Uncategorized
“Awal-awal dulu saya suka kondem masakan isteri..tu dulu..selepas satu kejadian ni, tidak lagi…”- Geram!

Geram rasa baca komen dalam gambar ni. Teringat diri saya sendiri. Dulu, asal ada tak kena dengan rasa yang Surihati masak, saya kondem masa tu juga.
Ya, itu dulu. Sekarang tak lagi. Lepas satu kejadian.
Awal-awal kahwin dulu. Antara perangai buruk saya adalah suka kondem masakan isteri. Ada sahaja yang tak kena.
Maklumlah, dulu emak saya ni tukang masak. Owner restoran. Dua puluh tahun lebih makan masakan mak. Lidah pun dah setting standard restoran.
“Garing sangat la ikan goreng ni.”
“Kalau letak belacan lagi sedap.”
“Kenapa mama masak macam ni, patut macam ni.”
Setiap kali rasa masakan Surihati tak kena pada lidah, saya akan tegur. Tanpa rasa bersalah sikit pun.

Azlan Noor
Sampailah satu petang tu….
Saya balik kerja dan sampai rumah awal. Saya masuk dan terus ke dapur. Saya nampak Surihati tengah bersilat di dapur.
Dah la petang balik dari sekolah, dia jemput anak di rumah pengasuh dulu. Tak sempat duduk lagi, anak-anak dah order nak makan tu, nak minum ni. Padahal dah makan kat rumah pengasuh. Belum lagi bab anak melalak.
Belum masak dah rasa serabut.
Nak masak ni, ada step-step dia. Kena tenang. Tak boleh kelam kabut. Kena keluarkan lauk dari peti ais dulu untuk bagi lembik. Kemudian sediakan bahan-bahan. Kisar, cincang, mayang. Tumbuk la, perap la.
Betul, alat bantu memasak dah banyak. Namun masih perlukan manusia untuk satukan semua tu jadi makanan. Bukan snap ibu jari terus terhidang.
Lagi tambah sakit hati, lepas penat masak, dah hidang cantik atas meja, suami baru rasa sikit, tiba-tiba dia putus selera. Dah tu pulak kena komplen.
Tersidai macam tu je makanan tu tak berusik.

Gambar hiasan
Baiknya isteri ni, dalam susah macam tu pun, penat macam mana pun, dia tetap tungtang tungtang masak.
Demi nak jaga makan dan selera suami. Paksa juga diri. Cuma ada ketika masa penat sangat, atau balik lewat petang, dia akan kibar bendera putih,
“Sorry papa, tak sempat masak. Baru sampai rumah ni.”
Masa tulah datang perasaan kasihan kepada Surihati.
Saya tanya diri sendiri, isteri dah susah payah masak, sanggup kita komplen macam-macam dan banding dengan makanan di kedai?
Sejak tu saya dah tak sanggup. Saya stop komplen.
Apa sahaja dia masak, saya makan. Terasa nak makan lauk tertentu, baru saya request. Jika ada masa, time-time cuti ke, saya akan masak. Kadang-kadang kami sama-sama masuk dapur.

Geram je baca statement macam ni…
Sebenarnya,
“tak wujud isteri atau suami perfect”
Yang auto pandai masak. Kena faham, orang perempuan ni ada yang tak pernah jejak dapur pun sebelum kahwin. Ada yang lepas kahwin baru pandai masak nasi.
Orang lelaki pun sama. Bukan semua terus pandai jadi ketua keluarga. Boleh jadi imam solat. Boleh ajar isteri mengaji.
Semua boleh terima kekurangan masing-masing, tak timbul soal downgrade your life.
Makan minum ni soal kecil je.
Sebab suami yang memahami, dia akan hargai masakan isteri bukan sebab rasa sahaja, tapi sebab susah payah isteri nak sediakan lauk tu.
Yang isteri masak, akan sempurna rasanya andai suami makan dan terima seadanya rasa dan rupa makanan itu. Tak perlu cakap apa-apa. Teruk sangat pun, bagi feedback elok-elok.
Dia tak sakit hati, kita pun senang hati.
Resam rumah tangga ni, jaga makan bukan prioriti.
Yang penting adalah jaga hati..
Sumber : Azlan Noor
Uncategorized
Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,
“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.
Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.
View this post on Instagram
Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah

Shermon Burgess, ketua aktivis 4nti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah
SYDNEY – Seorang aktivis anti-Islam terkemuka di Australia mengejutkan ramai pihak terutama kumpulan berhaluan kanan apabila mengisytiharkan dirinya telah memeluk agama Islam.
Shermon Burgess ialah bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo pada 2015. Burgess menganjurkan berpuluh protes bersama ketua kumpulan neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.
Selain UPF, Burgess pernah mengetuai beberapa lagi organisasi anti-Islam dan antipendatang, antaranya Reclaim Australia serta Defence League yang kini telah dibubarkan.
Alasan utama Burgess memilih Islam kerana tertarik dengan pendirian teguh agama tersebut terhadap isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Tidak lama dahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
TERBUKA HATI
Burgess dalam temu bual eksklusif di portal Crikey berkata, dia terbuka hati mendekati Islam, seterusnya memeluk agama itu semasa Australia dilanda pandemik Covid-19.
Malah, pertemuannya dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose menjadi titik penting dalam memberinya input dan pandangan lebih jelas mengenai Islam.
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penind4san Zi0nis dan Fre3mason yang memerintah,” katanya.
TERIMA KEC4MAN
Selepas memeluk Islam, Burgess mengakui dia menerima banyak kec4man dan u.gutan daripada bekas ahli-ahli UPF. Malah, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata k3sat, namun perkara itu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus mendalami Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum ar4k t3gar.
“Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tungg4ng-l4nggang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta d4dah,” ujarnya.
Tambah Burgess, kehidupannya kini lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum mengucap dua kalimah syahadah.
Sumber: https://mykmu.ne
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Uncategorized
Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor

Sedar tiada tauliah, Ustaz Kazim tolak undangan ceramah di Selangor
Pendakwah popular, Datuk Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk mengajar tentang agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Datuk Kazim atau popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah di dua negeri selain akan menerima satu lagi tauliah khas daripada sebuah negeri.
Menurut pendakwah berusia 50 tahun itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ‘kebenaran sementara’ selama ini yang dipohon pihak penganjur bagi sesebuah program serta menyedari bahawa perlu mengikut undang-undang ditetapkan.
“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.
“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor.
“Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam.

The Tahfiz school Al-Barakah Manjoi will eventually closed down due to unsufficient funds in sustaining the cost of running the school said the founder Ustad Datuk Mohammad Kazim Elias.
Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa menolak bagi memenuhi undangan program ceramah di Selangor dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.
“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor.
“Anda boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” ujarnya.
Terdahulu, menerusi laporan media, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada ‘special lane’ atau pengecualian istimewa diberikan kepada mana-mana pendakwah walaupun popular.
Ini kerana golongan yang mengajar mengenai agama Islam perlu tertakluk kepada undang-undang serta peraturan berkuat kuasa di Selangor.
Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral1 year ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral1 year ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized1 year ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG1 year ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi1 year ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan