Akhyar Sudah Sedia Untuk ‘Ayam-Ayamkan’ Pertahanan Jepun

0
615

 

Pemain lincah negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid sudah bersedia sepenuhnya untuk memporak-perandakan pertahanan Jepun pada aksi 16 terbaik acara bola sepak Sukan Jakarta-Palembang 2018, Jumaat ini.

Akhyar mengalami sedikit kecederaan pangkal paha setelah dikasari dengan teruk dalam satu insiden di penghujung perlawanan ketika aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Bahrain.

“Saya rasa tiada masalah besar dengan kecederaan ini, cuma kejang sedikit sebab bermain dua perlawanan penuh.

“Saya berharap tempoh rehat beberapa hari sebelum menentang Jepun mencukupi,” katanya.

Kelincahan penyerang Kedah itu telah membawa skuad negara mara ke peringkat 16 pasukan terbaik apabila meledak satu gol dan mendapatkan dua sepakan penalti.

“Saya sedar kami (Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid) di jentera serangan akan dikawal rapi, namun apa yang penting mengikut arahan jurulatih dan perlu menjaga kecergasan. Kami perlu bertukar hantaran dengan lebih pantas.

“Kami menyaksikan mereka menentang Vietnam tempoh hari, ternyata mereka bagus dalam aspek taktikal dan teknikal serta kecergasan,” katanya.

Malaysia akan memburu tiket suku akhir menentang Jepun di Stadium Patriot Chandrabhaga dekat Bekasi.

Facebook Comments

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here