Connect with us

Viral

“Ada Sesuatu Yang Sedang Berlaku Disini, Datanglah”- ‘Nenek’ Ditahan Kerana Membu’nuh 7 Gelandangan Di Rumah Kebajikan

Published

on

nenek

“Ada Sesuatu Yang Sedang Berlaku Disini, Datanglah”

Dorothea Puente merupakan seorang wanita yang menguruskan rumah untuk penempatan gelandangan.

Dia meminta semua penghuni memanggilnya dengan gelaran ‘Grandma’.

Dia memiliki hubungan yang sangat rapat dengan semua ahli politik pada Ketika itu.

Malah ia mampu memberi makanan percuma untuk sebarang aktiviti kemasyarakatan sehingga dia disenangi dan oleh masyarakat sekitarnya.

Dia dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan isteri Presiden Amerika pada Ketika itu, Jane Wyman.

Atas hubungan ini, dia mendapat dana yang banyak diatas rumah kebajikan yang dibina.

Suatu hari seorang wartawan menjumpai seorang lelaki  Alvaro Bert Mantoya yang mempunyai masalah g4ngguan ment4l iaitu psych0sis dan menjadi gel4ndangan.

Ia menghubungi Dorothe Puente untuk menempatkan lelaki ini untuk duduk dirumah kebajikannya.

Atas reputasi baik yang ditunjukkan oleh Dorothe Puente. Alvaro Bert Mantoya mula menjadi penghuni rumah kebajikan ini dengan keadaan psych0sisnya.

Punyalah baiknya wartawan ini, walaupun berjaya menempatkan Alvaro Bert Mantoya.

Dia tetap menghubungi lelaki itu untuk bertanyakan khabarnya sehinggalah kakitangan rumah kebajikan itu melap0rkan ianya lari dari kediaman itu.

Beliau tahu dan kenal bahawa lelaki Mexico ini tidak memiliki sesiapa untuk dia mel4rikan diri atau pulang kekampung seperti yang diceritakan oleh Dorothe Puente.

Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, lelaki ini telah dibuang oleh keluarga dan tiada sesiapa untuk dia kembali kekampung halamannya.

Beliau mula membuat si4satan dan bertanyakan kepada beberapa penghuni rumah kebajikan ini apa yang sedang berlaku.

Beliau mendapat satu catatan nota tersembunyi :

“Ada sesuatu yang sedang berlaku disini, datanglah”.

Satu lap0ran p0lis dibuat dan akhirnya mereka menjumpai 7 m4yat yang ditanam di belakang rumah kebajikan ini.

Penyi4sat mendapati kesemua 7 m4yat ini merupakan penghuni rumah kebajikan ini.

nenek

7 may4t ditemui di belakang Rumah Kebajikan ini…

Mereka diberikan makanan bersama ub4t terlarang untuk menamatkan riwayat hidup secara terancang dan perlahan lahan.

Ketika pegawai penyiasat datang kerumah ini, mereka menjumpai banyak piI-piI ubat berteraburan disetiap bilik penghuni diatas lantai.

“Mengapa dia lakukan demikian?”

Dia mendapat dana kebajikan dan cek persaraan bagi setiap mereka yang dijaga ini.

Kem4tian yang tidak direkodkan dan secara diam-diam menjadikan Badan Kebajikan masih kekal memasukkan duit kepada penjaga dan menjadikan dia kaya raya dan banyak duit.

Akhirnya, dia ditahan dan ditu’duh atas 9 kes pembunuhan yang terlibat sebelumnya yang  terb0ngkar.

Dia juga membu’nuh rakan k0ngsinya dan teman lelakinya secara diam diam.

Kawan kawan,

Di tengah pusaran kegel4pan, kejah4tan kerap dimaklumi sebagai kewajaran dan kebajikan.

Apa yang sedang berlaku sekarang.

Begitulah.

#AAA

Sumber : Azizul Adli Ahmad

Viral

Terlepas Cakap Pasal Kahwin Lain, Dai Syed ‘Cuak’ Isteri Bagi Renungan Tajam

Published

on

By

Terlepas Cakap Pasal Kahwin Lain, Dai Syed ‘Cuak’ Isteri Bagi Renungan Tajam

Umum tahu baru-baru ini Dai Syed selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hana Ismail. Perbezaan sembilan tahun di antara mereka tidak menjadi halangan untuk disatukan, malah mendapat pujian daripada netizen atas keserasian pasangan ini.

Namun, tindakan Dai Syed yang bergurau tentang kahwin lain menerusi live Instagram semalam menarik perhatian ramai.

Menerusi live yang dimuat naik seorang individu di Tiktok, dipercayai tujuan live yang dibuat pasangan selebriti itu adalah untuk membuka hadiah-hadiah yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.

Sementara itu, walaupun pasangan itu masih baru dalam alam perkahwinan, mereka tetap romantis dengan berbalas usikan dengan satu sama lain. Walau bagaimanapun, netizen terhibur dengan gurauan yang dibuat Dai Syed ke atas Hana dengan usikan tentang memiliki isteri lebih dari satu.

LIHAT VIDEO DISINI

Saya mintak izin dulu dari awak.

Gurauan yang dibuat Dai Syed membuatkan riak wajah isterinya itu serta merta berubah.

Dalam pada itu, segelintir warganet menasihati Hana untuk tidak berfikir ke arah itu dan doakan yang terbaik sahaja.

Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan jam 11.46 pagi, pada 3 Disember 2022.

KOMEN NETIZEN

Sumber: Tiktok @randomvids

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading

Viral

[VIDEO] Dah Beberapa Bulan Tidur Di Tangga KLCC, Netizen Sebak Bila Tahu Kisah Sedih Warga Emas Ini

Published

on

By

[VIDEO] Dah Beberapa Bulan Tidur Di Tangga KLCC, Netizen Sebak Bila Tahu Kisah Sedih Warga Emas Ini

Kisah seorang lelaki warga emas yang terpaksa tidur di tangga di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) undang sebak orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah di TikTok, mendedahkan bahawa warga emas berkenaan sudah beberapa bulan tidur di tangga sekitar KLCC kerana tidak mempunyai rumah serta tiada orang untuk bergantung harap.

Terjumpa seorang pakcik pagi tadi masa datang KLCC, kami dalam perjalanan pulang terjumpa semula pakcik ini dekat tangga. Lepas tanya keadaan dia, ya Allah sedihnya.

Dah beberapa bulan tidur di tangga

Difahamkan, isteri dan anak-anaknya dikatakan sudah meninggal dunia. Lelaki berkenaan turut berharap agar dirinya mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan tidak kisah sama ada ditempatkan di rumah orang-orang tua mahupun rumah kebajikan.

LIHAT VIDEO DISINI

Mohon bantuan untuk pakcik ni. Tiada tempat tinggal. Isteri dan anak-anak sudah meninggal dunia. Dia berharap sangat ada tempat tinggal yang lebih selesa. Dah banyak bulan tidur di tangga je area KLCC.

Dapat tinggal di rumah orang tua atau rumah kebajikan pun dia bersyukur. Moga Allah permudahkan urusan pakcik ni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa simpati terhadap warga emas berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang turut menawarkan tempat tinggal yang lebih selesa untuk lelaki itu.

KOMEN NETIZEN

Sumber : @aishahramly96

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Viral

Tular Pengantin Terlantar Atas Katil, Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah– ‘You Janji Nak Pimpin Tangan I’

Published

on

By

Tular Pengantin Terlantar Atas Katil, Isteri Reda Suami Pergi Lepas Sebulan Nikah– ‘You Janji Nak Pimpin Tangan I’

Benarlah ungkapan jodoh, pertemuan, rezeki dan ajal di sudah ditetapkan Allah SWT sejak seseorang itu belum lahir lagi ke dunia. Sebagai hambaNya, kita perlu reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Seperti seorang wanita ini tabah dan reda dengan pemergian suami tercinta meskipun baru sebulan mendirikan rumah tangga.

Menerusi kisah yang dikongsikan, wanita yang dikenali dengan nama Marha selamat mendirikan rumah tangga pada 12 November 2022 lalu. Meskipun ketika hari pernikahan si suami, Hashmi terlantar atas katil disebabkan masalah kesihatan, namun pasangan ini yang berada di atas pelamin nampak ceria dan bahagia untuk melayari bahtera perkahwinan.

Selepas seminggu bergelar suami isteri, pasangan ini kemudian menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh pada tanggal 23 November dan 1 Disember di sebuah pusat rawatan. Sambutan itu diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga terdekat bagi memeriahkan suasana.

Difahamkan, keadaan si suami dikatakan semakin merosot sehinggalah Marha menerima khabar bahawa suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Menerusi video di TikTok, Marha memaklumkan suaminya telah menghembuskan nafas terakhir semalam, pada 7 Disember 2022 iaitu empat minggu selepas mereka mendirikan rumah tangga. Tak dapat digambarkan betapa pilunya hati seorang isteri, namun Marha akui sudah reda dengan pemergian suami tercinta. Dia turut memohon orang ramai mendoakan buat arwah suaminya, Mohd Hshmi Bin Arifin.

Sumber: Marhashmi

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK