Connect with us

Viral

22 tahun dahulu, anak kecil ditinggalkan ibunya yang pulang ke Indonesia, anak Melayu dijaga ibu angkat Cina seperti anaknya sendiri

Published

on

22 tahun dahulu, anak kecil ditinggalkan ibunya yang pulang ke Indonesia, anak Melayu dijaga ibu angkat Cina seperti anaknya sendiri

Anak Melayu dijaga ibu angkat Cina adalah kisah hidup Chee Hoi Lan dan Rohana Abdullah yang mempunyai keunikannya tersendiri.

Kasih tidak bertepi, anak Melayu dijaga ibu angkat Cina

22 tahun dahulu, seorang anak kecil berjantina perempuan telah ditinggalkan di tadika setelah ibunya terpaksa pulang semula ke kampung halaman di Indonesia. Anak kecil yang bernama Rohana Abdullah ketika itu baru sahaja berusia 2 bulan. Kerana rasa ihsan yang terlalu tinggi dan murni, anak Melayu dijaga ibu angkat Cina, Chee Hoi Lan seperti anaknya sendiri.

Tahun berganti tahun, dan hari ini kanak-kanak perempuan itu telah membesar menjadi gadis Melayu yang sangat cantik berumur 22 tahun. Ibu angkat Cina yang juga merupakan bekas guru sekarang sudah nampak jelas raut wajah tuanya memandangkan usia sudah pun menjangkau 84 tahun.

Sepanjang anak Melayu dijaga ibu angkat Cina ini, kasih sayang dan perhatian diberikan dengan sepenuh hati tanpa mengenal perbezaan agama dan bangsa. Jurang berpezaan itu seolah-oleh hilang dengan rasa cinta ibu angkat kepada anak angkat.

Rohana dapat tawaran belajar di universiti

Gadis Melayu ini sebenarnya pernah tular dahulu kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi. Berita tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun pada bulan April lalu, Rohana telah mendapat taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan. Berkat itu juga, dia telah menerima tawaran untuk sambung pelajaran ke menara gading tepatnya di universiti awam Malaysia.

Rohana menerima tawaran mengikuti pengajian Diplpma Sains Komputer daripada Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) baru-baru ini. Siapa yang tidak gembira dan bersyukur apabila menerima tawaran sedemikian.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak ucap terima kasih, sangat bersyukur dengan hadiah yang dikurniakan Allah kerana ini memang satu perkara yang saya impikan sejak lama.

Terima kasih juga kepada pihak UTEM. Walaupun saya lebih meminati bidang perubatan, Sains Komputer ini adalah bidang pilihan kedua saya dan ‘laoshi’ (panggilan untuk ibu angkatnya) juga menyokongnya. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik untuk membalas jasanya,” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaakob, Kampung Batu.

Namun jauh di sudut hati rasa berat untuk berpisah dengan Laoshi memuncak di dada. Tawaran itu diterima di saat-saat akhir dan banyak persiapan yang perlu dilakukan.

Ada beberapa barangan keperluan belum dibeli dan dia juga sedang mencari pembantu rumah yang dapat menjaga Laoshi sepanjang ketiadaannya.

“Kebelakangan ini dia (Chee) sering menangis apabila mengenangkan kami akan berjauhan jadi adalah lebih elok sekiranya ada orang temankan dia sekali-sekala di rumah sementara menunggu kepulangan saya pada hujung minggu,” katanya.

“Sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan jaga solat…” – Laoshi

Hoi Lin yang tidak berkahwin selama ini sentiasa memastikan Rohana yang hidup bersamanya sejak kecil dapat meneruskan hidup sebagai seorang Muslim. Dia sangat jelas, sebagai seorang Muslim ada benda yang anaknya itu tidak boleh makan, dan ada masa-masa tertentu perlu solat, tetapi itu tidak menjadi masalah untuknya.

“Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama,” katanya.

Menurut Hoi Lin sepanjang dia menjaga Rohana, ibu kandung Rohana yang juga warga Indonesia berkahwin dengan bapanya seorang warga tempatan yang menghilangkan diri selepas dia dilahirkan datang ke Malaysia beberapa kali.

Walaupun terpaksa berpisah pertama kali dengan ibu angkatnya dalam tempoh yang agak lama demi menimba ilmu, ibu angkatnya itu telah banyak memberi pesanan untuknya.

“Laoshi berpesan agar dia sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat. Selain itu, Laoshi juga berpesan agar jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia, belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar.”

Sesungguhnya kemurniaan hati Hoi Lin dalam membesarkan Rohana dan menjaga keimanannya sebagai seorang Muslim sejak kanak-kanak itu kecil sehingga sekarang memang satu amanah yang begitu besar.

Kasih sayang yang mekar antara Hoi Lin dan Rohana ini mmberikan kita bukti bahawa rasa cinta dan tanggungjawab seorang insan tidak akan terhakis dengan perbezaan dari warna kulit dan kepercayaan.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Viral

Gara-gara pusat kesihatan didakwa enggan meminjamkan ambulans, jenazah terpaksa diusung dengan berjalan kaki sejauh 13 kilometer

Published

on

By

Gara-gara pusat kesihatan didakwa enggan meminjamkan ambulans, jenazah terpaksa diusung dengan berjalan kaki sejauh 13 kilometer

Indonesia, gara-gara sebuah pusat kesihatan didakwa enggan meminjamkan ambulans. Jenazah seorang wanita terpaksa diusung dengan berjalan kaki sejauh 13 kilometer (km),

Menerusi satu video berdurasi 25 saat, jenazah yang berada di dalam keranda diusung oleh beberapa orang yang berjalan kaki di jalan raya.

Mengesahkan kejadian yang berlaku, Fenny Tadius yang merupakan anak saudara kepada jenazah menjelaskan ibu saudaranya dirawat di sebuah pusat kesihatan, Isnin lalu.

Namun, keadaan ibu saudaranya semakin tenat sehingga keluarga mahu membawanya pulang untuk dirawat di rumah.

“Maka pihak keluarga meminta pihak pusat kesihatan untuk menghantar ibu saudaranya pulang kerana keluarga fikir bahawa apabila orang tua kami meninggal dunia, tidak akan diantar oleh ambulans.

“Ini kerana terdapat kenyataan daripada pihak pusat kesihatan bahawa ambulans tidak boleh menghantar jenazah,” kata Fenny kepada Kompas.com pada Ahad.

VIDEO :

Bagaimanapun kata Fenny, permintaan keluarganya ditolak oleh pusat kesihatan tersebut.

Pasrah dengan keadaan itu, keluarga Fenny menjaga ibu saudaranya sehingga meninggal dunia pada Selasa.

Fenny dan keluarganya mengakui kecewa meskipun ibu saudaranya meninggal dunia, pihak pusat kesihatan tetap menolak untuk menghantar jenazah.

Pusat kesihatan didakwa menegaskan bahawa ambulans hanya digunakan untuk membawa pesakit yang sedang sakit.

Keadaan tersebut membuatkan keluarganya terpaksa mengusung jenazah pulang ke rumah sejauh 13km.

Susulan kejadian yang tular, ketua daerah Mamuju, Sutinah Suhardu memohon maaf dan kesal dengan tindakan pusat kesihatan berkenaan yang tidak mempunyai inisiatif untuk menghantar jenazah.

Sutinah turut mengarahkan semua ketua pusat kesihatan supaya mengendalikan penghantaran jenazah dari pusat kesihatan ke rumah pengebumian sekiranya tidak berlaku kecemasan di pusat masing-masing.

Komen Netizen Malaysia :


Sumber : mstar

Continue Reading

Viral

Suami didakwa tergamak membuang isterinya yang terlantar s4kit akibat str0ke dalam hutan

Published

on

By

Suami didakwa tergamak membuang isterinya yang terlantar s4kit akibat str0ke dalam hutan

Indonesia – Sudah tidak sanggup lagi menjaga, seorang suami didakwa tergamak membuang isterinya yang terlantar s4kit akibat str0ke dalam hutan.

Memetik Tribunnews, kejadian tersebut menjadi bualan netizen selepas seorang individu memuat naik kisah tersebut di laman Facebook miliknya pada 9 Ogos 2022 lalu.

Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita yang tengah duduk di bawah sebatang pokok besar dengan hanya beralaskan sehelai kain.

Difahamkan, wanita tersebut berasal dari Desa Lewo Baru Kecamatan Malangbong ditemui di sebuah kawasan hutan Cikampek.

Menurutnya, dia telah tiga hari ditinggalkan oleh suami dan telah dibawa keluar dari kawasan tersebut serta dibawa di pejabat perhutanan.

“Jika ada sesiapa yang mengenali beliau sama ada jiran dan sebagainya, minta jasa baik kalian untuk menghubungi keluarganya, terima kasih,” tulis Andree, lapor Tribunnews.

Dalam pada itu, ketua Kampung Lewo Wetan, Nova Wylian mengaku Ikah merupakan penduduk di kampungnya. Namun, menurutnya dia dan suaminya telah berpindah ke Cianjur.

Memetik Tribunnews, wanita warga emas itu ditinggalkan dipercayai kerana si suami sudah tidak sanggup lagi menjaganya.

M4ngsa telah dibawa ke h0spital wilayah Karawang untuk pemeriksaan kesihatan. Keluarga wanita tersebut sudahpun maklum dengan lap0ran itu dan akan membawanya pulang ke rumah.

Sumber : Siakapkeli

Continue Reading

Viral

Aksi gel3k Shima bersama Aliff dikec4m teruk netizen, “Kalau kata luc4h itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimagin4si”

Published

on

By

Aksi gel3k Shima bersama Aliff dikec4m teruk netizen, “Kalau kata luc4h itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimagin4si”

Penyanyi B4by Shima turut menerima tempias kec4man netizen gara-gara video teaser lagu baharu yang dimuat naik oleh usahawan Datuk Seri Aliff Syukri kerana dilihat kurang sopan ekoran bergel3k dan berpakaian mencolok mata.

Shima atau Nur Ashimah Ramli, 30, enggan ambil pusing dengan komen pedas netizen malah sudah terbiasa dengan situasi berkenaan.

Baginya, 4mengatakan aksinya keterlaluan atau luc4-h hanyalah imaginasi penonton yang terfikir ke arah itu.

Aksi gel3k Shima bersama Aliff dikec4m teruk netizen

“Saya tidak ambil kisah dengan komen netizen lagi sebab memang tidak boleh dikawal apa yang mereka mahu katakan. Kalau kata luc4h itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimagin4si.

“Biarlah orang nak kec4m. Saya tidak boleh halang semua itu,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shima turut menjawab kekeliruan peminat tentang kerjasama bersama Aliff dalam lagu berjudul Baby Sayang itu kerana sebelum ini hubungan mereka dikatakan tidak baik.

Berada di bawah satu syarikat pengurusan, Shima menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk mereka berduet dalam lagu tersebut dan isu pertelingk4han antara mereka sebelum ini sudah pun selesai.

“Saya ada bertemu Aliff sebelum ini dan kami saling bermaaf-maafan. Cuma perkara tersebut saya tidak pernah kongsi di media sosial. Semuanya sudah selesai.

Kalau kata luc4h itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berim4ginasi

BABY SHIMA

PENYANYI

“Sekarang kami di bawah syarikat pengurusan yang sama, jadi apa salahnya buat kerjasama dengan tampil lagu baharu ini,” jelasnya.

Terdahulu video yang dimuat naik oleh Aliff mendapat respons netizen yang merasakan aksi mereka keterlaluan.

Shima enggan ambil pusing kecaman netizen.

Isu ini juga mendapat perhatian pendakwah bebas Da’i Wan Dazrin yang menganggap tegvrannya terhadap Aliff sebelum ini sia-sia kerana masih terus melakukan kaedah pemasaran sebegitu.

Sebelum ini Aliff dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan dan menerima krit1kan teruk selepas tampil dengan lagu Kelepok Raya yang menunjukkan aksi lelaki l3mbut menari.

Sumber : mStar

Continue Reading

Trending

WE ARA FAMILY NZ DIGITAL NETWORK