Connect with us

Kongsi Ilmu

“Alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun..”, Akhirnya Anaknya Membesar Jadi G4y!

Published

on

kanak-kanak

Dewasa ini, banyak sekali kedengaran k3s r*g0l, liw*t, r*ba dan sebagainya yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Terfikirkah kita dari mana dat4ngnya tabiat ini dan mengapa ianya dilakukan oleh mereka yang usianya baru setahun jagung?

Baca perkongsian daripada Tuan Akhi Fairuz Al Jengkawi mengenai antara penyebab berlakunya kejadian yang tidak sepatutny4 ini.

Perkongsian Saudara Akhi Fairuz :

“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah men4nggalkan tuala selepas mandi, berb0gel dan pakai seluar dlm.

Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun. Namun mereka tak sedar perbu4tan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak.

Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia, budak ni terjeb4k pula dengan p*rn0grafi. Bila tengok yang biasa, beliau mula beralih kepada video luc*h sama jantina, g4y.

Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia tengok p*rn g4y pun sebab suka tengok z*kar lelaki, dari zaman kanak-kanak.

Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berb*gel dan melakukan 0n4ni dihadapan mereka pula.

Mula-mula rasa tak selesa, k3liru, lama-lama rasa seronok. Otak terus trigg3rd memori masa kecil tengok ayah tak berp4kaian.

Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?” Soal kawanku.

Aku mendiamkan diri.

“Budak tu jadi g*y?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.

“Ya!”

KeIu tidak terkata.

Kawan-kawan yang baik hati,

Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita. Masyarakat hanya melihat 0utput; g*y, l3sbi*n, p*ngkid, b*s3ksu4l, zin4, unwed pregna=4nt, baby dum*ing.

Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah k0mpleks yang suk4r untuk dirungkai. Berselir4t!

Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berb*gel atau separa b*gel dihadapan mereka.

Aur4t antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon sangat agar tuan puan tidak bers3luar dalam atau berb*kini sahaja di hadapan anak-anak.

Bagaimana kita nak educ4te anak mengenai priv4te p4rt, b4d t0uch, safe t0uch, m4lu, kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik di depan mereka?

Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.

Kau pem4rah, mereka akan cepat m4rah. Kau suka pukuI mereka, mereka akan memukuI orang lain pula hatta kau lakukan hubungn lntim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.

Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah rendah pun ceritakan juga. Siap ada k3s seorang budak tadika share kawan A to Z jim*k yang dilakukan oleh mak bapaknya.

Itu belum lagi yang r*ba kawan dalam kelas, ci’um mulut kawan, meliw*t dalam tandas, main ‘r*gol-r*gol’.

Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab n4fsu atau hanya mencontohi perbu4tan yang pernah dilihat di depan mata?

Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang budak disoal si4sat cikgu sebab bertindak luc*h terhadap kawan sekelas.

Bila cikgu tanya, dia jawab biasa tengok parents buat macam tu. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.

Kata-kata itu dikun’ci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru kenapa ci*um mulut, r*ba dan peIuk kawan perempuan, kanak-kanak ini menjawab, “saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”

Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.

Sudahlah anak diberi g4jet seawal usia kecil, kemudian tidak dip4ntau pula. Anak kecil ini dibiarkan hnyut dengan youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berb4ju.

Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib dipelajari.

Ajar anak mengenali tubuh badan, fungsinya. Anak perlu tahu fungsi z*kar dan f*raj. Tanamkan rasa m4lu. Pis4hkan tempat tidur. Jangan meluc*h depan anak.

Jadilah guru pertama mendidik anak tentang hal-hal s*ksu4liti, bukan p*rn, bukan pula rakan sebaya anak kita.

Gali lagi ilmu dan praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zin*, h0m*s3ksu4l, s*ks luar t4bie, menjadi m4ngsa s3x grooming, ped*fili4, dic4bul dan dir*g0l.

Komen netizen :

Nur Suaida Sakinah

“Dalam islam pon dah kata 4urat antara anak dengan ibu bapa dari pusat hingga lutut. So jaga lah sebaiknya. Dirumah tu nak pakai baju minta anak keluar dari bilik. Benda ni basic tapi ramai mak ayah tak ambik cakna. Bila nak salin pakaian tak kesah anak-anak ada depan mata. Tu yang silap. Jadi ubah dari sekarang. Jangan terlalu terbuka depan anak-anak memang m4hram tapi tetap kena jaga.”

Ayoh Long

“Tetap ada pr0 n c0n dia dlm hal ni. Sebagai contoh jika mak ayah uzur anak2 akan jd m4lu dan seg4n utk uruskan kebersih4n diri org tua yang uzur.

Terlalu banyak 4duan dari kakitangan h0spital yg anak2 tak nak urus n*jis org tua mereka. Antara sebabnya berkait dgn topik saudara.

Apa2 pun saya bsetuju dgn tulisan tuan…”

Fildza Azani

“Antara sebab dan punca ialah soal tempat tinggal..tak semua keluarga yang ada anak mampu tinggal di rumah anak2 tidur berasingan dengan ibu bapa realitinya ramai ibu bapa serta anak2 tidur sebilik menyebabkan tiada priv4si antara mereka…”

Aishah Yasin

“…anak sentiasa copy je apa makayah die buat kan, kite sama2 elakkan lah benda mcmni..”

Demikianlah ‘s4d truth’ yang benar-benar berlaku pada masyarakat kita. Bersama-samalah kita elakkan dan bndung agar benda sebegini tidak menular sehingga ke generasi yang akan datang.

Kanak-kanak ini bak kertas yang putih bersih tidak tercel4, ibu bapalah yang bertanggungjawab bagaimana mahu mencorak mereka.

Ditulis oleh : Tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi via Taufiq R

#CELEB

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Published

on

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Pelakon senior dan serba boleh yang kini bergelar usahawan sememangnya sering dikagumi masyarakat dan peminat tak kira dalam dunia lakonan ataupun di luar bidang seni.

Terkini, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies telah berkongsi satu video melalui channel youtubenya. Dalam perkongsian tersebut, ianya menunjukkan Dato Rosyam Nor atau pemilik nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin dilihat sedang mengajar para pekerjanya mengaji iqra.

Apa yang menarik perhatian ramai, para pekerja yang diajari oleh Dato Rosyam bukan sahaja lelaki, malah termasuk pekerja wanitanya dalam kira-kira 20 orang kesemuanya.

Dalam rakaman berkenaan jelas kelihatan ketegasan yang dimiliki beliau mengajar para pekerjanya. Beliau sememangnya nampak garang, ibarat gangster namun tetap ada lawak jenakanya. Dato Rosyam yang biasa dipanggil mesra Tok Syam bukan sekadar mengajar mengaji sahaja, malah turut memberikan pesanan dan nasihat tentang kehidupan, terutamanya kesedaran beragama dan kepentingan mengaji Al-Quran dalam kehidupan.

Menurut sumber, Rosyam pernah berkongsi kisah bagaimana beliau mempunyai kesedaran dan ingin belajar tentang agama ketika usianya sudah mencecah 45 tahun. Semuanya bermula apabila dia telah kehilangan ayahnya, akhirnya dia menyedari bahawa dirinya tidak pandai mengaji walaupun diusia yang agak lewat.

Pelakon yang terkenal sebagai watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster itu memberitahu, setelah berpuluh tahun dia meninggalkan Al-Quran, akhirnya pada usia 45 tahun beliau terdetik untuk kembali mendekati kitab suci umat Islam itu.

Hasil usahanya ingin mendekati Al-Quran, beliau sanggup bermula dengan belajar dari peringkat iqra sehinggalah beliau mampu mengaji dan khatam Al-Quran pada usia 45 tahun. Alhamdulilah.

“Jauh di sudut hati saya, ada satu perkara yang membuatkan saya takut, kerana sehingga ke satu usia, saya masih tak pandai membaca Al-Quran. Arwah ayah saya meninggal dunia depan mata, dan pada ketika itu saya rasa hina sangat diri sebab masih tak boleh mengaji.

“Pada masa itu, saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih kerana masih tak boleh mengaji. Saya terduduk menangis. Saya sangat teringin nak baca Al-Quran untuk ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak. Kami ni orang susah, dulu tinggal satu keluarga dekat estet ladang dan kami memang tak pandai.

Tambah beliau lagi, sekiranya beliau menjadi imam di rumah, anak-anak pun dah tahu apa surah yang akan dibaca.

Beliau mengambil masa yang lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji Al-Quran, sehinggalah hidayah datang dalam hidupnya melalui seorang ustaz.

“Dalam satu sesi penggambaran, ada seorang insan yang telah muncul dan pada peringkat awal saya hanya anggap beliau sebagai peminat biasa. Semasa itu saya mengaku bahawa saya ni tak pandai mengaji dan minta ustaz tersebut mengajarnya.

“Masa saya jemputlah ustaz tersebut datang ajar saya. Setiap hari saya belajar, dan umur 45 tahun saya berjaya khatam Al-Quran, semasa itu ialah 10 hari akhir ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. saya berusaha setiap tahun untuk cuba khatam Al-Quran, dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama”.

“Tapi ada satu syarat, janganlah beritahu orang lain, sebab saya rasa malu, inilah masalah paling besar dalam hidup saya bila dah tua. Tapi kita janganlah malu. Alhamdulilah saya mula belajar mengaji dengan alif ba ta, ujar Dato Rosyam.

Kongsi beliau lagi, ibunya sempat mengerjakan haji, boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak dalam hati apabila kisah isterinya yang mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang itu pun semuanya dinasihati.

“Wahai anak ayah sekalian, ayah dulu banyak buat salah, ayah minta anak ayah tolonglah ayah, jadilah anak yang baik.

Dengan penuh kasih sayang , Dato Rosyam Noor sebagai ketua keluarga memimpin isteri dan anak-anaknya semua. SubhanaAllah, rahsia kemudahan ini semua adalah doa dari ibu dan ayah.

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu doa lagi dari ibu saya. Saya berikan dia duit dan minta beliau bersedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niatkan Allah luaskan kuburr dan dihadiahkan syurga firdaus untuk ayah saya”.

Beliau yang juga Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah sahaja dulu iaitu Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas. Kini usia yang semakin meningkat tapi beliau tetap berbangga akhirnya beliau berjaya khatam Al-Quran di hadapan kaabah mekah.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

Published

on

“Cerita keluarga simpan dalam selimut”… Ashraf Muslim kongsi tip damaikan dua isteri, suami kena tunjuk contoh baik

ISU rumah tangga membabitkan selebriti yang hangat diperkatakan di media sosial hari ini sama sekali tidak menjejaskan keharmonian perkahwinan pelakon Ashraf Muslim.

Kata Ashraf, 42, dia sudah menasihati kedua-dua isterinya iaitu Dr Dayana Lokman (isteri pertama) dan Wan Sakinah Ahmad Saburi (isteri kedua) untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.

“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib… kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri.

“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya… biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.

“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 7.

Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

#CELEB

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Published

on

Akui pernah nikah sampai 5 kali, ini pula nasihat Mak Mah untuk semua

Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali. Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.

Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.

Tetapi, pada awal perkenalan ask4r itu mahu menc!um saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana t4kut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu. Saya pernah kem4tian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki.

Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya kepada BH Online. Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.

Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita. Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya?

Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita. Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

Dan sekiranya diuji dengan perpisahan atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka. Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perpisahan), itu namanya takdir.

Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah. Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.

Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya. Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah. Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu. Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK