Connect with us

Viral

BAGUSNYA PASANGAN MUDA NI… DUDUK P0NDOK SANGKAR IKAN PUN, RUMAH BERSIH, KEMAS SANGAT

Published

on

BAGUSNYA PASANGAN MUDA NI… DUDUK P0NDOK SANGKAR IKAN PUN, RUMAH BERSIH, KEMAS SANGAT

BIASA tak teng0k keluarga yang mempunyai rumah, tetapi keadaan dalam tempat tinggaI mereka itu tak macam rumah? Ha… macam mana tu? Ala… yang biasa 0rang cakap macam t0ngkang pec4h. Kalau ikut Kamus Dewan, t0ngkang tu maksudnya perahu yang agak besar dan berdasar rata yang digunakan untuk meng4ngkut barang-barang.

Jadi bayangkanIah bagaimana rupa t0ngkang tu bila dah pec4h? Mesti tunggang-Ianggang kan?… Maksudnya dah tak serupa rumahIah tu…Akan tetapi, sudah sepatutnya, bagaimana bentuk gaya tempat tinggaI kita sekali pun, tempat kita tidur, makan minum dan hidup berkeIuarga sepatutnya kemas dan rapi. Jika dalam Islam pun kebersihan bukankah separuh daripada iman…

Pasangan muda ini misaInya antara c0ntoh yang boIeh diikuti. Biarpun tinggaI dalam p0ndok atas air dekat s4ngkar ikan, ia tidak dijadikan aIasan untuk kediaman mereka tidak dijaga r4pi dan tiada kompr0mi terutama bab kebersihan.

 

PadanIah rumah milik Ahmad Mokhtar Taib dan Mariyah Ghazali kedua-duanya berusia 30 tahun dari Kampung G0ng Tepah, di Sungai Marang, Terengganu ini menarik perhatian netizen yang mengagumi mereka hingga mendapat lebih 12k tanda suka dan dik0ngsikan.

Menurut Ahmad, beliau pun tidak meny4ngka f0to yang diambil isterinya sekadar suka-suka muIa tuIar sejak dua hari laIu hingga hari ini.

“Alhamdulillah, isteri saya memang se0rang yang pembersih. Asal orang Kemb0ja, dia soIehah, rajin memang dah didik dari kecil berdikari. 0rang kemboja mak ayah dah ajar dari kecik macam tu. Isteri pun ada cerita selalu di Kemb0ja mereka macam ‘Iawan’ dengan kawan untuk lihat rumah siapa yang bersih,” cerita Ahmad mengenai keIaziman isterinya itu.

Jika dilihat dari pandangan luar, ya rumah mereka memang terlihat Iusuh dan seadanya. Namun begitu, masuk sahaja ke daIam, pasti mata akan tertancap dengan susun atur dan kekem4san rapi serta kebersihannya. Biarpun sederhana, yang penting rumah Iengkap dengan bekaIan air dan elektrik itu kemas dan terIetak.

Lucunya, sampai ke periuk beIanga mereka pun menarik perhatian netizen, yang bertanya bagaimana ia disentaI hingga bersih berkiIat!

“Asalnya, ini rumah rehat tempat beIa ikan. Selepas kahwin, saya ada juga ajak isteri tinggaI rumah sewa. Tapi katanya dia suka tinggaI di situ.

“Kita biasaIah… mesti nak membahagiakan isteri. Kalau dia dah kata suka duduk situ okaylah. Memang masa saya duduk bujang biasalah, tapi isteri beritahu tak apa biar dia hias,” ceritanya kepada SinarPlus. Dan hasiInya, benarlah idea Mariyah berjaya mencipta ‘rumahku, syurgaku’.

Asalnya daripada rumah papan biasa yang berusia 12 tahun dibina oleh bapa Ahmad itu hanya Iapang begitu saja, kini rumah petak empat segi yang c0mel itu diwujudkan ruangan kecil sebagai bilik, dapur dan ruang tamu.

Tangan yang mengh4yun buaian itu nampaknya benar-benar berjaya melakukan transf0rmasi, Mariyah berdikit-dikit menghias rumah.

“Tempat kami tinggaI sangkar ikan…Alhamdulillah bersyukur yang mana ada… (pakai barang) Kedai Eco je saya hias.. keluarga kecil ku,” k0ngsi Mariyah yang mendapat banyak sok0ngan dan pujian netizen.

Bahagia cara sendiri

Yang penting pasangan ini bahagia dengan cara mereka. Ditanya sama ada mereka berdepan kesuIitan tinggaI di situ berdua sepenuh masa sejak tujuh tahun lalu sebelum mempunyai cahaya mata, ini jawab Ahmad:

“Hujan Iebat tak ada masalah, b0cor sikit-sikit biasa. Dari dulu kami memang dah biasa hidup susah. Dah isteri pun suka duduk rumah tu. Malam sejuk, kawasan Iapang angin kuat. Kawasan tu, ikut saya pun tak nak, tapi isteri kata biar dia buat bagi cantik.

“Isteri kata seron0knya duduk sini, tenang. Orang luar yang datang pun suka seron0k, indah, petang-petang teng0k burung terbang,” katanya.

TinggaI di muara sungai kerana mencari pendapatan dengan membeIa ikan dalam sangkar iaitu siakap dan kerapu hibrid, Ahmad tidak men4fikan air di bahagian bawah rumahnya itu agak dalam.

“Tapi tak apa, rumah dan sangkar ikan ini guna peIampung. Air pasang atau surut ia akan ikut. Cuma sekali sekala b0t lalu ia g0yang,” k0ngsi pemuda berasal dari Kampung Kelulut Marang, tidak jauh dari tempat tinggalnya sekarang.

Begitupun, berikutan tidak dapat berjualan ikan yang biasanya dijual kepada taukeh yang akan memb0rong stok daripadanya untuk dibawa hingga ke ibu negara untuk dibela dalam k0lam pancing, pasangan mempunyai se0rang cahaya mata berusia dua tahun ini tidak menafikan pendapatan mereka agak terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan.

Pun begitu, memang sudah namanya rajin, bagaimanapun mereka mengambil insiatif menjual kuih secara kecil-keciIan dalam kampung buat masa ini.

Tip b0ntot periuk, kuali berkiIat

Oh ya, khusus buat netizen yang menanyakan petua Mariyah mengiIatkan b0ntot periuk dan kuali, ini k0ngsi beliau di Facebook baru-baru ini:

“Assalamualaikum

salam 25ramadhan kpd semua warga fb. Sem0ga kite semakin pergiatkan amaIan kite dan dapat muhasabah diri kite kearah kebaikan dgn Iebih sempurna..aamin…

Terima kasih jgk pada yg sudi like n share n sgt2 suke pada rumah atas air kami.. sy p0st hnya untk suke2 n ingin berk0ngsi hiasan dalaman rumah sy yg dihias dgn perhiasan bajet kedai eco. Alhamdulillah dapat reaksi yg sgt2 p0sitif dari semua..terima kasih sekali lg…

Ramai yg k0men n pm tnye sy tips tuk kiIatkan periuk belanga.. maaf pd mana yg sy xsempat balas sbb terIalu ramai.. dan disini sy ingt share ape yg sy gune..

Dari dulu lg,mmg sabun parrot b0tanicaI ni yg sy gune untk berus periuk beIanga saya..sabun ni mmg mudah tuk tanggalkan daki2/kerak pada b0ntot kuali.. kalau sabun lain sy xpasti sebab sy biasa gune sabun ni je.mungkin sabun lain b0leh jugak kot..hehe.sabun tu sy beli d Mydin je..mudah ade je sabun tuk.jadi kakk,ibu2 b0leh g Cari siap2..saya xjual sabun tu ye

Lg satu,untk pastikan kuali,periuk belanga kite selalu bersih berkilat,kne ad disiplin yg tinggi.. sebab sy Tau ramai yg xlarat nk gosok kuali hari2…kan..letih tu nok gosok. Jenis saya,lepas gune kuali and the gang,mmg sy disiplinkn diri saya tuk terus gosok..

sy xkn biarkn kuali hitam lame2 sbb klu kite biarkn lame2,kuali akan sedikit demi sedikit akan hitam n jadi susah tuk tanggal.. jadi yg penting kena disiplin..xboleh ajar diri nantilah,nantilah lame2 jadi malas..

Dalam Islam sgt titikberatkn kebersihan,xkire dimana kne sentiasa bersih.ape lg di rumah kita,tempat kite lakukan amal ibadat.. bile rumah bersih nk buat amal pon senang hati..

Ok itu saje perk0ngsian sy kli ni..saya harap dpt memberi manfaat kpd semua pembaca.. Moh0n maaf jika ade kesaIahan yg disengajakan atau pon tidak.. sem0ga kita semua sentiasa berada didalam RAHMAT ALLAH.

Sape yg nk share dipersilakan ye..”

Ingat pesanan Mariyah itu tau…

Sumber: Majalahharian / lakarmedia

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Published

on

Tuntut hutang RM250, lelaki m4ut dipukul rakan

Kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Jalan Prima 2, Metro Prima, Kepong pagi tadi membabitkan pergaduhan dua lelaki.

Mangsa (76) dipukul suspek (63) menggunakan sebuah kerusi plastik sebelum dileraikan anggota RELA yang kebetulan berada di situ.

Namun, mangsa yang sedang beredar tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di tepi jalan. Siasatan mendapati suspek yang juga rakan lamanya gagal membayar hutang kepada mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasatan, manakala permohonan reman suspek akan dibuat esok.

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Continue Reading

Viral

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Published

on

Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal

Sekiranya anda biasa membuat tempahan makanan melalui aplikasi, pasti anda akan perasan ada satu pilihan butang untuk anda berikan tips kepada si penghantar makanan, tidak kiralah samada secara digital atau wang tunai.

Walaupun tips ini tidak semestinya diberi kepada penghantar makanan, kemudahan ini memberikan peluang kepada penghantar ini untuk menerima wang lebih dari penghantaran yang dilakukan.

Jika pelanggan tidak memberikan tips, upah untuk setiap penghantaran tetap diperoleh untuk setiap ‘job’ yang diselesaikan. Kemudahan ini memberikan peluang kepada pelanggan sekiranya ingin memberikan hadiah kepada penghantar sekiranya ada rezeki lebih untuk dikongsikan.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian oleh seorang pemuda penghantar makanan yang terkejut dengan jumlah tips yang diberikan oleh pelanggannya.

Perkongisan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengatakan rezeki pemuda tersebut sungguh luar biasa.

Muhamad Faris 28 telah memuat naik satu hantaran di facebook mengenai ceritanya menerima sampul berisi wang tunai berjumlah RM1000 dari seorang pelanggan wanita.

Berikut adalah perkongsian Faris

“Sebagai seorang penghantar makanan, memang akan ada pelanggan yang bermurah hati untuk memberikan tips dan paling banyak saya dapat pun RM50 tapi benda tu saya tak berharap sangat sebab sudah jadi tugas saya menghantar pesanan kepada mereka”.

“Pada suatu hari, semasa saya dalam perjalananm pelanggan itu ada menghantar mesej melalui aplikasi yang memaklumkan supaya saya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul wang yang ada disitu, ujarnya.

Selepas Faris beredar dari situ, Muhamad Faris berehat sebentar di satu kawasan dan cuba membuka sampul tersebut. Alangkah terkejutnya bila melihat sejumlah wang RM1000 di dalamnya.

Untuk mendapatkan kepastian, Faris telah menghubungi semula pelanggan wanita berkenaan kerana bimbang mungkin ada kesilapan dan tersalah ambil sampul yang sepatutnya.

“Rupa-rupanya, pelanggan itu memang berhajat memberikan saya wang sebanyak itu”.

“Dia ikhlas untuk berikan kepada saya cuma minta supaya doakan dia dikurniakan zuria dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain”

“Jika diikutkan, saya tak mahu kongsi kisah benar itu di facebook, tapi saya lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas membaca hantaran dari saya , tambah faris lagi.

‘Saya belum lagi usik duit itu tapi saya ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu moga berpanjangan.

“Manalah tahu, dengan sedekah itu, Allah akan makbulkan impian wanita itu untuk memiliki zuriat seperti yang diidamkan, kata Faris.

Marilah kita sama-sama doakan akak pemurah ini supaya dikurniakan zuriat dan semoga Faris si penghantar makanan ini juga dimurahkan rezeki kerana kejujurannya.

Kisah mengenai pemuda dan wanita ini cukup untuk membuktikan wujud manusia yang mulia didunia ini, wanita tersebut mungkin sedang diuji menantikan zuriat yang masih tidak kunjung tiba. Dia telah melakukan sesuatu yang mulia dengan mengharapkan ihsan dari Allah S.W.T supaya suatu hari nanti impian untuk memiliki zuriat akan dimakbulkan.

Bagi pemuda ini pula, ianya bukan sekadar rezeki buat dirinya tetapi membuktikan dia tidak semudah-mudahnya menerima hadiah wang berkenaan selagi tidak dipastikan samada ianya benar diberikan wanita berkenaan atau tidak. Kejujuran inilah yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja dan walau apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan, kerana sikap jujur inilah yang akan membawa kebaikan dan dipercayai oleh orang lain sekiranya anda diamanahkan untuk melakukan sesuatu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Published

on

Gara-Gara Takut Disunat Lelaki Ini Nekad Lari Dari Rumah, Pulang Ke Pangkuan Keluarga Selepas 25 Tahun

Seorang lelaki berusia 38 tahun di Indonesia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 25 tahun melarikan diri daripada rumah tanpa sebarang berita dan dianggap sudah meninggal dunia.

Disambut gembira

Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.

Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.

Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.

Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.

LIHAT VIDEO DISINI

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK