Connect with us

Viral

“Abah, ci**t kakak sakitlah. Tuu buat”- Kanak-kanak 3 Tahun Menjadi M4ngsa R0gol Remaja 14 Tahun!

Published

on

kanak-kanak

Satu kisah tr4gis yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berumur kurang 3 tahun yang dik0ngsikan oleh seorang akt1vis kemasyarakatan, Natipah Abu,di Facebooknya telah mendapat perhatian warganet.

Perk0ngsian tersebut telah diceritakan kembali oleh ibu m4ngsa yang dikenali sebagai Nor Syafiqah.

Menurutnya, perbuatan terku’tuk seorang remaja yang baru menginjak usia 14 tahun terb0ngkar selepas m4ngsanya( anak perempuan Nor Syafiqah), membuka mulut.

kanak-kanak

Kad temujanji untuk si kecil bertemu pak4r ps1k1atri dan pak4r 0bstetrik & ginek0l0gi (0&G)..

Berikut perkongsiannya :

” Abah, ci**t kakak sakitlah. Tuuu buat ! ” Luluh hati saya dan suami mendengar ayat itu,  yang diulang -ulang dari mulut anak kami yang berusia 2 tahun 9 bulan sambil menangis teresak-esak.

Anak yang saya tatang bagai minyak yang penuh, dir0g0l orang yang kami kenali dalam sekelip mata. Sepantas kilat kejadiannya.

Selama ini, tidak pernah sekali pun anak saya berpergian jauh dari rumah tanpa mengkhabari saya.

Tertu’duh ( 14 tahun ) bukanlah orang lain. Dia ada pertalian d4rah yang dekat dengan kami sekeluarga. Jadi bagaimanalah hendak mencur1gai dia.

Tambahan pula .. apa yang berlaku tidak pernah terlintas atau wujud dlm kotak fikiran saya. Masakan anak saya sekecil itu akan dir0g0l oleh dia yang baru melonjak remaja itu.

Tiap kali rumah saya didatangi tertu’duh, anak saya akan mendapatkan saya untuk memaklumi akan kehadiran tertu’duh ke rumah saya. Seolahnya .. dia t4kut.

Namun apa daya .. semua yang terjadi telah pun terjadi. Entah bagaimana dia dil4rikan tertu’duh pada hari itu padahal sebelumnya, dia bermain di depan mata saya.

Memang saya sedar akan sikap tertu’duh yang agak li4r, jadi memang saya tidak izin dia naik ke atas rumah.

Bila peristiwa terjadi .. semua saudara mara yang tinggal di keliling rumah saya memu’suhi kami. Mereka tidak percaya dan menu’duh kami mengada-adakan cerita.

Sudah berulang kali saya bersemuka dengan ibu tertu’duh bagi mencari penyelesaian tetapi sebaliknya, perb4lahan yang terjadi.

Saya hanya ingin menuntut ke4dilan buat anak saya yang masih kecil. Sed1h, m4rah dan kec3wa saya .. hanya tuhan saja yang tahu.

kanak-kanak

“Saya harap, suatu hari nanti peristiwa hitam itu akan terpadam dari ingatan anak sulung saya ini …” – Puan Nor Syafiqah.

Menu’duh kami membu’rukkan tertu’duh, saya dan keluarga di pulaukan saudara mara. Kami diminta keluar dari rumah pusaka milik arw4h ibu yang didirikan atas tanah warisan atas alasan tanah itu bukanlah hakmilik ibu.

D0sa apakah anak sekecil itu maka dia ditu’duh menipu sedangkan anak saya disahkan ada kes4n ‘kemasukan’ di kem4luannya.

Di saat kami sgt memerlukan sokongan saudara mara terdekat, kami terpaksa menerima hakikat dibu4ng saudara mara.

Setelah berfikir sedalam-dalamnya .. kami sekeluarga nekad berpindah dari kampung  walaupun ber4t sekali hati hendak meninggalkan rumah pusaka ibu.

Memandangkan bersama saya,  ada seorang adik perempu4n 0KU yang berusia 17 tahun tetapi pemikiran seperti budak 3 tahun, b1su dan tidak boleh mengurus diri maka saya bimbang .. suatu hari nanti adik saya pula akan menjadi m4ngsa tertuduh.

kanak-kanak

“Adik 0KU saya .. tanggung jawab saya melin’dungi dia kerana dia tidak mengerti apa -apa. Dia gemar bermain sendirian di buaian ini .. justeru itu kami terpaksa berpindah ..” – Puan Nor Syafiqah

Saya tidak mahu mengulangi kesil4pan pertama, demi kesel4matan anak dan adik saya, saya rela berpindah keluar dari kampung tempat saya dibesarkan.

Saya takut g4gal menjalankan amanah yang ditinggalkan arw4h ibu, lima tahun yang lalu iaitu menjaga adik 0KU saya sebaik mungkin.

Ekoran peristiwa itu .. anak saya kini f0bia bila bersendirian. Dia suka meng4muk bila terasa ditinggalkan sendirian.

