Connect with us

Uncategorized

“Ala takyah angkatlah. Nenek boleh mandi sendiri”-Tergamak Anak-anak Layan Nenek Yang Hanya Mampu Mengesot Sebegitu Rupa!

Published

on

Gambar sekadar hiasan

#Foto sekadar hiasan. | Hai salam semua. Nama aku Nina. Feel freelah untuk baca kisah aku. Aku nak dengar pendapat korang.

Okey lets start! Daripada aku kecik, family aku memang jenis stay dengan atuk nenek kat kampung. Mama ada beli rumah, tapi nenek suruh stay dengan dia.

Nak dijadikan cerita, sekitar 2013 tu macam uji4n buat family aku. Nenek aku jatuh bilik air dan lutut dia retak or something like thatlah. So since that, dia dah tak boleh jalan. Jadi memang kami kene angkat dia bawak mandi semualah.

Actually dia boleh mengesot tapi kami angkat jela. Takkan nak biar orang tua mengesot kan? Masa tu aku n adik adik stay asrama. Dua minggu sekali baru balik. Bila siang mak ayah aku kerja, atuklah yang tolong tengokkan nenek. Tapi masatu pakcik makcik aku yang lain kompl4in cakap ayah dan mama tak jaga nenek betul-betul.

Nenek aku memang tak boleh jalan tapi dia bergerak dengan cara mengesot. Kadang-kadang bila siang dia bosan sebab asyik baring dalam rumah, dia mengesot pergi dapur sebab dia suka duduk dapur. Dapur sejuk kata dia. Dapur kampungkan ada beranda belakang.

Masa dia mengesot tu pempers dia bocor so air ken’cing kotor kene lantai. Masatulah pulak pakcik makcik aku nak balik kampung. Bila nampak gitu, depa bising kata famili aku tak pandai jaga nenek.

Ada sekali tu mak aku balik kerja shift malam. Biasa dari 8 am dia sampai rumah, dia akan tidur sampai jam 12 pm. Yela sebab shift malam berjaga. Masa tu gak ada pakcik makcik aku balik. Depa tak tau mak aku dalam bilik. Mak aku tersedar depa berbual-bual.

Tapi tak jadi keluar bilik sebab depa tengah ku’tuk mak aku. Cakap mama tak jaga nenek dan abaikan dia padahal my mama spend duit lebih banyak dari ayah aku untuk support perbelanjaan nenek. Siap buat OT lagi. Dia nangis sorang dalam bilik.

Masatu aku ingat lagi mama sampai depr3ss sebab asik kena kutuk dengan ipar duai. Kompl4in sana sini cara kami jaga nenek. Ayah aku lak anak bongsu. Dia tak bekap mama, dia tak bekap adik beradik dia. Dia diam je. Yang aku tahu, mak aku memang str3ss dan berat dia susut daripada 70 kg lebih ke 50 kg gitu sebab dia makan h4ti.

Aku ingat mak aku makan hati biasa-biasa je. Bila aku fikir balik sekarang, oh my mama depr3ssed sehingga hilang selera. Masa tu dia lagi sedih sebab aku stay hostel. Aku tak selalu ada kat rumah so dia banyak n4ngis dalam bilik.

Ok keadaan jadi makin su’kar bila atok meningg4l. Masa ni family aku buntu sebab siang takde sesiapa nak tengokkan nenek aku. So kami decide nak hantar nenek pergi rumah anak-anak yang lain. Tak sangka ipar duai yang dulu bising mer3ngek macam gamp3ng ku’tuk mak aku tak pandai jaga nenek. Dah tu kenapa taknak jaga mak depa sendiri!

Masing-masing bagi alasan itu ini nak ngelak jaga nenek. Oh ya. Ayah aku ade lagi 2 orang abang dan 3 orang kakak. Semua mengelak tak nak jaga. Tapi lepas ayah aku terangkan takde sapa nak jaga nenek lepas ni, Pak Long aku pun pasrah amik mak dia.

Pak Long aku ni orang Felda. Dia pernah cakap dia dapat sekitar 30k ke apa eh dulu. Ala kan ada zaman orang Felda dapat duit dari gomenkan. So dia renovate rumah dia jadi besar semualah. Tapi duit pampers nenek pun dia berkira dengan mak ayah aku.

Nenek dapat zakat RM300 sebulan. Mak ayah aku bagi gak RM300 sebulan. Yang lain? Anak lain tak bagi pun! Total sebulan nenek aku ade RM600 tapi Pak Long aku bising dia tak cukup duit. Padahal setiap bulan kami melawat bawak pampers or beras ke apa kot! Bila lambat bagi sikit, dia call ayah aku cakap duit dah habis.

Gaya dia mintak duit macam nenek aku ni hidup macam raja. Weyh nasi pun tak sampai sesenduk dia makan sehari. Tapi RM600 tu macam tak cukup sangattttttt! Ye mesti korang fikir Pak Long aku guna duit tu ke bende lainkn? Tapi mama malas fikir. Mama bagi je.

Part paling s3dih, aku perasan Pak Long aku ni macam buat tak endah je kat mak dia. Dalam masa sama dia jaga gak mak mertua dia. So Pak Long aku jaga 2 orang tua sekarang. Yang sedihnya, ada sekali aku datang melawat nenek, nenek aku tengah mengesot pergi bilik air.

Masa aku jaga dia, aku akan angkat dia untuk mandikan. Sebab dia macam dah uzur kan. Even dia boleh ngesot, kau tak kesian ke dia kene gerak sendiri? Bila sampai rumah Pak Long aku, aku cepat cepat letak beg and angkat dia. Pastu Pak Long aku cakap,

“Ala takyah angkatlah. Nenek boleh mandi sendiri”. 0tak diaaa!!!

Bila makan, pinggan mangkuk nenek aku buruk gila weyh. Kalau kita dah buang agaknya pinggan buruk macamtu! Pastu pinggan mak mentua dia elok je lawa lagi. Kenapa nenek aku tak diberi pinggan yang elok juga?

Aku tak minta nenek aku diberi pinggan Vintage Siti Nurhaliza yang jual kat Go Shop tu! Bab lauk lak, ade sekali tu dia bagi nenek aku makan hati ayam goreng keras. Aku tolong hancurkan. Suap elok2.

Takpelah maybe masa tu bini dia masak tu je. Tapi yang aku beng4ng, mak mertua dia makan sup ayam weyhh!!!!! Sup ayam! Nenek aku? Hati ayam goreng yang keras dengan sup sayur yang rasa air paip. Sumpah aku rasa nenek aku macam dipulaukan je duduk situ.

Nenek aku duduk tilam bawah sebab kalau duduk katil dia susah nak gerak. Mak mertua dia duduk katil atas. Tilam baru tebal. Nenek aku? Tilam nipis yang tenggelam kat punggung tu. Nipis gila. Ya Allah!

Bini Pak Long aku pernah s4kit masuk hospital sebab pen4t sangat jaga orang tua. Aku rasa perangai Pak Long aku yang memang lelaki melayu tipikal (semua nak disiapkan) yang buat bini dia penat.

Binilah masak, basuh baju, jaga mak 2 orang, lipat baju semua. Pak Long? Isap rok0k tengok astro dan memerint4h bini dia. So aku kasihan jugak dengan bini dia.

Sebagi cucu yang dibesarkan atas tapak tangan nenek aku, aku rasa bers4lah sebab masa ni aku tak mampu nak jaga nenek aku. Sebab dulu aku study kat uni dan sekarang baru nak kerja pulak. Adik2 aku pun dah kerja. So kalau nak bawak balik rumah kampung semula pun takde sapa jaga.

Sebab tulah kami mengharapkan anak-anak lain tolong jaga sebab depa dah sah-sah ada masa. Ada yang suri rumah. Apa salahnya depa tolong. Tolong? itu kewajipan depa kot! Kalau boleh, aku nak jaga nenek aku tapi kekangan kerja memang tak mengizinkan.

Okey mak ngah aku lak pernah jaga nenek aku setengah tahun. Mula-mula patutnya dia dah pencen tahun ni, tapi sanggup sambung kerja. Even dia tak mengaku, tapi aku tau dia mengelak nak jaga nenek.

Ade sekali dia bawak nenek balik rumah, boleh dia kata,

“Sejak jaga mak, acik tak sempat makan kat luar. Dulu selalu makan dekat luar”.

Eh m4ti ke tak makan kat luar! Kadang-kadang nenek cakap dengan dia, dia buat bod0h je main telefon. Cakap pun k4sar.

Pak Ude aku lak bagi alasan tak boleh jaga sebab dia kerja. Ya, Tapi bini dia suri rumah. Kerja jaga anak orang. Ala macam jaga anak cikgu ke. Balik sekolah cikgu amik kat rumah dia. Ha kat kampung kita panggil kerja ni sebagai “mom0ng budak”.

Tapi masa ni depa setuju gak nak jaga nenek. Baru 3 bulan dah suruh amik balik sebab nenek meng4muk. Masani nenek macam dah nyanyuk sikit. Bila kita terbagi makanan panas, dia kata kita nak s1hir dia. Then isteri Pak Ude aku tak tahan padahal baru sekali nenek aku buat perangai.

Masa kami jaga dulu lagi macam-macam kami kena. Sampai mama depr3ss tapi kami sabar. Malam-malam call suruh kami ambil nenek malam tu jugak.

Mak cik aku yang bernama Makcik C ni paling hmphh entahlah. Masatu raya and kami kumpul rumah Pak Long. Pak Long aku saja cakap lepasni turn Makcik C jaga nenek. Sejam lepas tu dia balik weyh dengan lelaki dia. Tak salam or bagitau kami. Tau-tau ilang je.

Punyalah tak nak jaga mak dia. Ada sekali dia bagi alasan dia kerja noreh getah so takley jaga. Pastu cucu dia kantoikan “eh nenek kan dah tak kerja. Hari-hari nenek duduk rumah”. Masa tu dia gelak je hmpppp. Dia memang tak pernah jaga nenek.

Dulu masa balik kampung pun, pagi-pagi ketuk bilik aku suruh mandi and tukar lampin nenek. Aku sengaja tak layan sebab aku nak dia ceb0k b0nt0t mak dia sendiri. Dahla jarang balik, pastu jaga mak kau kejap pun taknak.

Okey yang lagi sorang namanya Makcik B. Dia ni s4kit knser ovari. Tapi dah 4jal, suami dia yang sihat walafiat lak pergi dulu. Dia s3dih gila sebab dia takde anak.

Hanya ada anak angkat 2 orang. Then dia pergi duduk dengan anak angkat dia. Kami ada offer dia balik kampung, boleh tolong jagakan nenek. Dia taknak. Aku taktau kenapa.

So sekarang depa nak hantar nenek aku balik kampung! Dengan memang takkan ada orang jaga, depa berker4s juga! Aku s3dih tengok nasib nenek aku yang officially melahirkan anak-anak derh4ka. Aku ingat pakcik makcik aku pinjam duit nenek sebab nak buat majlis kahwin anak depa, nenek bagi!

Sampai sekarang sesen pun tak bayar. Sekarang bila dah terlntar, bayang pun takde. Itu mak kau la set*n! Allahu sedihkan weyhhh! Aku kesian gla kat nenek aku. Macam bola sepak pulak. Bila perlu dikejar-kejar, bila dah dapat disepak jauh.

Masa sihat dia sayang sungguh kat anak-anak. Kalau balik mesti bagi cucu duit. Bagi keladilah, Bagi keledeklah. Sekarang nenek aku dah nak masuk 90 tahun. Dia dah makin lupa. Tapi dia ingat yang dia cuma ada sorang anak iaitu L (ayah aku).

Dia cuma ingat nama family aku. Dia asik cakap dia ada seorang anak je iaitu ayah aku. Aku rasa, memang sengaja Allah panjangkan umur dia sebagai ujian buat anak-anak dia. Tapi aku tak sangka sampai macam ni sekali depa mengelak daripada jaga mak depa.

Betul kata pepatah ni = Seorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu jaga seorang mak.

Semoga nenek terus kuat dan anak-anak dia sedar. Kalau tak, biarlah Allah yang jalankan tugas-Nya sendiri untuk menghu’kum orang yang berkaitan.

Artikel dipetik dari: edisimedia via media portal

Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap segala komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risik0 akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Uncategorized

Bukan menjadi satu kebiasaan apabila ibu ayam dilihat menjaga tiga ekor anak kucing yang bukan daripada spesiesnya

Published

on

By

Bukan menjadi satu kebiasaan apabila ibu ayam dilihat menjaga tiga ekor anak kucing yang bukan daripada spesiesnya

Seperti yang kita ketahui, sifat ibu ayam yang mengeram ini sangat tidak suka apabila dia diganggu ketika menggeram telur. Ini kerana ibu ayam ingin melindungi diri dari ancaman terutamanya jika masih terdapat anak-anak ayam berada di bawah jagaannya.

Biasanya kucing suka kejar ayam tapi lain yang terjadi pada ibu ayam ini apabila dia bertindak menjaga tiga ekor anak kucing dibawah kepak seakan mengeram telur.

Bukan menjadi satu kebiasaan apabila ibu ayam dilihat menjaga tiga ekor anak kucing yang bukan daripada spesiesnya.

Ia disaksikan sendiri oleh seorang petani yang terkejut apabila melihat ayam betinanya menunjukkan ciri keibuan dan menjaga tiga ekor anak kucing.

Dalam video tersebut, petani itu dapat dilihat menghampiri ayam peliharaannya. Pada mulanya, tiada perkara yang pelik dan aneh berlaku.

Namun setelah memeriksa, dia mendapati bahawa terdapat tiga ekor anak kucing comel yang bersembunyi dan duduk di bawah tubuh ayamnya.

Seolah-olah ayam betina berkenaan mengeram telurnya. Tidak sangka pula ayam akan melakukan sebegitu terhadap haiwan yang bukan sejenis dengannya.

 

Haiwan sememangnya mempunyai naluri keibuan yang kuat dan sangat penyayang.

 

Continue Reading

Uncategorized

Lelaki dari India membuat inovasi baharu dengan mencipta papan lapis daripada sekam padi yang kalis daripada anai-anai

Published

on

By

Lelaki dari India membuat inovasi baharu dengan mencipta papan lapis daripada sekam padi yang kalis daripada anai-anai

Papan lapis dihasilkan dengan menyatukan beberapa lapisan kayu venir nipis dengan menggunakan perekat yang kuat. Populariti papan lapis telah meningkat sejak beberapa tahun disebabkan pengaplikasiannya pada lantai, atap, perabot dan sebagainya.

India merupakan negara kedua dalam pengeluaran papan lapis di dunia. Menurut data industri tersebut, pasaran domestiknya telah mencapai nilai RM13.80 bilion pada 2021 dan dijangka akan mencecah RM19.48 bilion pada 2027. Kedudukan negara tersebut dalam penghasilan kayu lapis hanya sedikit ‘ketinggalan’ di belakang China.

Papan lapis, tanpa ‘papan’

Walau bagaimanapun, peningkatan terhadap penggunaan barangan yang berasaskan kayu telah mengakibatkan lebih banyak pokok yang perlu ditebang untuk mencapai permintaan yang semakin meningkat.

Apabila menyedari perkara ini, seorang veteran dalam industri ini telah berfikir di luar kotak dan mencari alternatif lain untuk menggantikan penggunaan kayu dalam papan lapis.

BL Bengani, seorang penduduk di Chennai, India memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penghasilan papan lapis dan produk panel. Dia juga pernah bekerja dengan beberapa nama besar dalam industri tersebut.

Papan Komposit Fiber Semulajadi

Pada tahun 2016, Bengani telah mengundurkan diri daripada Uniply dan membawa diri ke haluan yang berbeza. Dia mula menjalankan kajian untuk mencari alternatif kayu bagi papan lapis.

“Dia telah mengundurkan dirinya kerana mahu mendapatkan sesuatu yang baharu atas beberapa sebab. Pertama, dia menyedari kuantiti kayu balak telah berkurang disebabkan sekatan pemotongan pokok yang telah dikenakan oleh beberapa negeri. Dia juga menyedari bahawa pada masa depan, akan ada alternatif bagi papan lapis,” Priyanka Kucheria, anak perempuan Bengani, juga merupakan Ketua Pemasaran di Indowud memberitahu Indiatimes.

Bengani tidak perlu melihat jauh untuk mencari alternatif bagi bahan mentah tersebut kerana kilangnya di Chennai berdekatan dengan beberapa kilang beras.

Dengan menggunakan sekam beras yang merupakan salah satu sisa industri, Bengani telah mencipta satu rekaan yang bernama Papan Komposit Fiber Semulajadi, atau dengan singkatannya ‘Papan NFC’.

“Dia telah merantau ke banyak negara dan telah berbincang dengan beberapa orang yang terlibat dalam industri ini untuk dijadikan sebahagian daripada kajian dan mengambil maklum balas. Proses kajian ini secara keseluruhan telah mengambil masa hampir dua tahun. Ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kombinasi yang tepat. Papan tersebut sudah sedia untuk dipasarkan pada tahun 2019 ,” kata Priyanka.

Bagaimanakan Papan NFC Dihasilkan

Papan NFC dihasilkan dengan menggunakan bahan buangan agrikultur, mineral-mineral semula jadi, agen gandingan termos bukan toksik dan virgin polymer sebagai ejen penyatuan.

Proses penghasilan bermula dengan menghancurkan sekam padi kepada bentuk serbuk. Kemudian, hasil serbuk tadi dikeringkan pada 70-80 darjah untuk mengurangkan kandungan airnya dan akan dijadikan sebagai asas untuk papan tersebut.

Kalis Serangan Anai-Anai Dan Kalis Air

Menurut anak perempuannya, papan NFC telah datang dengan beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan papan lapis.

“Papan NFC adalah 100 peratus kalis serangan anai-anai dan kalis air, tahan cuaca dan juga tahan api. Anda boleh menggunakan papan NFC untuk hiasan luaran, taman dan sebagainya. Ia juga boleh dikitar semua secara total,” katanya.

Tambahan pula, papan NFC merupakan papan yang thermoforming iaitu, satu proses yang akan mengubah bentuk papan dengan menggunakan haba. Perkara yang menakjubkan ini tidak boleh dilakukan pada papan lapis biasa sahaja.

Meningkatkan Imej dalam Pasaran

Sejak pengenalan papan NFC ke dalam pasaran, syarikat itu mengatakan bahawa mereka sedang menjalani perniagaan yang baik. Mereka juga yakin bahawa minat pengguna-pengguna papan lapis ini akan lebih terserlah apabila mereka menjadi lebih cakna akan kelestarian alam.

“Kini, kami telah mendapat nama di sekitar 12 negeri di India. Kami juga mula mengeksportnya ke Australia, New Zealand dan Oman. Kami mencuba untuk mengembangkan lagi imej kami di peringkat antarabangsa,” anak perempuannya berkata lagi.

Fasiliti Indowud di Chennai telah memiliki kapasiti penghasilan sekitar 2,000 papan NFC, yang mana syarikat ini mampu menyelamatkan 10,000 kubik meter kayu asli daripada ditebang setiap tahun.

Memandangkan lumrah pasaran yang memerlukan kita untuk sentiasa bersaing, syarikat tersebut menyatakan produk generasi baharunya akan dijual dengan tanda harga yang mirip dengan harga papan lapis yang terbaik di pasaran.

Sementara Bengani telah menggunakan sekam padi untuk mencipta alternatif papan lapisnya, Priyanka berkata bahawa bahan mentah itu boleh dijadikan daripada apa-apa sahaja sisa tanaman.

“Kami menggunakan sekam padi kerana terdapat banyak bekalannya di India. Walau bagaimanapun, formula yang sama boleh digunakan untuk mencipta papan NFC daripada pelbagai jenis sisa tanaman termasuklah sabut kelapa, daun nenas dan kulit koko yang akan diusahakan pada masa akan datang,” tambah Priyanka.

Dapat Memberhentikan Pembakaran Sisa Tanaman

Menurut Priyanka, papan NFC bdapat membantu untuk menambahbaik kualiti udara di utara India. Udara di utara India telah menjadi bertoksik pada musim sejuk disebabkan pembakaran sisa tanaman.

“Para petani di utara India membakar sisa tanaman kerana meraka tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkannya. Sisa tanaman yang sama boleh digunakan untuk menghasilkan papan NFC daripada membiarkannya terbakar secara terbuka,” ujarnya.

Sumber: Indiatimes News

 

Continue Reading

Uncategorized

Apabila m4ngsa menghantar s4ntau dan menyiks4 Peniaga ‘sc4mmer’, 3 hari muntah p4ku, sc4mmer rayu pembeli henti hantar s4ntau

Published

on

By

Apabila m4ngsa menghantar s4ntau dan menyiks4 Peniaga ‘sc4mmer’, 3 hari muntah p4ku, sc4mmer rayu pembeli henti hantar s4ntau

Ramai yang pernah menjadi mangs4 pen1puan peniaga atas talian. Namun, lain pula terjadi kepada seorang peniaga ‘sc4mmer’ ini apabila m4ngsa menghantar s4ntau dan menyiks4nya.

Rayu henti hantar s4ntau sebab tak tahan 3 hari muntah paku

Susulan tidak tahan dise’ksa, ‘sc4mmer’ tersebut merayu kepada m4ngsa untuk berhenti menghantar s4ntau kepada dirinya setelah tiga hari terse’ksa muntah dar4h. Selain merayu, ‘sc4mmer’ tersebut mengatakan dirinya memulangkan semula duit yang dit1pu olehnya kepada m4ngsa.

“Abang tolong jangan sek’sa saya, tiga hari saya munt4h paku, saya pulangkan duit abang, saya merayu pada abang, saya tak tahan.”rayunya.

Bayar duit semula sebelum aku hantar lagi

Menurut individu yang dipercayai pembeli mengatakan dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati apabila peniaga tersebut men1pu dalam urusan jual beli.

Bagaimanapun, peniaga tersebut ‘melesapkan’ duit dan barangan yang dibeli tidak dihantar kepadanya dalam tempoh yang dijanjikan sehingga tekad untuk membalas dengan cara halus.

“Aku cakap aku buat, kau bayar semula duit aku sebelum aku hantar lagi (s4ntau) pada kau, salah orang kau nak sc4m,” katanya.

Niat tak menghalalkan cara

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai tidak bersependapat dengan cara menghantar s4ntau kepada ‘sc4mmer’ kerana niat tidak menghalalkan cara walaupun orang itu benar-benar salah. Mereka berkata demikian kerana perbuatan tersebut adalah syir1k dan perlu dihindarkan.

KOMEN NATIZEN

Sumber: Oh My Media

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK