lebih daripada 20 orang kanak-kanak meninggal dunia akibat demam misteri yang melanda India

lebih daripada 20 orang kanak-kanak meninggal dunia akibat demam misteri yang melanda India

PIHAK berkuasa di India kini sedang bertungkus lumus mencari jawapan disebalik kematian mengejut 24 orang kanak-kanak yang dikatakan mengalami demam misteri.

Media melaporkan, lapan daripada kanak-kanak terbabit ma.ti beberapa jam selepas jatuh sakit di Utara India.

Pakar mendakwa, virus tersebut menyebabkan sakit pada sendi, sakit kepala, dehydration dan rasa loya.

Tiga kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun meninggal pada Jumaat (1 Okt), menjadikan angka kematian setakat ini 24, lapor News 18.

Media tersebut melaporkan ada diantara penduduk tempatan tidak dapat ke hospital disebabkan banjir yang melanda.

Seorang pegawai kesihatan dilaporkan berkata, sampel telah diambil untuk membantu siasatan berhubung punca demam misteri ini.

Ibu bapa salah seorang kanak-kanak dilaporkan memberitahu media tempatan bahawa anak mereka mati selepas dibawa ke hospital akibat demam.

“Anak saya mengadu demam pada petang Khamis, dia dimasukkan ke Kolej Perubatan Nalhad untuk mendapatkan rawatan tapi dia meninggal pada petang yang sama,” katanya.

Seorang lagi ibu bapa mendakwa anaknya mengalami simptom yang sama dan meninggal pada keesokkan harinya.

Lebih 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak meninggal disebabkan demam misteri pada bulan Ogos lalu.

Kematian yang tinggi ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa dan juga doktor.

Pakar di beberapa daerah terlibat -Agra, Mathura, Mainpuri, Etah, Kasganj dan Firozabad, percaya dengue, iaitu salah satu penyakit yang disebarkan oleh nyamuk, mungkin menjadi antara penyebab kematian. – The Mirror UK

untuk maklumat sila layari realmerah,terima kasih

sumber:m.star

Leave a Comment