Pemohonan Bantuan Awal IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM khas untuk penduduk di Terengganu yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi

Pemohonan Bantuan Awal IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM khas untuk penduduk di Terengganu yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Bantuan awal pengajian IPT dalam dan luar negara MAIDAM adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Apa itu Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM?

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan peruntukan zakat kepada rakyat Terengganu yang menetap atau pemastautin tetap di negeri ini untuk memohon bantuan awal pengajian IPT dalam dan luar negara.

Bantuan ini disediakan kepada mereka yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Syarat-syarat Permohonan

  1. Asnaf: Fisabilillah dan Miskin.
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastau tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  3. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.
  5. Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil / Pra Diploma / Asasi / Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
  6. Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  7. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  8. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri/ tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian.
  9. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  10. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM

Kadar Bantuan

Untuk bantuan awal pengajian IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut;

Kaedah Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web MAIDAM}KLIK SINI 
  2. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke pejabat Yayasan Pendidikan Maidam atau Pejabat Maidam Daerah berdekatan beserta dengan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  • Salinan surat tawaran belajar yang rasmi.
  • Salinan Sijil SPM/ Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan akuan bank pelajar yang jelas dan aktif (selain Tabung Haji dan ASB).
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  • Salinan slip gaji/ akuan pendapatan / penyata pencen / kad pesara (pesara kerajaan) ibu dan bapa/ penjaga yang terkini.
  • Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  • Salinan tiket penerbangan bagi pelajar persendirian luar negara.
  • Salinan sijil kematian/ penceraian ibu bapa (jika berkaitan).

Borang Permohonan perlu di hantar ke Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM beserta semua dokumen berkaitan yang telah disahkan di alamat seperti di bawah:

  1. Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM
  2. Melalui pos di alamat

Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1,
Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

IKLAN KEKOSONGAN

Untuk maklumat sila layari realmerah,terima kasih.

Sumber:bantuanrakyat

Leave a Comment