Semasa
Aku makan makanan lebihan roomate, sebab sehari aku boleh gunakan RM1.20 je untuk makan

Aku makan makanan lebihan roomate, sebab sehari aku boleh gunakan RM1.20 je untuk makan
Ayah masukkan aku ke IPTS sedangkan kami tak mampu. Oleh sebab tak ada duit sehari aku makan RM1.20 je. Aku akan ambil nasi putih banyak – banyak, bersama kuah sahaja. Kalau roommate aku tak habis makan, aku makan lebihan makanan dia. Tiba-tiba satu hujung minggu tu, roommate aku ajak pergi satu program. Dia cakap ada makan free.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt, nama aku Muja. Aku nak cerita apa yang aku rasa, hampir 100% manusia akan terfikir dan tertanya – tanya benda yang sama. Di mana, aku dapat jawapan kepada persoalan ni in a hard way lah.
Tapi bagi aku sangat berbaloi. Apakah persoalan tu, dan apakah jawapannya, jom baca dulu cerita aku ni. Cerita aku ni panjang sikit, harap semua orang baca dengan sabar. Semoga bermanfaat. Aku ni berasal dari keluarga yang sederhana susah
. Agak susah sebenarnya sebab mak ayah aku ni dah tua. Dari kecik aku selalu tolong mak aku pegi kebun, petik tanaman, jual sayur ke pasar dan kadang – kadang aku tolong mak aku jual nasi pagi – pagi. Kiranya aku memang dapat rasa sekalilah kepenatan ibu aku cari duit.
Membesar dalam keadaan macam ni, dari kecik aku selalu bercita – cita untuk ubah nasib keluarga. Aku nak bagi duit yang banyak dekat mak ayah aku. Nak suruh mereka rehat je. Jadi aku ni selalu bersungguh – sungguh dalam studi aku.
Walaupun kawan – kawan aku, mak ayah diorang hantar tuisyen, mak ayah aku tak mampu hantar aku ke tuisyen, tapi aku memang berusaha semampu mungkin untuk skor dalam exams. Alhamdulillah, UPSR aku straight A’s.
Sampailah PMR, aku masih dengan semangat yang sama. Nak berjaya, nak ubah nasib keluarga. Dan sama jugak, PMR aku dapat straight A’s. Bila masuk tingkatan 5, aku memang study giIa – giIa lah, sebab pernah suatu petang, aku cakap kat mak aku “Mak, orang janji mak, lepas SPM orang nak dapat biasiswa, orang tak nak susahkan mak lagi”.
Memang aku study sungguh – sungguh untuk dapatkan biasiswa. Sampaikan, aku tidur hanyalah 3 jam sehari. Semua textbook memang aku khatam. Aku study giIa – giIa. Aku jawab past year papers tiap – tiap hari.
Sampai kan orang takut dengan kegigihan aku. Memang luar biasa waktu tu. Malam memang aku berjaga sampai pagi untuk study. Aku hanya tidur sekejap antara pukuI 8 malam sampai 12 malam. Aku ni memang jenis effort person.
Bukan dah lahir – lahir pandai. Sepanjang tingakatan 5 tu, aku tak pernah tinggal qiamullail. Setiap malam aku nangis aku doa kat Allah swt supaya bagi aku biasiswa. Aku tak minta straight A’s, tapi aku mintak biasiwa.
Pelik kan, tapi betapa biasiswa tu lebih penting dari result aku tu. Doa aku, aku tak kisah belajar apa pun asalkan aku dapat biasiswa. Tiba lah keputvsan SPM, aku dapat 8A 1B. Aku pun start lah apply semua biasiswa yang wujud.
Dalam masa yang sama, ayah aku ni sebenarnya dah lama bercita – cita untuk aku jadi engineer oil and gas. Jadi ayah aku suruh aku apply biasiswa satu syarik4t minyak ni. MaIangnya syarat biasiswa tu ialah minimum 9A.
Jadi aku tak layak untuk dapat biasiwa tu. Ayah aku pun suruh aku apply sebuah IPTS yang terkemuka kat Malaysia, yang banyak mengeluarkan graduan – graduan oil and gas ni. Kiranya aku dapat tawaran masuk ke IPTS ni sebagai private student lah.
Masa tu aku tak nak terima tawaran tu disebabkan aku sangatlah sedar yang keluarga aku ni tak mampu. Ayah aku bersungguh sangat nak aku masuk sampai kan dia sanggup untuk jual harta yang tak banyak mana tu untuk biaya aku belajar kat situ.
Dan ayah aku bagi kata semangat, masuk je dulu as private student, nanti p0inter tinggi, apply biasiwa lagi. Aku pun terimalah tawaran masuk ke IPTS tu sebagai private student. Disebabkan yuran masuk IPTS ni pun dah RM3k, yuran 1 semester pun dah RM6k, aku berjimat cermat sangat sebab aku rasa bersalah dengan mak ayah aku.
Aku dah janji nak dapat biasiswa, tapi diorang pulak yang terp4ksa tanggung aku lagi lepas SPM. Aku lalui hidup aku sehari – hari dengan rasa bersalah yang amat. Aku terIampau berjimat sampaikan, aku hanya makan sekali sehari iaitu waktu tengah hari sahaja.
Pagi aku berlapar, dan masuk tengah hari, aku akan ambil nasi putih banyak – banyak, bersama kuah sahaja. Aku spend RM1 aje sehari untuk makanan. Kadang – kadang RM1.20. Malam aku berlapar balik. Aku jimat sampai sabun basuh baju aku ialah sabun yang sama aku buat mandi. Sabun ketul tu.
Kadang – kadang roommate aku tak habis makan, aku makan lebihan makanan dia. Berat badan aku turun mend4dak. Buku – buku mahal yang digunakan dalam kelas, aku tak beli. Tapi aku fotostat je muka surat yang pensyarah akan guna.
Bila mak aku call, ada lagi tak duit, aku cakap ada lagi padahal dalam bank aku tinggal RM50 je. Tapi naluri seorang mak kan, tiba – tiba dia bank in aku RM300. Terharu aku. Masa tu lah aku boleh makan sedap sikit.
Kawan – kawan aku kat situ kebanyakan semuanya ditaja. Semua ada biasiswa. Kalau tak ade biasiswa macam aku ni pun, mereka anak orang kaya. Yang paling str3ssnya bila budak – budak ditaja ni memang budak – budak pandai.
Yang kaya – kaya ni pun pandai – pandai. Kadang – kadang aku tak tidur sebab belajar, tapi bila test je aku tak dapat skor. Tak kisah macam mana aku study pun, aku masih tak dapat nak skor result yang bagus dalam test.
Budak – budak kaya, dah la kaya, dapat biasiswa, cantik, diorang bukan study sangat pun, kerja pergi dating saja, tapi masih dapat skor bila exam. Ke sana ke mari ada kereta sendiri. Aku ni nak ke kelas terkejar – kejar kena berlari, jalan kaki lebih 15 minit paling kurang.
Bermula lah episod hidup aku yang aku mula rasa tertekan. Aku mula bandingkan diri aku dengan orang lain. Kenapa orang lain tak sesusah aku? Kenapa orang lain tak perlu susah payah macam aku. Dah la tak pandai miskin pulak tu.
Aku start mempersoalkan takdir hidup. Masa tu aku banyak tanya dengan diri. Kenapa Allah swt buat hidup manusia ni tak sama. Kenapa ada orang lahir – lahir dah kaya tak perlu usaha. Ada orang lahir – lahir dah genius tak perlu study banyak – banyak macam aku.
Kenapa dan kenapaaaa?! Aku bangun malam – malam, aku akan menangis dengan dasyatnya dalam qiamulail aku. Aku mula tanya Allah, untuk apa sebenarnya aku ni hidup? Adakah untuk jadi kaya macam yang aku impikan tu?
Sebab kalau lah hidup ni untuk jadi kaya, tak adil lah sebab ada orang kaya sebab keturunan dia memang kaya. Takkanlah hidup ni untuk dapat result gempak je? Tak adil lah sebab ada orang memang dah genius sejak azali lagi.
Adakah hidup ni untuk jadi cantik? Tak adil lah sebab memang ada orang lahir – lahir dan cantik. Tak payah usaha pun. Dan persoalan paling besar ialah, kalau lah tujuan aku hidup ni untuk kaya, pandai dan cantik MAKA, Allah tu TIDAK ADIL! Ye, kalaulah tujuan hidup aku untuk capai semua tu, Allah tu memang tak adil!
Tapi waktu tu aku sangat yakin yang Allah swt tu Maha Adil. Takkanlah Allah swt tu tak adil. Ni mesti ada benda yang aku tak tahu. Aku doa kat Allah, berikan aku jawapan. Aku yakin dengan sifat Dia yang Maha Adil, Cuma aku tak faham kenapa hidup aku mesti macam ni?
Aku menangis je setiap malam menghadapi kesusahan ni. Tiba – tiba satu hujung minggu tu, roommate aku ajak pergi satu program. Dia cakap ada makan free. Disebabkan aku ni hari minggu asyik makan nasi dengan kuah je, aku jadi eksaited nak pegi makan free.
Yelah dah lama tak rasa lauk. Sampai kat tempat program tu ada sharing rupanya, macam halaqah la. Aku layankan jelah walaupun masa tu aku pakai seluar ketat, baju pendek, shawl lilit. Tiba – tiba kakak yang bagi talk tu, dia cakap pasal tujuan hidup.
Aku macam terk3jut. Sebab itulah persolan yang bermain dalam fikiran aku sepanjang minggu tu. “Aku tidak menciptakan j1n dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” (Al-Dhariyat:56)
Masa aku dengar ayat tu, aku macam tak faham. Ibadah macam mana? Sebab aku solat je. Yelah, qiamulail lagi. Tapi kenapa aku masih rasa tak fit the purpose? Kemudian kakak tu cakap, ibadah yang dimaksudkan dalam ayat tu ialah ‘memperh4mbakan diri’-abid.
Maksudnya apa – apa pun yang aku buat dalam hidup ni, aku kena buat kerana Allah swt, sebab aku ni h4mba Dia. Tak kisah benda tu belajar ke, kerja ke. Aku tak boleh letakkan duit sebagai matlamat. Duit tu hanyalah alat untuk aku jadi h4mba Allah.
Aku tak boleh usaha dalam study, tanpa menghiraukan ilmu agama yang sepatutnya aku luangkan masa juga untuk mendalaminya. Dan sama jugalah pakaian aku, percakapan aku, semuanya aku kena buat sebagai seorang h4mba.
Kalau Allah tak suka aku pakai tak menutup aur4t, jadi aku kena tutup aur4t sebab aku ni h4mba. Kalau Allah suruh aku jangan mengumpat, aku tak boleh mengumpat sebab aku ni h4mba yang sentiasa diawasi Allah swt.
Pastu kakak tu tambah lagi, “apa beza Islam dengan islam?” Erm. mestilah huruf depan kan. Huruf besar dan kecik. Pertama kali aku tengok orang eja islam dengan huruf I kecik. Rupa – rupanya. Bezanya ialah Islam ialah kata nama dan islam ialah kata kerja.
Dan menjadi abid(h4mba) kepada Allah swt tu ialah dengan islam atas kata kerja bukan nama saja islam tapi pakaian, percakapan, apa yang kita baca, tonton tak islam! Patutlah aku rasa kosong. Sebab aku tak memenuhi tujuan aku ni diciptakan iaitu menjadi h4mba Allah, dengan ‘mengerjakan’ perbuatan islam, bukan pinjam saja perkataan islam di IC.
Dan selama ni kita hanyalah Islam di IC sahaja!! *ouch. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208; “Wahai orang – orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHANNYA (kaffah) dan janganlah kamu ikuti langkah – langkah sy4itan. Sesungguhnya, dia ialah musvh yang nyata bagimu”
Faham tak, Allah swt suruh masuk islam secara keseluruhan. Macam masa hujan, kalau kau tak nak basah, kau masuk satu badan lah kan dalam rumah, tak kan kau hulur kaki je untuk berteduh. Jadi konsep islam tu macam ni, kalau kau tak masuk islam secara total, fizikally dan dari hati, kau mesti tengah ikut langkah sy4itan!
Sebab tulah kalau perasan, kat Malaysia ni ramai je yang solat, tapi kes jen4yah macam mencuri, rasu4h, menipu tu masih lagi wujud. Bahkan penah tular yang sorang bapak boleh cabuI anak dia 360 kali dan pertama kali dia buat semasa menunaikan umrah! GiIa tak?
Inilah yang berlaku bila tak faham kita ni hidup sebagai abid, dan nak jadi abid tu mesti hidup buat islam secara kata kerja! Bukan pakai nama islam di tudung, atau di kopiah sahaja! Dan sekarang, apa kaitan hidup aku yang tertekan dengan study tu dengan menjadi abid?
Bila aku faham yang hidup aku ni untuk memperh4mbakan diri pada Allah swt semata, baru lah aku faham yang selama ni, aku jadi str3ss dan rasa Allah swt tu tak adil sebab aku meletakkan study dan kaya tu jadi matlamat hidup.
Sebab tulah aku str3ss. Aku tersalah letak matlamat. Padahal, aku ni wujud atas muka bumi untuk taat dan patuh pada suruhan Allah swt sahaja! Bila aku terlalu focus kat study, aku terlepas pandang sisi diri aku sebagai seorang h4mba Allah yang tak sempurna dan perlu diisi keruhaniannya.
Yang aku nampak, bila aku study dan aku tak faham, aku jadi tertekan. Patutnya aku tertekan bila aku buat d0sa, patutnya aku tertekan bila aku tak cuba memahami ayat – ayat Allah. Patutnya aku tertekan bila aku tak betul – betul jadi h4mba Allah, tapi jadi h4mba dunia ni!
Bila aku terlalu focus nak jadi macam orang lain, aku tersedar yang aku terper4ngkap dalam satu cycle yang buatkan aku h4nyut, lupa akan tujuan asal aku wujud kat muka bumi ni. Dan masa tu aku baru sedar yang selama aku hidup rupa – rupanya aku ulang cycle yang sama.
Sebab tu aku rasa kosong. Bangun pagi, pegi kelas, balik, makan tidur. Kalau ada homework, aku buat. Lepas UPSR, PMR then SPM. Hidup aku study, untuk dapat result je. Lepas tu asasi pulak, lepas ni aku akan menggiIa pula nak habiskan degree.
Aku mula rasa macam hidup ni seolah – olah dah di susun. Semua orang lalu cycle yang sama. Lepas study, kerja, kahwin, beranak, dan anak aku nanti akan ulang benda yang sama. Hidup sekadar hidup. Hidup hanyalah untuk bertahan hidup sampai m4ti. Faham tak?
Macam buat lah apa – apa pun asalkan dapat teruskan kehidupan sebelum hayat kita exp1red. Meh aku terangkan dengan lebih nampak lagi. Kita masuk tadika, sekolah sampailah university hanyalah untuk dapat kerja betul tak?
Aku rasa tak ade orang masuk sekolah sebab dia tak nak sijil tapi saja – saja nak belajar betul tak? Dari kecik mak kita cakap, “belajar rajin – rajin, besar nanti dapat kerja bagus, gaji besar”. Kenapa nak kerja sebab kalau tak kerja tak dapat duit lah betul tak?
Okay, kenapa nak dapatkan duit? Untuk bayar kereta. Kenapa bayar kereta? Yelah kalo tak ade kereta macam mana nak gi kerja? Jadi sebenarnya, hidup kita ni kerja untuk bayar kereta, kereta untuk pergi kerja. Macam satu kitaran b0doh sebenarnya.
Kita ulang – ulang kitaran tu. Okay fine, kau pun cakap kau bukan bayar kereta je, tapi dengan duit tu kau boleh travel dan tenangkan fikiran. Kan? Tapi tolong jangan tipu diri sendiri sebab kau pun tahu, kau pegi travel tu sebab nak berehat dari kerja betul tak.
Sekali lagi, sebab travel tu pun sebab kau str3ss dengan kerja. Nak katanya kita semua ni bukan jadi h4mba Allah, tapi h4mba kerja, h4mba duit. Tanyalah diri, apa tujuan hidup kau? Mesti kau tak tahu pun apa kan. Atau kau akan ambil masa nak fikir apa tujuan kau untuk hidup.
Dan percayalah, kita sentiasa letak matlamat dalam hidup yang kebanyakan adalah sementara. Lepas satu, satu. Dan nak ke, kalau kita bangkit kat akhir4t nanti, kita rasa kita dah buat macam – macam benda masa kita hidup ni, tiba – tiba masa nak bentangkan depan Allah.
Semua benda hilang macam debu sebab kita buat semua benda tu untuk diri sendiri bukan untuk Allah swt. Kita tak ikut betul – betui tujuan apa kita hidup. Macam Allah cakap dalam surah Al-Kahfi ayat 102,103;
“Adakah perlu Kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia – sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik – baiknya”
Aku bukan nak ajak jadi jumud, tapi dunia ni alat yang sepatutnya kita pegang dalam gengg4man kita. Bukan dekat hati. Allah bukan nak suruh kita tinggalkan dunia ni, tapi, kejarlah akhir4t tu, target lah diri untuk jadi abid yang sejati, kemudian Allah pasti akan jaga dunia kita.
Dia dah tetapkan rezeki untuk kita. Tanya diri, berapa percent je masa kita spend untuk faham islam dan cuba untuk praktikkan dia? Alhamdulillah lepas 3 bulan aku kat IPTS tersebut, tiba – tiba aku dapat tawaran ke luar negara dengan biasiswa penuh.
Dan Allah makbulkan doa aku bila aku ditaja sepenuhnya sampai ke Master. Maknanya aku dapat tajaan penuh selama 7 tahun termasuk belajar di luar negara. Aku tak pernah menyesal Allah swt bagi aku 3 bulan yang buatkan aku mencari balik erti kehidupan ini.
Walaupun susah, 3 bulan tu buatkan aku lebih ‘hidup’. Terima kasih pada kakak yang bagi aku makan free, dan yang sedarkan aku. Kakak tu seorang doktor graduan UK. Aku tak tahu apa namanya.
Kini, aku tengah menyambung phd di universiti tempatan dan aku aktif dengan program – program kerohanian. Aku nak jadi pensyarah sebab aku nak bagitau anak didik aku tentang tujuan hidup yang sebenar ni.
Aku tak nak orang lain tertipu dengan cycle b0doh. Itu saja dari aku untuk kali ni. Sebenarnya ada lagi satu tujuan kita diciptakan oleh Allah swt. Nantikan sambungan cerita aku, kalau berkesempatan nanti. Semoga confession ini bermanfaat! Assalamualaikum. – Muja (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Muhammad Nashrul Farhan: Tahun 2013, saya pun pernah mengalami situasi seperti confessor, sewaktu p0inter semester 1 matrikulasi lari dari sasaran. Rasa dunia seperti gelap dan terhenti. Ada h4mba Allah bagi nasihat macam ni la, letakkan dunia pada tangan sahaja, bukan di hati jadi matlamat kita.
Terus tersedar. Masa tu I learned to let it go, accept whatever options Allah had given to me. Belajar enjoy life dalam masa yang sama dekatkan diri pada Allah. And now going to h1t bottomless p1t, sebab dah graduate, tapi tak dapat kerja.
Everyday I am comparing myself with others and at moment, the hopelessness coming in. Pheww. Luckily I s4w your post, it h1t right at the heart again. Thank you so much.
Mas Tura: Wowww…. this confession is so … wowwww…. i give you 5 stars. Memang kita dlm kehidupan ini akan melalui fasa ‘pertanyaan’ dan Allah akan menjawab soalan – soalan dengan cara yang sesuai dengan sip0lan itu. Just ask from Him and He will answers you with His full love and compasionate…
Maria Amy Azira Kamaruddin : Terima kasih Muja, saya dah faham sekarang, jalan cerita kita sama. Saya dah buat semua tapi masih tertanya – tanya kenapa kenapa, kenapa, sampaikan saya tanya kt diri sendiri mana aku kurang ??
Qiamulai dah, solat tak tinggal tapi diri rasa kosong. Jadi saya dah jumpa apa yang kurang pada saya. Tq sangat Muja!! Awak buka mata saya. Semoga Allah baIas segala kebaikan buat diri awak. Dan semoga awak berjaya !
Noraren Sulman : Aku pon lebih kurang kau je confessor. Mak bapak aku da meninggaI mase umur 10 tahun dan 13 tahun. Lepas habis spm aku kerja, setahun nak kumpul duit masuk ipta. Lepas tu masuk sana belanja sehabis baik dengan duit ptptn.
Duit ptptn aku tu lah untuk assignment, balik rumah stiap minggu, sebab kakak aku tinggal sorang kat rumah. Sem 1 tu ok sikit sebab asrama kan, tapi tetap kena beli makanan sendri.
Baki ptptn yang ade dalam 900 buat deposit rumah sewa dan yuran sem seterusnya. Sejimat – jimat aku makan dan belanja, awak beruntung ada mak ayah yang bantu awak, saya tiada.
Semasa
Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg

Pemuda kuku panjang ‘tewas’ tibanya Ramadan, tiada lagi alasan ‘tunggu Jumaat’! Ibu akhirnya dapat guna pengetip dalam beg
PENANGAN ‘kuasa’ seorang ibu sememangnya tidak dapat dinafikan.
Manakan tidak, seorang pemuda hanya mampu tersenyum merelakan kukunya yang panjang di jari kelingking dipotong ibu sendiri.
Kawasan parkir kereta menjadi saksi, apabila ibunya secara spontan mengeluarkan pengetip kuku dari dalam beg tangan bagi memotong kukunya sehingga pendek agar kelihatan kemas.
Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Aliff Aiman Ismail berkata, dia menyimpan kuku sehingga panjang di jari kelingkingnya sejak lima bulan lalu.
Sepanjang tempoh itu juga, dia yang lebih mesra disapa Aliff memberitahu, ibunya berkali-kali menegur supaya memotong kukunya yang panjang itu.
“Mulanya saya simpan kuku panjang ni ikut kawan. Mak kemudian tegur tak elok simpan kuku panjang dan secara kebetulan ditegur bukan pada hari Jumaat.
“Saya beri alasan nak potong kuku hari Jumaat sebab sunat (digalakkan). Sudahnya berkali-kali Jumaat kuku panjang di jari kelingking masih belum potong.
“Itu belum lagi macam-macam alasan lain seperti orang-orang tua dulu pantang kalau potong kuku pada waktu malam,” katanya kepada mStar.
Kuku Aliff dipotong pendek.
Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, dia sebenarnya baru menjalani pembedahan ligamen lutut akibat kecederaan yang dialami ketika bermain bola.
“Mak juga tegur imej kuku panjang tidak baik di tempat kerja. Malu orang tengok kuku panjang sebab ia merupakan sebahagian daripada penampilan kita.
“Saya pula cuti sakit selama dua bulan selepas pembedahan dan banyak masa dihabiskan di rumah. Jadi memang tak pergi ke tempat kerja untuk guna alasan tu,” ujarnya yang berasal dari Setiu, Terengganu.
Buka puasa bersama keluarga selepas insiden ‘potong kuku’.
Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur kerana keadaan lututnya beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa.
Pada masa sama, Aliff juga pernah menyuarakan kepada ibunya untuk memotong kukunya yang panjang menjelang Ramadan sempena bulan yang penuh keberkatan.
Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak.
ALIFF AIMAN ISMAIL
“Sempena hari Jumaat lalu yang penuh barakah, kuku di jari kelingking akhirnya dipotong mak sebelum kami sekeluarga ke kedai makan untuk berbuka puasa.
“Mak pula memang simpan pengetip kuku dalam beg tangan, sentiasa bawa ke mana-mana. Jadi, mak terus potong kuku saya di situ sebelum masuk kedai,” ujarnya secara berseloroh.
Aliff (kanan) bersama ibu.
Bercerita lebih lanjut, Aliff berkata, ibunya yang berusia 56 tahun merupakan guru penolong kanan (GPK) kokurikulum di sebuah sekolah menengah, maka disiplin amat dititikberatkan.
“Mak sangat garang dan tegas, mengalahkan guru disiplin sebab itulah ada pengetip kuku kalau spot check pelajar. Bukan setakat pelajar, penampilan anak-anak pun kena sentiasa kemas.
“Pernah suatu hari saya pergi potong rambut tapi mak ‘tak lulus’. Saya terpaksa berpatah balik ke kedai gunting rambut dan perkemas semula,” katanya.
Walaupun tegas, kata Aliff, ibunya begitu penyayang dan setiap tegurannya untuk kebaikan anak-anak.
“Biasalah mak-mak, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun sudah bekerja, mak masih pantau penampilan saya… saya layankan saja demi kebaikan,” katanya.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
#CELEB
Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’
PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.
Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.
Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.
“Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya,” katanya.
Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.
Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.
Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.
Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu ‘Dian’ yang sudah bertudung.
Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.
“Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang,” ujarnya.
Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.
“Comelnya, Ini spin off baik punya.
Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.
“Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.
“Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau,” tulis netizen.
Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.
Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Semasa
Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena. Jangankan Manusia, Kucing Pun boleh Mu.rung Kerana Ini
Kerinduan pada seseorang atau sesuatu itu adalah rindu pada seseorang yang kita sayang, tidak kira lah ianya rindu pada seorang teman istimewa atau rindu kepada seseorang yang bergelar sahabat. Memang semuanya pun akan kita rindu jika berjauhan.
Bukan sahaja manusia boleh merindui sesama manusia tetapi haiwan juga boleh merindui antara satu sama lain. Tetapi haiwan ini tidak boleh meluahkan melalui kata2 tetapi melalui perbuatan mereka.
Begitulah juga yang dihadapi oleh seekor kucing yang kelihatan sangat murung, tidak seaktif seperti biasa. Nampak seperti kesedihan, si bulus itu kelihatan seperti kehilangan teman atau yang istimewa kepadanya.
LIHAT VIDEO DISINI
“Boleh Bawak M4 ti..” – Kesian! Kucing Makin Hari Makin Murυng Selepas Kucing Jiran Pindah
Menurut tuan kepada si bulus itu, sejak pemergian kucing jirannya yang telah berpindah mengikuti tuannya juga si bulus itu bermurvng seperti kesedihan. Mungkin si bulus itu kesunyian kerana tidak lagi mempunyai teman dan bermurung setelah pemerg1an temannya itu.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memberikan cadangan kepada tuannya supaya memcari teman sepermainan kepada si bulusnya itu kerana dikhuatiri si bulus itu akan lagi murung dan akan j4tuh s4kit.
Sumber : I Muslim Network via bicara kini
PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
-
Viral1 year ago
“Sekali je pleassee..kalau sekali tak keluar anak..” – Surat Murid Perempuan Darjah 5 Pancing Budak Lelaki Darjah 6 Ajak Bersetubh
-
Viral12 months ago
Ada Mengadu Penat, Wanita MeninggaI Dunia Dalam Tidur Ketika Berpantang
-
Viral11 months ago
“Speech delay kenapa? Main phone. Padan muka!”-Cikgu Bebel Ibu Bapa Tak Reti Ajar Anak Buat Netizen Kurang Senang
-
Viral1 year ago
“Aku cikgu. Anak muridku drjah 3..Dia cerita biliknya tutup pakai kain je. 1 hari jiran berani masuk time ayah pergi kerja..”
-
Uncategorized12 months ago
Ibu Tunggal Hanya Makan Daun Bawang Goreng Dicampur Garam Untuk Buka Puasa
-
#KERJAKOSONG12 months ago
Tular Murid Berjalan Kaki Selama 3 Jam Seorang Diri, Membawa Buku Teks Yang Berat Demi Menuntut Ilmu Di Sekolah
-
Inspirasi12 months ago
Anak Setinggan Kongsi Kisah Pernah Dih1na Pendidik, Kini Bergelar D0ktor Hebat!
-
Viral1 year ago
Viral Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga Di Tengah Terik, Netizen Pakat SeIidik Nak Hulur Bantuan