“Ayah,saya sanggup tukar dgn nyawa saya asalkan ayah sanggup….”

0
3511

“Ayah, saya sanggup tukar dengan nyawa saya asalkan ayah sanggup letakkan telefon. Saya sayang ayah sangat,” begitulah bait kata-kata yang diluahkan oleh seorang kanak-kanak dalam bentuk karangan yang menyentuh emosi semua yang membacanya.

Karangan berkenaan yang dikongsikan di laman sosial Weibo oleh guru di  Sekolah Antarabangsa Luoyang di daerah Luoyang, Beijing China menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, karangan yang bertajuk ”Ayah, saya mahu beritahu kamu,” itu dihasilkan oleh pelajar lelaki berusia sembilan tahun yang dikenali sebagai Xiaozhi.

Ditulis dengan penuh perasaan, Xiaozhi menggambarkan ayahnya sebagai seorang yang suka bermain telefon bimbit hingga dia merasa seperti kehilangan kasih sayang.

“Ayah, setiap kali saya minta ayah untuk periksakan kerja sekolah saya, ayah hanya tengok sekali imbas dan berkata ‘tidak teruk, sekarang pergi bermain’.

“Selebihnya lagi ayah akan beri saya telefon jadi saya boleh turut bermain sama,” tulis pelajar itu.

“Ayah, apa yang saya mahukan bukan sebuah rumah yang dipenuhi dengan makanan ringan, telefon bimbit paling mahal mahupun mainan paling berkualiti.

“Apa yang saya mahu, hanyalah ayah boleh meletakkan telefon dan  bermain dengan  saya. Itulah perkara yang paling menggembirakan dalam hidup saya.”

Guru pelajar lelaki itu yang hanya dikenali Zhao berkata, Xiaozhi merupakan seorang pelajar yang aktif di sekolah dan menjadi juara olahraga dalam kelasnya.

Dia yang sangat tersentuh dengan penulisan jujur dan bakat menulis yang dimiliki anak muridnya itu, memberikan markah penuh kepada karangan yang ditulis oleh Xiaozhi dalam peperiksaan akhir tahun.

Ketika ditemui media, ibu Xiaozhi berkata suaminya merupakan pengguna tegar telefon bimbit kerana dia banyak menggunakannya untuk bekerja atau selepas kerja dan sesekali bermain permainan untuk santai dan berehat.

“Sebelum ini kami tidak berfikir menggunakan telefon bimbit sepanjang hari akan menimbulkan isu malah langsung tidak sedar anak ini sangat sensitif,” ujar ibunya.

Karangan itu ternyata memberi kesan yang postif kepada keluarga mereka kerana ibu bapanya baru mengetahui apa yang dipendamkan Xiaozhi selama ini. Kata ibunya lagi, setelah membaca karangan tersebut, suaminya merasa bersalah dan berjanji akan meluangkan masa bersama anaknya.

Ramai netizen yang terharu dengan karangan kanak-kanak itu namun ada yang menyatakan bahawa ayahnya tidak boleh disalahkan sepenuhnya.

”Selalu terdapat dua sisi cerita dalam satu kisah. Saya menjana pendapatan melalui telefon. Tanpanya, saya tidak mempunyai duit untuk makan,” kata seoarang netizen.

Sumber : The Straits Times via siakapkeli.my

”Baru Umur 6 Tahun Tapi Sangat Biadap,” Tak Pernah Ditegur Dari Kecil, Anak Boleh Rosak Masa Depan

Pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan setiap orang harus bermula sejak dari kecil. Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak-kanak, kebiasaannya apabila dewasa sudah terdidik dengan baik.

Tetapi, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menegur dengan alasan anak-anak masih kecil. Bahkan ada kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan, tetapi mereka sanggup membiarkannya kerana anggapan anak-anak ‘masih budak’ lagi untuk menerima teguran.

Apa yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin dapat mengubah mentaliti ibu bapa di luar sana agar mendidik anak dengan cara yang betul. Anak yang tak pernah ditegur, sekali berlanggar habislah patah riuk dan rosak masa depannya. Anda pilih mahu anak anda yang bagaimana. Semoga bermanfaat kepada semua.

Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak “. Aduh! Parah!

Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.

Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :

“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) “

Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.

Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.

Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat.

Sumber : TaufiqRazif.com

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here