Kini .. saya dan suami yang hanya kerja kampung. Wang simpanan telah habis dan kami terpaksa meminjam bila terpaksa pindah dari rumah pusaka arw4h ibu saya.

Saya nek4d hendak membantu suami menambah pendapatan dengan membuka gerai menjual aneka kek. Saya sangat berminat membuat kek dan saya pernah mengikuti kelas membuat kek.

Saya ingin berniaga bagi membantu suami membina semula ek0nomi keluarga kami yang meru’dum sejak peristiwa itu.

Selain itu, saya perlu melakukan sesuatu utk mem0vitasikan diri sendiri untuk mengelakkan depr3si akibat peristiwa itu.

Semoga kisah saya ini menjadi teladan buat semua ibu-ibu yang ada  anak perempuan. Tak kira berapa usia anak itu, jangan sekali-kali mempercayai siapa pun yang ada di sekelilingnya.

Reaksi warganet:

Dhia Damiaa Rizqi

“Dengar k3s mcm ni rasa ger4m..sy plak yg rasa tr1gger n ger4m sgt2..budak kecik lg tu..Allahuakbar kesiannya..budak takkan pandai nk menipu..kalaulah kaya kan..sumbat je budak laki tu dlm penj4ra..benda mcm ni lah yg buatkan anak2 tr4uma sampai besar..semoga Allah permudahkan segala urusan puan ni..sy percaya dia akan berjaya sbb dia kuat dan tabah..”

Nur Iman

Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini. Semoga waktu dapat membantu anak kecil ini hilang tr4umanya. Ya Allah kuatkan Iman mereka… lindungi mereka dari fitnah dan has4d d3ngki manusia.”

Nana Putra

“Semoga nasib anak kecik ni terbela.. tak terbayang s4kitnya hati seorg ibu tgk anak sekecil itu dir0gol..

Semoga tertu’duh di tngkap… Pada Puan syafiqah.. tidak apalah terpu’tus persaud4raan. Jnji nasib anak n adik terjaga terhindar dngn org seperti itu.. saya berharap ibu kepada tertu’duh tu menyes4l atas tindakannya membel4 anak yg telah melakukan kes4lahan besar itu..”

Pemilik posting ada mengumpul d4na untuk membantu keluarga mangsa memul4kan kehidupan baru. Segala sumb4ngan atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Natipah Abu di akaun Facebooknya.

Sumber : Mstar, Natipah Abu

Semasa

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Published

on

Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.

Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlvk4n kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.

TONTON VIDEO DISINI

Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.

Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duk4 dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.

Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”

Lantas pakcik tua itu terus men4ngis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan keduk4an dihatinya.

Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.

Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.

Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Inspirasi

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Published

on

Orang Lain Buang Selimut Buruk, Tuala Koyak. Aku Kutip Buat Pasu Bunga Buat Duit Tepi

Mempunyai pemikiran yang kreatif adalah menjadi syarat utama untuk kekal ‘survive’ dalam cabaran ekonomi yang ada pada hari ini. Apa sahaja yang boleh menjana duit boleh diusahakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Begitulah yang telah terjadi kepada seorang pemuda yang telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan barang terpakai dan terbuang seperti tuala buruk yang sudah dibuang orang.

Pemuda yang bernama Mohamad Hazhlee Azid ini berkata, dia telah menghasilkan pasu bunga itu hanya sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang semasa tempoh PKP.

Beliau yang berusia 24 tahun itu berkongsi, tambahan pula, rumahnya itu yang terletak di Tunjung Kota Bharu Kelantan cukup banyak dihiasi pokok-pokok bunga yang dijaga oleh ibunya.

“Saya ni bekerja sebagai kontraktor dan buat kerja-kerja wiring kalau ada projek. Bila saya takde job ni, saya buatlah sesuatu daripada apa yang nampak boleh dilakukan di rumah.

‘Mak pun memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga. Maka timbullah idea untuk buat pasu bunga dengan menggunakan barang-barang yang terpakai. Kongsinya kepada mstar.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pok Lie itu berkata pasu bunga itu menggunakan sumber barang-barang seperti bakul sampah, baldi, bekas makanan terpakai dan termasuk tin biskut.

“Bekas pasu yang dibina akan ditampal dengan meletakkan satu lapisan kain samada tuala atau selimut lama yang sudah koyak, ianya dicampur dengan bancuhan simen untuk memastikan ketebalannya dan lebih kukuh.

“Penggunaan kain yang telah dicelup dengan simen itu boleh menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi). Daripada kain atau tuala buruk tu terbuang begitu sahaja, lebih saya manfaatnya, ujarnya yang turut terlibat dalam kerja membuat rumah secara sambilan.

Menurut Pok Lie yang juga anak kedua dari lapan beradik, proses menghasilkan pasu itu mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlukan masa untuk dikeringkan.

‘Selepas bancuhan simen itu kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga itu jadi lebih tebal dan kukuh. Pagi-pagi saya buat, petang dah boleh kering selepas dijemurkan. Bila sudah kering baru saya akan cat.

Sekiranya ada permintaan, saya pertimbangkan juga untuk menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

“Cumanya cabaran yang dihadapi adalah sekiranya hujan, kerana pasu-pasu bunga yang disalut simen perlu dikeringkan dulu” kongsinya sambil memaklumkan kebanyakan bahan terbuang diperoleh dari keluarga dan kawan-kawan.

Pok Lie menyatakan” setakat ini, sudah 20 pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk telah saya hasilkan, sambil menambah pada peringkat awal semua dibuat untuk kegunaan sendiri di rumah untuk ibunya.

“Namun apabila saya dah susun dan jemur di luar rumah, memang orang-orang akan terlihat dan ada juga yang terus berminat untuk membeli.

Pasu bunga buatan tangan yang dihasilkan ini bukan sekadar untuk meletakkan pokok tetapi keunikan yang ada padanya boleh menaikkan seri rumah.

‘Sebenarnya, apa yang saya cuba lakukan ini lebih kepada memenuhi kepuasan, saya tengok macam mana orang lakukannya melalui sumber youtube dan saya cuba buat sendiri mengikut kreativiti yang ada.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Semasa

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

Published

on

Berpuluh tahun pandu Wira lama, warga emas lepas ‘geram’ pegang stereng Perodua Bezza… Tekan minyak macam orang muda!

KEBERADAAN sebuah kereta Perodua Bezza yang diparkir di bawah garaj rumahnya membuatkan seorang warga emas terpinga-pinga tentang siapakah pemilik kenderaan itu.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, lelaki berkenaan dilihat hanya menuding jari ke arah kenderaan berkenaan dengan raut wajah penuh tanda tanya.

Tanpa berselindung, anak lelaki warga emas berkenaan segera memberitahu bahawa Perodua Bezza itu adalah miliknya sambil menghulurkan kunci kereta.

“Kereta baharu abah,” kedengaran suara si anak kepada bapanya yang masih tidak faham tentang situasi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, anak warga emas berkenaan iaitu Mohd Faizal Eshak berkata, ia merupakan kejutan untuk bapanya yang berusia 78 tahun pada 1 Ramadan lalu.

Lebih mesra disapa Faizal, dia berkata bapanya, Eshak Buyong sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta baharu.

Faizal (tengah) bersama ibu bapanya di hadapan kereta baharu.

“Abah ada kereta Proton Wira yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun. Kereta lama, jadi keadaan sudah tidak berapa elok macam kereta baharu tapi abah gagahkan juga.

“Saya berazam sejak Oktober tahun lepas nak belikan kereta untuk abah. Jika ikut queue (tempoh menunggu) dijangka pada Jun tahun ini.

“Tapi rezeki abah dapat cepat sebab ada pelanggan lain tak jadi nak beli. Alhamdulillah, nampaknya rezeki abah pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Faizal (kanan) bersama keluarga dan ibu bapanya.

Mengenai kejutan yang dibuat di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Faizal yang berusia 37 tahun berkata, bapanya mempunyai perwatakan yang ceria.

“Abah sebenarnya happy-go-lucky. Pada petang sebelum waktu buka puasa abah macam terkejut, siapa la yang parkir kereta kat garaj.

Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.
MOHD FAIZAL ESHAK
ANAK
“Macam tak puas hati sebab kereta lama dia pun parkir di luar garaj. Apabila saya dan isteri beritahu kereta tu sebenarnya untuk dia, memang abah terkejut.

“Abah memang teruja sangat sampaikan tak sempat bawa masuk beg plastik makanan yang dibelinya ke rumah, terus pergi test drive dulu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu,

Ibu (kiri) dan bapa Faizal meniti usia emas.

Sejak bersara daripada bekerja di sebuah kilang, bapanya yang dikenali sebagai Haji Ripin di Kampung Sungai Penchala banyak menggunakan kereta untuk ke masjid, pergi minum di kedai dan membeli barang-barang dapur.

Namun, Faizal yang mengusahakan bisnes produk madu berkata, Hari Raya kali ini lebih bermakna buat ibu bapanya kerana kereta baharu tersebut dapat digunakan untuk pergi menziarah teman-teman dan saudara-mara.

Hari Raya kali ini lebih bermakna kerana bapa Faizal boleh menggunakan kereta untuk pergi menziarah bersama ibunya.

“Alhamdulillah, rezeki Ramadan kali ni… abah boleh bawa mak dengan kereta baharu pergi berjalan-jalan masa Hari Raya nanti.

“Masa test drive hari tu, terkejut juga abah tekan paddle minyak bawa laju. Mungkin selama ni dia kena tekan paddle minyak lebih sebab pandu kereta lama.

“Jadi, saya pesan abah supaya kawal pemanduan dan tak perlu tekan paddle minyak kuat sangat. Kereta lama dan baharu tak sama. Semoga perjalanan abah sentiasa selamat,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin RealMerah tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK