Isu Semasa
“Apa kerja macam ni?” – Penumpang rekod video, marah-marah bas lewat 2 jam… Tapi netizen ‘back up’ pemandu, hujan lebat punca sesak

“Apa kerja macam ni?” – Penumpang rekod video, marah-marah bas lewat 2 jam… Tapi netizen ‘back up’ pemandu, hujan lebat punca sesak
PENGANGKUTAN awam seperti tren dan bas boleh memudahkan pergerakan kita tanpa perlu memandu sendiri ke sesuatu destinasi.
Apabila menggunakan pengangkutan awam, kita tidak boleh menetapkan waktu sendiri, sebaliknya perlu menyusun pergerakan mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.
Terbaharu, tular video memaparkan seorang penumpang lelaki yang berang apabila mendakwa bas yang ditunggu lewat tiba kira-kira dua jam daripada jadual asal.
Hujan lebat sedang mencurah ketika bas berkenaan tiba ke destinasi tersebut.
“Okey ini first driver, baru sampai eh. Daripada pukul 2.30, sekarang pukul berapa? Pukul 4.20 baru sampai,” ujar lelaki itu ketika dia masuk di dalam bas berkenaan.
Menerusi video itu, kelihatan hujan lebat sedang mencurah yang mungkin menjadi punca kelewatan bas berkenaan.
Namun, penumpang tersebut kedengaran tidak berpuas hati sehingga dia merakam video hampir seminit sambil membebel di dalam kenderaan berkenaan.
Tengok situasi hujan pun kau dah boleh jangka jalan memang sesak.
NETIZEN
Ketika lelaki itu membuat rakaman video, pemandu bas wanita kelihatan tenang sambil meneruskan tugasnya seperti biasa.
“Kita akan report eh, betul tak, semua tunggu lama kan?” soalnya dalam nada kuat sebelum seorang lagi penumpang mengangkat ibu jari, tanda bersetuju dengan kata-katanya.
“Apa ni, orang basah, hujan, buat macam ni ke? Kita akan report, tadi saya dah call HQ tadi. Ni, call baru datang. Apa kerja macam ni?” ujar lelaki itu lagi.
Rakaman itu turut dikongsi ke group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh seorang individu sehingga ia dihujani pelbagai komen netizen.
“Dia ingat driver bus ni personal driver dia kot. Nak cepat naik Grab la bang,” tulis Shah Purie yang berkongsi video itu.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Shah Purie dan meminta penumpang agar lebih bersabar setiap kali menggunakan pengangkutan awam.

The service disruption is affecting users looking for rides. — YAP CHEE HONG/The Star
Netizen memberi cadangan agar penumpang tersebut menaiki Grab jika tidak boleh bersabar.
“Tengok situasi hujan pun kau dah boleh jangka jalan memang sesak.
“Sikit-sikit report. Kau ingat ada orang kisah masalah kau bang? Dah B40 buat cara B40. Nak mudah beli kereta sendiri.
“Dah tahu bas lambat, naik Grab la. Kau ingat Rapid ni bas kilang ke datang ikut time?
“Dah la hujan lebat, jalan jem, lagi mahu bising. Kalau aku driver, aku bagi kunci, kau angkat ini kunci, kau bawa sekarang,” tulis beberapa netizen lagi.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada
Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.
Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.
Susah hati fikirkan saman
Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.
Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.
View this post on Instagram
Ramai yang sanggup nak hulur sumbangan
Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.
Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.
Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.
Sumber: Instagram ShuShukrii
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami

Tak tahan suami ‘dimalukan’, isteri Aaron Aziz tampil pertahan suami
Isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal atas apa yang menimpa suaminya. Hal ini disebabkan konflik yang berlaku antara Aaron Aziz dan pengarah filem, Syamsul Yusof yang mula berpanjangan.
Seperti yang sedia maklum, konflik yang tercetus ini disebabkan tindakan pengarah yang menggugurkan nama Aaron Aziz daripada filem The Original Gangster yang dikhabarkan disebabkan masalah kesihatan yang dialami pelakon itu.
Penjelasan Aaron Aziz
View this post on Instagram
Hati saya sakit bila suami dimalukan!
Menerusi postingnya di Instagram, Diyana Halik menjelaskan beliau tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.
Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya.
View this post on Instagram
“Ini bukan disebabkan rezeki yang ditarik balik sebab saya percaya Qada dan Qadar. Tetapi tindakan yang dikenakan sangatlah tidak sopan.”
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.
Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai.
Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung.
Semoga Diyana & Aaron tabah!
Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.
Sumber : Instagram Diyana Halik
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Isu Semasa
Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah

Hadir ke Jawi untuk sesi perbincangan, Syamsul harap dapat berbaik dengan Sarah
Syamsul Yusof dilihat telah tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (Jawi) sekitar jam 9.35 pagi bagi sesi mencari jalan penyelesaian berhubung kes rumah tangga antara dirinya dan juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Mohon doa untuk rumah tangganya
Menerusi video yang dikongsikan hlive, Syamsul yang hadir bersut hitam sempat menegur para media dengan memberi sedikit kenyataan berharap segalanya dapat diselesaikan dengan baik.
Dia juga turut mengatakan akan kembali bertemu media selepas selesai sesi tersebut.
“Doakan semoga Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya. Doakan yang terbaik, kita jumpa lagi InsyaAllah,” katanya.
View this post on Instagram
Mohon yang terbaik untuk isteri pertama & kedua
Awal pagi tadi, pengarah tersohor itu ada memuat naik kembali rakaman video sidang media yang dilakukan tempoh hari dengan meninggalkan kapsyen memohon agar isteri-isterinya menemui titik pendamaian setelah pelbagai masalah berlaku sebelum ini.
Dia juga berharap agar isu rumah tangganya berakhir dengan baik pada hari ini.
View this post on Instagram
Selain Syamsul, Puteri Sarah turut hadir ditemani adik lelakinya bagi berbincang untuk menyelesaikan kemelut yang sudah melanda sejak sekian lama.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Sumber: Instagram hlive, Syamsul Yusof
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized11 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral12 months ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan