Amaran NASA. Asteroid Sebesar Piramid Giza Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Esok

0
3007

Sejak akhir-akhir ini berita tentang kejadian bencana-bencana  alam telah menarik perhatian media dan ramai masyarakat di seluruh dunia. Berita tentang asteroid dan isu pemanasan global semakin serius . Berikut adalah beberapa berita terbaru yang amat membimbangkan. Dunia ini memang sudah tua hanya menunggu harinya.

NASA baru-baru ini mengesahkan batuan angkasa, Asteroid 2016 AZ8 akan terbang melintasi Bumi pada jarak yang agak dekat, Isnin ini.

Asteroid yang mempunyai kelebaran 430 meter ini akan terbang pada jara 2.3 juta batu daripada Bumi.

Apa yang mengejutkan, pemerhatian lanjut yang dibuat oleh NASA mengesahkan 2016 AZ8 bukanlah satu-satunya asteroid batuan angkasa yang bakal terbang melintasi Bumi, sebaliknya ia diekori satu lagi batuan angkasa dengan bentuk seolah-olah sebatang curut.

NASA kemudian mengesahkan asteroid berbetuk curut yang lebih kecil itu bertindak seperti bulan yang terbang sambil mengelilingi 2016 AZ8 pada jarak kira-kira 400 meter dan mempunyai lebar 180 meter.

2016 AZ8 dianggarkan mempunyai kelebaran seperti ibupejabat Pentagon di Amerika Syarikat dan sebesar sebuah Piramid Giza di Mesir. Bagiamanpun, asteroid ini dijangka akan benar-benar memberi ancaman kepada Bumi menjelang kurun ke-23.

Pada saiz tersebut, sebarang impak hentaman kepada Bumi boleh meninggalkan kesan kemusnahan yang amat binasa biarpun pakar astronomi ragu-ragu bencana berkenaan boleh berlaku.

Berdasarkan pengiraan yang dibuat oleh Program Pengiraan Kesan Hentaman Kepada Bumi, mana-mana objek batuan angkasa bersaiz seperti Imperial College London akan mempunyai daya kekuatan seperti letupan 3,300 megaton TNT.

Bagaimanapun, daya hentaman juga bergantung kepada kelajuan AZ8 memasuki atmosfera Bumi. Namun begitu, sekiranya bencana berkenaan benar-benar berlaku, manusia berisiko untuk pupus.

Sumber: Dailystar UK via siakapkeli

Suhu Air Laut Naik Dengan Lebih Pantas Di Seluruh Dunia

CHINA – Suhu air laut naik pada rentak lebih pantas, ketika pemanasan bumi ancam pelbagai jenis hidupan laut dan bekalan makanan utama bagi planet ini, menurut para pengkaji antarabangsa.

Memetik kenyataan Channel NewsAsia, penemuan dalam jurnal sains Amerika Syarikat (AS), yang diterajui oleh Akademi Sains China malah sangkal laporan sebelum ini yang menggambarkan pemanasan bumi terhenti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Media antarabangsa turut melaporkan teknologi terkini dedah tiada pemberhentian sedemikian berlaku, lantas cetus kebimbangan baharu mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap penimbal utama planet iaitu lautan.

“Pemanasan laut adalah satu penunjuk sangat penting bagi perubahan iklim, dan kami ada bukti kukuh tunjukkan suhu lautan sedang meningkat lebih pantas daripada yang disangkakan sebelum ini,” kata Zeke Hausfather.

Beliau yang merupakan pengarang bersama kajian tersebut dan pelajar pengajian siswazah di Energy and Resources Group, Universiti California, Berkeley, AS.

Kira-kira 93 peratus lebihan haba terperangkap di sekeliling Bumi oleh gas rumah hijau yang dijana melalui pembakaran bahan api fosil terkumpul dalam lautan dunia.

“Penelitian baru menunjukkan pemanasan di lautan kini ikut kadar kenaikan suhu udara. Jika tiada apa-apa yang dilakukan untuk kurangkan gas rumah hijau, “model-model yang dikaji itu meramalkan bahawa suhu lautan dunia sehingga sedalam 2,000 meter akan meningkat 0.78 °C menjelang hujung abad ini,” katanya.

Pengembangan termal – iaitu air yang mengembang semasa dipanaskan – akan menaikkan paras laut setinggi 30 sentimeter. Ini lebih tinggi daripada sebarang peningkatan pada paras air laut yang disebabkan oleh pencairan bongkah batu dan kepingan ais.

“Meskipun 2018 adalah tahun keempat terpanas bagi permukaan (Bumi), ia adalah tahun paling panas di lautan, seperti yang dialami pada 2017 dan 2016 sebelum ini,” kata Hausfather.

“Tanda-tanda pemanasan bumi lebih mudah dikesan jika ia merubah suhu air laut berbanding permukaan bumi.”

Sumber: Malaysiakini

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here