Connect with us

Uncategorized

“Adik-adik jadi 0ku m3ntal!”- 3 Beradik Y4tim Traum4 Jadi Mngsa Kera’kusan Naf’su Pakcik & Datuk Sendiri!

Published

on

3 beradik

Cikgu Fadhli Salleh merupakan seorang pendidik yang tidak asing lagi dan sememangnya popular di media sosial terutamanya Facebook. Sesiapa yang mengikuti akaun beliau mesti sudah sering terbaca kisah-kisah menarik dan sumbang bakti yang dicurahkannya kepada masyarakat berbilang kaum.

3 beradik

Cikgu Fadli Salleh

Pada tahun lepas, satu perkongsian daripada beliau di Facebook telah mencuri perhatian ramai sekali lagi. Kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Fadhli masih memberi kesan sehingga kini kerana isu yang sama masih banyak terjadi dalam masyarakat kita.

Ikuti perkongsiannya:

Hari ini aku nak berkongsi satu kisah benar yang followers Fb aku share. Kisah ini menimpa dirinya sendiri. Bacalah demi keselamatan anak-anak kita.

“Kisah saya bermula selepas kema’tian ibu saya. Masa tu saya berusia 12 tahun. Adik bongsu baru beberapa bulan. Ayah sakit tiba-tiba selepas kematian ibu saya.

Saya dijaga oleh atok dan nenek. Ayah pula tinggal bersama adik ayah. Bermulalah kesa’kitan yang tak terluah bila tinggal dgn atok nenek dimana makcik dan pkcik saya tak suka kami adik beradik sebab kami dari keturunan keluarga cina. Ayah berketurunan cina.

Dari situlah saya dan adik-adik dilayan bagaikan orang gaji dirumah atok nenek. Dima’ki ha’mun saban hari. Kami tidak dihantar ke sekolah. Saya dipksa bekerja dengan makcik sebagai pembantu kedai makan.

Di sana, saya makan disukat setiap hari. Silap sikit kena pkul, kena mki hamun. Namun saya perlu bertahan kerana saya tiada tempat untuk dituju.

Saya hanya mampu mnangis saban hari. Setahun dipksa bekerja oleh ibu saudara. Dalam masa yang sama, saya menjadi mngsa nfsu pakcik saya. Saya dir0g0l berulang-ulang kali hampir setiap hari.

Saya diamkan diri sebab diu’gut macam-macam. Lagi pun saya tiada tempat bergantung. Sampai satu saat, saya tak mampu bertahan lagi. Saya mela’rikan diri. Saya rep0rt pada p0lis dan pakcik saya kena tangkap.

Saya dipu’kul setruk-truknya selepas pulang ke rumah. Makcik suruh saya ti’pu pada p0lis dan cakap bukan suami dia yang ani’aya saya, tapi ayah saya.

Saya dipkul dan diug’ut. Saya dihantar ke rumah atok dan nenek lalu saya luahkan apa yang terjadi. Saya ingat atok akan bela saya dan akan menjaga saya sebaik-baiknya. Rupanya saya masuk ke ne’raka yang baru.

Di depan nenek, atok melayan saya sama seperti cucu-cucu yang lain. Namun setiap malam atok akan meny3linap masuk dalam bilik saya. Setiap malam atok ‘kerja’kan saya. Saya menjadi ham’ba s3ks kepada atok pula. Dir0gol hampir setiap hari.

Saya cuba lari dari rumah, tapi saya tak sampai hati sebab adik-adik saya masih tinggal dengan atok dan nenek.

Saya takut atok akan menjadikan adik-adik saya pula hmba s3ksnya. Lebih setahun saya menjadi mngsa kera’kusan nfsu atok saya sendiri. Saya sudah tak mampu bertahan dan akhirnya saya lari dari rumah.

Pihak p0lis jumpa saya. Saya cuma cakap saya tak nak duduk dengan atok dan nenek lagi. Saya nak tinggal dengan ayah saya. Pihak p0lis hantar saya ke J K M, saya diserahkan dibawah penjagaan J K M sementara waktu.

Masa naik mah’kamah, saya mera’yu dalam mahkamah untuk terus tinggal dirumah kanak-kanak sebab saya tak nak jadi mngsa lagi. Saya tak cakap apa yang atok buat pada saya.

Saya cakap saya tak nak duduk dengan mereka sebab masih trbayang perbuatan k3ji pakcik sahaja. Saya naik mhkamah, saya dapat duduk dengan J K M. 3 tahun saya di J K M, adik-adik pula di tahfiz.

Keluar dari JKM, saya dapat tahu adik dah tak duduk tahfiz, tapi duduk dengan atok dan nenek.

Adik saya dua orang pula menjadi mngsa pak cik saya semasa duduk di rumah atok dan nenek. Menjadi hmba s3ks dan dir0gol sentiasa.

Kini adik di Tanjung Rambutan dan disahkan m3ntal. Meraka lahir normal, membesar dengan tiada m4salah. Namun akhirnya menjadi o k u mental akibat perbuatan manusia-manusia ib’lis yang sepatutnya melindungi mereka.

Saya tak mampu nak jaga adik saya sendiri. Saya se’dih sangat-sangat. Nasihat saya pada mak ayah kat luar, kalau anak mengadu apa-apa, tolong dengar dan tolonglah sia’sat.

Kalau anak bersikap an’eh, sia’satlah dan carilah puncanya. Terutama anak-anak perempuan. Janganlah terlalu percayakan orang sekeliling kita. Kadang-kadang ahli keluarga sendiri yang mer0sakkan mereka.

Pak Cik yang mer0g0l adik saya tu anggota p0lis. Adik diu’gut-u’gut sampai adik trau’ma dan menghadapi t3kanan yang s3rius. Rep0rt pun tak boleh buat apa-apa sebab bukti dira’gui kerana adik bercakap pun dah berbelit-belit kerana terlalu ta’kut akan ugu’tan pak cik.

Nasihat saya buat ibu ayah diluar sana, pantaulah anak-anak. Dengarlah segala masa’lah anak-anak dan ajarlah anak tentang sentuhan sela’mat dan sentuhan tak sela’mat sejak kecil.

Seusia 5 tahun saya dah didik anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan saya tentang sentu’han selamat. Setiap hari pada waktu malam saya akan tanya anak-anak dan dengar masa’lah mereka.

Dunia semakin canggih. Kek3jaman pun makin hebat. Sebagai ibu dan ayah, pantaulah anak-anak. Janganlah terlalu percayakan orang walaupun keluarga sendiri kerana k3s-k3s r0g0l melibatkan keluarga sendiri terlalu banyak.

Sebarkan cerita saya cikgu untuk kesedaran masyarakat umum. Semoga apa yang berlaku pada saya tidak menimpa orang lain pula.”

Dan hari ini, aku panjangkan cerita akak ini kepada kalian. Semoga menjadi pengajaran.

#MFS

– Berkongsi kisah –

Sumber : Cikgu Mohd Fadli Salleh

Uncategorized

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

Published

on

Minat bola sepak ‘diasah’ sejak dalam perut ibu, tendangan si cilik ini sentiasa masuk gol… gaya ‘Siu’ Ronaldo pun boleh buat

BARU berusia dua tahun tetapi seorang kanak-kanak pandai meniru gaya bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, yang sering meraikan jaringan gol dengan laungan ‘Siu’.

Dari baldi, bakul, topi keledar sehinggalah ke set permainan gawang, semuanya mampu dibolosi si cilik ini apabila melakukan tendangan.

Setiap langkah dan aksinya yang tak ubah seperti pemain profesional sering dirakamkan oleh ibu bapanya dan dikongsi di laman sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak itu, Anis Adibah Hashim berkata, anak sulungnya, Yusuff Iskandar Mahadir kini berusia dua tahun enam bulan.

Lebih mesra disapa Anis, katanya, dia percaya minat suaminya dalam dunia bola sepak menyebabkan sukan itu mula mempengaruhi anaknya ketika masih dalam kandungan lagi.

“Minat Yusuff pada bola sepak sejak dia belum lahir lagi. Setiap malam sebelum tidur, suami saya iaitu bapa Yusuff akan gosok perut (baby bump).

“Setiap kali gosok perut, suami kata bila anak lahir nanti, dia mahu anak minat bermain bola sepak dan jadi pemain bola sepak,” katanya ketika dihubungi.

Yusuff merupakan kanak-kanak yang aktif dan peramah.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, bapanya, Allahyarham Hashim Abdullah merupakan pemain bola sepak Kelantan yang ketika itu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) dan suaminya, Mahadir Othman, 40, aktif mewakili sekolah untuk beberapa kejohanan.

“Suami selalu main bola permainan di hadapan Yusuff. Selalu juga bola tu menyentuh kaki anak yang sedang baring atau meniarap.

“Masuk usia lebih setahun, Yusuff pula semakin obses dengan bola. Hampir setiap hari dia bermain bola di rumah bersama ayahnya,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Bapa Yusuff sentiasa melatih anaknya bermain bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Anis, anaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang lebih berminat untuk bermain dengan pelbagai jenis permainan yang dijual di pasaran.

“Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan seperti patung Ultraman. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung minta belikan.

Yusuff tak akan menangis kalau tak dapat permainan. Tapi kalau tak dapat bola, dia akan meraung.
ANIS ADIBAH HASHIM

“Lebih 20 biji bola kami beli untuk Yusuff. Sekurang-kurangnya kena ada sebiji bola di rumah nenek dan ibu saudara yang sering dikunjunginya, serta sebiji bola dalam kereta untuk Yusuff bermain… kalau tak, nanti dia menangis.

“Sebagai kanak-kanak, Yusuff sudah tentu minat menonton kartun dan dia lebih teruja dengan siri animasi Bola Kampung,” ujarnya lagi.

Antara jersi milik Yusuff,

Lebih banyak menghabiskan masa dengan berlatih di rumah, dia yang merupakan suri rumah menambah, anaknya juga dibawa ke padang berdekatan.

“Yusuff ni aktif, peramah dan bercakap non-stop walaupun kita tak faham apa yang dia cakap sebab pelat. Dia memang susah nak menangis, sangat happy-go-lucky.

“Buat masa ini, Yusuff lebih tahu perkataan gol. Bola pun disebutnya gol. Kalau Yusuff dapat jaringkan goL, ayah dia akan bagi ganjaran ais krim dan pernah sanggup belikan pukul 11 malam,” katanya sambil menambah suaminya merupakan penyokong Ronaldo dan Manchester United.

Sebagai ibu, Anis berkata, dia akan sentiasa menyokong minat dan bidang yang diceburi anaknya termasuk menjadikan pemain bola sepak sebagai kerjaya.

“Kalau Yusuff hanya menjadikannya bola sepak sebagai hobi dan bukan kerjaya, saya tak paksa dan tetap menyokong apa juga selagi ia baik, tidak memudaratkan dan tidak melanggar hukum.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak tu walau sekecil-kecil pun pencapaian itu kerana ia cukup bermakna bagi mereka. Dari situ dia akan tunjuk sikap yang baik,” katanya.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Published

on

By

Pemain JDT, Arif Aiman beli Mercedes harga setengah juta pada usia 20 tahun

Tindakan bintang bola sepak negara, Arif Aiman yang dikhabarkan baru membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Menerusi laman Instagram, pengedar kenderaan Hafis Naserr berkongsi momen ketika pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima kenderaan mewah tersebut di depan rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Walaupun tiada butiran lanjut dinyatakan, difahamkan kenderaan berwarna silver itu boleh mencecah harga sehingga RM400,000 mengikut pasaran semasa.

Bagaimanapun, tidak hairan pemain berusia 20 tahun itu mampu memilikinya apatah lagi dia pernah membawa gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Menerusi kapsyen, Hafis mengucapkan tahniah atas pencapaian Arif dan mendoakan bintang muda itu terus dimurahkan rezeki serta berjaya dalam karier bola sepak tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)

Congratulation to adik @ariifaiman42 for your archivement.. berkat usaha keras & tak henti2 cari peluang yang terbaik untuk karier adik, u really do a good job.
“Semoga adik dimurahkan rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah SWT, abang doakan adik makin maju dalam karier adik,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas rezeki diperoleh Arif dan berharap dia dapat mengekalkan momentum dan prestasi di atas padang.

Kurang gosip, masa ni la nak kumpul aset…

Sumber: Instagram Hafis Naserr

 

Continue Reading

Uncategorized

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Published

on

By

Abang kanak2 terhempas dari ‘sotong ride’ kongsi keadaan adik -“Adik saya fighter”

Berita tentang kemalangan melibatkan dua orang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di Fun Fair Puncak Alam malam tadi sememangnya mengejutkan ramai.

Tiga individu cedera
Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan yang pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira pukul 8.50 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.
“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut.

Telah diarahkan tutup serta merta
Difahamkan, fun fair tersebut telah diarahkan tutup secara serta merta bagi siasatan lanjut. Ada juga kenyataan memaklumkan bahawa fun fair berkenaan beroperasi tanpa lesen.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Abang kepada mangsa kongsi keadaan adik
Dalam pada itu, seorang individu telah berkongsi keadaan seorang kanak-kanak di dalam ambulans dengan meninggalkan kapsyen “adik saya fighter guys“.

LIHAT VIDEO DISINI

Pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif itu memuat naik video kanak-kanak yang cedera dipercaya salah seorang mangsa kejadian ‘sotong ride’ tersebut.

Saman je mereka
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang dengan kejadian terbabit dan meminta ahli keluarga kesemua mangsa mengambil tindakan sewajarnya diatas insiden berkenaan.

LIHAT VIDEO DISINI

Tahap keselamatan permainan diragukan
Saiful Azif juga turut bekongsi beberapa gambar keadaan tempat duduk permainan tersebut. Menurutnya, tahap keselamatan untuk permainan di fun fair berkenaan agak meragukan sehingga menyebabkan berlakunya insiden tidak terduga itu.

Walau bagaimanapun, siasatan masih sedang dijalankan untuk mengesan punca sebenar kejadian tersebut boleh berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial terutamanya di TikTok video beberapa individu tercampak sewaktu menaiki permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak laju.

Hal tersebut membuatkan ramai yang berada di tapak fun fair itu panik dan kesemua mangsa mengalami kecederaan apabila terhempas jatuh ke bawah dari atas permainan berbahaya terbabit.

komen para netizen 

Sumber: Kosmo! (Iskandar Shah Mohamed), TikTok saifulazif, farinarynaa_

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK