akan membawa kita sampai ke syurga.

Tak perlu panjang bicara sangat. Jumpa semula kak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati,selesai masalah.

Sumber: Facebook @Muhammad Syarafi

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg

Published

on

Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg

PENANGAN ‘kuasa’ seorang ibu sememangnya tidak dapat dinafikan.

Manakan tidak, seorang pemuda hanya mampu tersenyum merelakan kukunya yang panjang di jari kelingking dipotong ibu sendiri.

Kawasan parkir kereta menjadi saksi, apabila ibunya secara spontan mengeluarkan pengetip kuku dari dalam beg tangan bagi memotong kukunya sehingga pendek agar kelihatan kemas.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Aliff Aiman Ismail berkata, dia menyimpan kuku sehingga panjang di jari kelingkingnya sejak lima bulan lalu.

Sepanjang tempoh itu juga, dia yang lebih mesra disapa Aliff memberitahu, ibunya berkali-kali menegur supaya memotong kukunya yang panjang itu.

“Mulanya saya simpan kuku panjang ni ikut kawan. Mak kemudian tegur tak elok simpan kuku panjang dan secara kebetulan ditegur bukan pada hari Jumaat.

“Saya beri alasan nak potong kuku hari Jumaat sebab sunat (digalakkan). Sudahnya berkali-kali Jumaat kuku panjang di jari kelingking masih belum potong.

“Itu belum lagi macam-macam alasan lain seperti orang-orang tua dulu pantang kalau potong kuku pada waktu malam,” katanya kepada mStar.

Kuku Aliff dipotong pendek.

Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, dia sebenarnya baru menjalani pembedahan ligamen lutut akibat kecederaan yang dialami ketika bermain bola.

“Mak juga tegur imej kuku panjang tidak baik di tempat kerja. Malu orang tengok kuku panjang sebab ia merupakan sebahagian daripada penampilan kita.

“Saya pula cuti sakit selama dua bulan selepas pembedahan dan banyak masa dihabiskan di rumah. Jadi memang tak pergi ke tempat kerja untuk guna alasan tu,” ujarnya yang berasal dari Setiu, Terengganu.

Buka puasa bersama keluarga selepas insiden ‘potong kuku’.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur kerana keadaan lututnya beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa.

Pada masa sama, Aliff juga pernah menyuarakan kepada ibunya untuk memotong kukunya yang panjang menjelang Ramadan sempena bulan yang penuh keberkatan.

Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak.
ALIFF AIMAN ISMAIL
“Sempena hari Jumaat lalu yang penuh barakah, kuku di jari kelingking akhirnya dipotong mak sebelum kami sekeluarga ke kedai makan untuk berbuka puasa.

“Mak pula memang simpan pengetip kuku dalam beg tangan, sentiasa bawa ke mana-mana. Jadi, mak terus potong kuku saya di situ sebelum masuk kedai,” ujarnya secara berseloroh.

Aliff (kanan) bersama ibu.

Bercerita lebih lanjut, Aliff berkata, ibunya yang berusia 56 tahun merupakan guru penolong kanan (GPK) kokurikulum di sebuah sekolah menengah, maka disiplin amat dititikberatkan.

“Mak sangat garang dan tegas, mengalahkan guru disiplin sebab itulah ada pengetip kuku kalau spot check pelajar. Bukan setakat pelajar, penampilan anak-anak pun kena sentiasa kemas.

“Pernah suatu hari saya pergi potong rambut tapi mak ‘tak lulus’. Saya terpaksa berpatah balik ke kedai gunting rambut dan perkemas semula,” katanya.

Walaupun tegas, kata Aliff, ibunya begitu penyayang dan setiap tegurannya untuk kebaikan anak-anak.

“Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun sudah bekerja, mak masih pantau penampilan saya… saya layankan saja demi kebaikan,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Published

on

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.

Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.

Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.

“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.

Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.

Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.

Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu ‘Dian’ yang sudah bertudung.

Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.

“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang,” ujarnya.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.

“Comelnya, Ini spin off baik punya.

Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.

“Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.

“Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau,” tulis netizen.

Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.

Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Published

on

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.

Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.

LIHAT VIDEO DISINI

“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah

Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.

Sumber : I Muslim Network via bicara kini

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK