Connect with us

Uncategorized

“Bakpo biar tubuh jadi gitu…. Saye lah ke tubuh…” – Wanita Kongsi Cerita Se’dih Berpisah Dengan Suami…

Published

on

wanita

Selalu saya nasihatkan wanita untuk jadi cantik.  Jaga diri.  Jaga pakaian. Jaga penampilan dan jaga hati sendiri.

Biar apa pun harus ada ruang untuk sayangi diri.

Kerana saya sendiri telah pernah terlupa untuk menjaga semua itu.  Saya pernah jadi orang yang suka menghambakan diri untuk orang yang saya sayang, demi mengejar sayang.  Ramai wanita jadi begini.

wanita

Bukan tidak boleh.  Ya pasti boleh sahaja.  Kerana cinta itu kan suatu anugerah yang terindah buat kita.  Lalu orang yang bercinta itu, sering mahu memberikan yang paling baik untuk pasangannya.

Yang tidak boleh adalah, bila cinta pada manusia lain melebihi diri sendiri.  Dan saya tidak mahu hal yang serupa berlaku kepada wanita lain lagi.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat menitik beratkan tentang penampilan diri.  Entahlah, barangkali sudah menjadi kebiasaan sejak nenek moyang kami lagi.

Arwah ibu saya sangat sangat memberatkan keterampilan bukan setakat luaran.  Bahkan hingga ke pakaian dalam!

Pernah dia berpesan begini sambil berjenaka…

“Seluar dalam terkoyak jangan pakai lagi.  Mana tahu kalau kecemasan atau ada kemalangan di luar, terselak kain….nampak seluar dalam koyak….”. Sampai macam tu dia berpesan kerana nak menakutkan kami supaya tak pakai pakaian dalam yang berlubang…

Bila bernikah, sehingga punya anak dua ramai yang ingat saya masih anak dara.  Saya tetap jaga diri.

wanita

Bila anak kembar  (ketiga dan keempat) saya lahir, badan saya mula besar sedikit.  Malah sungguh besar.  Berat saya waktu mengandung melebihi 80kg!  Setelah melahirkan, menjadi 70kg lebih…

Bila bekas pasangan minta saya berhenti kerja…saya akur.  Meskipun waktu itu sudah punya kerjaya yang sangat bagus, gaji lumayan, di syarikat antarabangsa antara terbaik dunia.  Orang yang dalam cinta, sanggup buat apa sahaja kan?

Apabila rumahtangga mula goyang dan tertekan… Saya abdikan diri untuk keluarga. Hidup saya sememangnya hanya untuk suami dan anak-anak sahaja.  Saya last sekali.  Itupun jika ada waktu tersisa.  Yang biasanya tidak ada…

Semuanya hanya kerana ingin mengejar cinta.  Yang semakin lari …dan lari.

wanita

Saya faham benar bagaimana seorang isteri itu berada dalam “super comfort level”.

Jadi isteri sudah tidak pandang orang lain.

Suami di hati bagai permata.

Biar siapa pun dia….

Dan wanita sering berfikir bahwa suami mereka juga serupa.

Itu yang sering menjadikan sikap “tidak apa” pada isteri.

Terlupa jaga diri.

Berat badan semakin menjadi.

Kadang tidak sempat berbedak apa lagi berlipstik.

Sibuk menukar pampers bayi.

Segalanya seadanya…

Bahkan kadang cincai sahaja.

Aku kan dah kahwin…

Dah ada suami.

Alah, dah kahwin lama…

10, 12, 25 tahun dah.

Suami tidak kisah.

Saya pernah terlupa bahawa dulu saya sering sangat menjaga diri.  Krektor kita berubah.  Apa lagi bila bekas suami sangat kuat cem’buru.  Saya tak boleh cantik-cantik selalu.

Jangan tersalah faham.

Bila jadi isteri, harus ikut cakap suami.

Namun perlu ada ruang untuk diri.

Ini saya dulu.

Waktu balik kampung sampai sepupu saya tegur…

“Bakpo biar tubuh jadi gitu…. Saye lah ke tubuh…”…

(Kenapa biarkan tubuh jadi macam tu?  Sayang dekat tubuh…).

Dia te’gur sebab tak pernah tengok saya com0t dan sele’keh begitu.

wanita

Apabila berpi’sah, saya jadi diri saya semula.

Saya jaga makan dan waktu tidur saya.

Saya jaga diri macam arwah ibu ajar saya.

Kita boleh jadi siapa yang kita mahu.

Nak kurus boleh, jika kita benar-benar mahu.

There is no such things that…

“Saya nak kurus….tapi tak boleh laaa”.

“Saya nak kulit cantik…tapi tak sempat dan selalu tak ingat nak pakai….”

Istiqamah itu memang sukar.

Yang mudah itu adalah istirehat.

Namun jika kita benar sayang diri kita.

You just have to be determined and put your heart to it.

wanita

Ini gambar saya hari ini.

Dan gambar saya ketika tidak mencintai diri.

Saya yakin anda juga boleh…

Sayangi diri….

Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli

Uncategorized

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Published

on

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.

Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Uncategorized

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Published

on

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.

Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.

Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.

Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.

Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.

TERBUKA HATI

Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.

Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.

“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.

TERIMA KEC4MAN

Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.

“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.

“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.

“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.

Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

Sumber: https://mykmu.ne

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Published

on

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.

Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.

“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.

Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK