Aura ‘Pemain Ke-12’ Mampu Goyangkan Kedah

0
357

 

Perancang tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat yakin Kelantan mampu menempah tiket ke suku akhir dengan menewaskan Kedah dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam esok.

Tegasnya, dia dan rakan sepasukan akan memanfaat sebaik mungkin beraksi di halaman sendiri dan barharap mendapat sokongan padu dari ‘penyokong ke-12’.

Dengan rekod pertemuan yang seimbang musim ini serta semangat pemain yang sedag membara telah menambah keyakinan Nik Akif yang The Red Warriors (TRW) mampu mencipta kejutan keatas Kedah.

“Saya yakin stadium akan ditawan penyokong Kelantan malam esok kerana ini adalah perlawanan hidup mati bagi kami. Faktor ‘pemain ke-12’ ini sudah pasti akan melonjakkan lagi semangat kami untuk mencapai kemenangan.

“Stadium ini juga terbukti memberi kelebihan kepada kami apabila mengalahkan JDT, Pahang, dan Selangor, musim ini. Malah, kami hanya tewas tipis 0-1 kepada Kedah pada aksi liga di stadium ini.

“Kekalahan itu berjaya kami tebus apabila mengalahkan mereka 2-1 dalam liga di Alor Setar serta 0-0 di sana pada perlawanan pertama Piala Malaysia,” katanya kepada Berita Harian.

Bagi Nik Akif, Kedah bukanlah pasukan yang tidak boleh ditewaskan dan dia memiliki keyakinan 60 hingga 70 peratus bahawa Kelantan boleh mengalahkan pasukan tersebut.

Kelantan yang berada di kedudukan tercorot Kumpulan C dengan mengumpul lima mata memerlukan kemenangan selesa untuk memintas Kedah yang kini menduduki tangga kedua Kumpulan C. Sedangkan skuad Lang Merah itu hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke suku akhir.

Sekalipun Kelantan berjaya meraih kemenangan keatas Kedah, mereka perlu bergantung kepada keputusan perlawanan MIFA dengan JDT untuk menentukan slot ke suku akhir.
Ketika ini, kesemua pasukan dalam Kumpulan C masih berpeluang untuk mara ke suku akhir.

“Ia memang perlawanan yang sukar, tetapi dengan semangat dimiliki pemain Kelantan sekarang, segala-gala berkemungkinan. Apa yang penting, penyerang menjaringkan gol dan pertahanan pula jangan bolos,” kata Nik Akif.

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here